01 :: Work
"Macam mana ni.. dah belajar tinggi tinggi setinggi gunung Kinabalu pun masih susah nak dapat kerja.." keluh Haemin dengan lemah. Haemin meletakkan kepalanya di atas meja. Menyesal pula berhenti belajar.
(-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩___-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩)
"Kau bebel apa sorang - sorang?" soal sahabatnya yang bernama Wen Junhui datang mendekati sambil meletakkan air untuk mereka minum.
Jun merupakan lelaki berbangsa China mereka berkenalan semasa belajar sama - sama di universiti dahulu tetapi kerana Haemin tidak mampu menampung yuran pengajian dan hostel, Haemin memilih untuk berhenti. Lagipula Haemin anak yatim piatu, tinggal seorang diri pula tu. Haemin memang tiada sesiapa dalam dunia ini. Mak bapanya pula anak tunggal, jadi Haemin memang tak ada sepupu atau saudara mara. Haemin mempunyai seorang abang tetapi sejak Haemin terpaksa hidup di rumah jagaan, dia berpisah dengan abangnya. Terpaksalah Haemin hidup bersendirian. Kerja tampung dirinya sendiri.
"Aku kena buang kerja sebab diorang tuduh aku goda suami orang.." Haemin jawab dengan nada lesu. Kepala ditundukkan dibawah. Sedih.
"Eh shibalnya, siapa yang cakap tu?" marah Jun.
"Adalah seorang worker dekat tempat kerja aku tu, Mina nama dia. Dia tuduh aku berhubungan dengan suami orang, padahal.." kata kata Haemin terhenti. Terasa sangat sangat sakit untuk menyambung kata katanya.
"Aku faham.." Jun menepuk bahu sahabatnya itu. Kesian pula Jun tengok si Haemin ni lama - lama.
"Apa kata kau tinggal dengan aku dekat rumah ibu aku?" cadang Jun.
"Worst idea, aku tak nak susahkan kau.. banyak dah kau dengan keluarga kau tolong aku.." ucap Haemin sambil menundukkan kepalanya.
"Kau nak aku tolong apa - apa tak?" soal Jun.
"Tolong aku carikan kerja boleh? Tak kisahlah kerja apa janji bukan kerja lima puluh ringgit saja~" Kepala Haemin disekeh sedikit, tengah banyak masalah pun boleh buat lawak 50 ringgit Bukit Bintang.
"Aku ada kawan, dia kata nak nak cari babysitter nanti kalau aku ada info aku bagitahu kau" kata Jun sambil menjentik dahi Haemin.
"Thank Jun, kaulah bestfriend dunia akhirat aku" pantas Haemin memeluk sahabatnya itu dengan erat.
"Ceh, baru dapat crush dah lupa dunia" bisik Jun ditelinga Haemin.
"Ala janganlah mengungkit"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro