Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4

Yuna's pov

Mataku terasa silau. Seperti cahaya menerobos masuk ke dalam bilik. Siling putih menyapa pemandanganku sebaik saja aku berjaya mencelikkan mata.

Aku di mana??

Persoalan yang berada di dalam benak fikiranku terjawab sebaik saja aku terlihat jarum di tanganku. Hmmm hospital. Memang patut bau ubat kuat. Aku benci hospital.

Aku tersentak melihat Mark yang lena disisi ku. Kepalanya dilentokkan di atas katil manakala badannya masih di atas kerusi. Tangannya mengenggam kemas tangan kiri ku. Baru aku sedar akan balutan di kawasan kelaran yang aku buat.

Aku perlahan-lahan cuba melepaskan genggamannya. Dengan niat untuk tidak mengejutkannya.

Setelah berjaya, aku meneliti wajahnya. Comel saja dia waktu tidur. Aku tersenyum sendiri. Rambutnya aku usap perlahan. Sudah lama rasanya aku tidak lihat dia dekat sebegini. Aku rindukan masa lalu.

Tetapi senyuman aku terus mati terlihat sesuatu kesan, kesan keungguan. Ok, itu lovebite. Kejadian semalam kembali berlayar. Perit rasanya.

Aku terfikir, kenapa dia selamatkan aku, sedangkan dia tidak pedulikan aku lagi.

Bukankah lebih bagus aku pergi dari hidupnya??

Dia yang telah membuatkan keadaan menjadi teruk. Amat teruk.

Sehingga kini, aku sendiri tidak tahu sebab perpisahan kami. Yang aku tahu, dia mahu kami berpisah. Sungguh aku tidak faham. Sebelum ini, dia membuat pengakuan bahawa dia akan cintakan aku hingga akhir hayatnya. Tapi semua itu ternyata hanya penipuan.

Aku melihat jarum di tanganku. Tangan aku bertindak untuk menarik jarum tersebut. Lebih bagus aku keluar dari sini. Tetapi belum sempat aku berbuat demikian, tangan seseorang menghalang aku. Tangan itu, tangan Mark.

"Kau nak pergi mana?? "soalnya sebaik saja mendongak.

"None of your business, "

"Kau ingat bagus nak bunuh diri. Kau tak sayang diri sendiri ke apa, "perlinya. Tapi apa aku kisah, hati aku lebih sakit.

"Kalau saya mati pun, bukan awak kisah kan?? Ye la kan, saya ni tak penting pun. So buat apa saya hidup kat dunia yang ibarat neraka ni, "balasku. Dia memandang aku tajam. Tetapi sikit pun aku tidak gentar, malah bertentangan mata dengannya. Kelihatan dia sedikit marah. Tapi kisah apa aku.

"Sudahlah Mark, saya dah letih. Better awak balik, " kata aku sambil memalingkan tubuhku membelakanginya. Aku tidak mahu lagi melihat wajahnya. Aku betul-betul dah penat.

Bunyi kerusi bergeser dengan kedengaran. Bunyi pintu ditutup juga.

Aku lega dia dah pergi. Aku betul-betul sakit dengan semua ini.

Berharap, kami akan berbahagia semula, tapi semuanya tampak mustahil.

Tbc

❤Vomment❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro