Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 20

Belum sempat Wonwoo melepaskan tembakan, pistol Wonwoo ditembak terlebih dahulu. Menyebabkan pistol itu terpelanting dari Wonwoo.

Polis mula menyerbu gudang itu dan memberkas Wonwoo.

Mark menarik nafas lega, mujurlah Jungkook sempat sampai. Jika tidak pasti dia telah ditembak dan meninggalkan dunia ini selamanya.

"Lepaskan aku bodoh!! " Wonwoo cuba melepaskan dirinya daripada digari polis. Tetapi semestinya tidak akan berhasil kerana dia seorang saja.

"Hyung, " Wonwoo menoleh.

"Kau! Apa yang kau dah buat hah! " naik berang Wonwoo melihat itu adalah Jungkook.

"Sudahlah tu hyung. Cukup-cukuplah sakitkan orang lain, "

"Aku tak akan berhenti selagi dia tak mati!! " Jungkook hanya mengeluh saja. Dia melihat Wonwoo dibawa masuk ke dalam kereta polis.

"Kau lambat, " terkejut Jungkook apabila melihat Mark berdiri betul-betul disebelahnya.

"Alah aku datang jugak, "

"Nasib baik aku tak mati lagi tau, "

"Alah kau selamatkan, ni elok lagi berdiri sebelah aku, "

"Ini kau kata elok? " Mark menunjuk bahunya yang lencun dengan darah.

"Dah tau tak elok tu pergilah kat medic sana adui kau ni, " Mark memandang Jungkook jengkel dan terus berlalu ke medic. Dia mendapatkan Yuna.

"Awak okay? " tanya Mark.

"Sebelum tanya saya, tu bahu awak tu. Peluru dalam tu lagi kan? "

"P-peluru? " salah seorang jururawat terkesima.

"Encik masuk dalam ambulans sekarang kita kena keluarkan peluru itu secepat mungkin!" jururawat itu menaikkan suaranya. Mark hanya akur dan masuk ke dalam ambulans tersebut dengan Yuna.

Hal Wonwoo, biar Jungkook dan Jinyoung uruskan.

Ambulans tersebut menghantar Mark dan Yuna ke hospital. Merawat segala kecederaan yang mereka alami.

Kecederaan Yuna tidaklah seserius Mark jadi dia bebas bergerak. Dia menuju ke wad Mark. Pintu wad tersebut dibukanya. Mark menoleh kearahnya.

Mark tersenyum melihat Yuna. Yuna mendekati Mark, menyentuh perlahan bahunya yang berbalut. Dia duduk di atas kerusi diletakkan bersebelahan katil Mark.

Mark meramas sebelah lagi tangan Yuna. Secara lembut kerana terdapat luka kecil. Mereka menikmati masa mereka bersama.

"I'm glad, " Mark memecahkan kesunyian antara mereka

"Semuanya dah tamat, "

"Saya bersyukur sangat. Saya harap Wonwoo takkan berdendam dengan kita lagi, "

"Saya pun harap benda yang sama sayang, " Mark masih setia meramas perlahan tangan Yuna. Mark merenung sepasang mata isterinya.

"Saya harap kita dapat hidup bahagia selepas ni. Takde lagi gangguan, "

"Saya sayang awak sangat-sangat Mark, "

"I love you so much too, " belakang kepala Yuna ditarik perlahan oleh Mark, menghapus jarak antara mereka dan menyatukan bibir mereka. Ciuman yang lembut dan perlahan dipenuhi rasa cinta.

Kini, segala halangan telah terhapus, meninggalkan mereka untuk hidup bahagia.

THE END

THANK YOU FOR READING THIS FANFIC ILYSM♥

It's a really short ff but because of my laziness I take 1 year(?) to finish this lol😂

And I planned another plot but I'm too lazy because it's a lot more complicated and emotional 😂

Anyways, thank you so much for reading ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro