
Part 15
Jam sudah menginjak 6 petang. Bayang Yuna tetap tidak kelihatan. Resah, apa yang menguasai Mark tika itu.
Dia dari tadi berdiri di halaman rumah. Menunggu Yuna dari tadi. Sudah 6 jam Yuna keluar, tiada satu panggilan mahupun SMS dari isterinya.
Sekali lagi pintu pagar dijenguk. Masih tiada tanda-tanda Yuna bakal pulang.
"Mana kau pergi Yuna. Haish,"
Hatinya berasa tidak enak. Dari pagi ini lagi. Mungkin sesuatu yang buruk telah menimpa Yuna?
Cepat-cepat tanggapan itu dihapuskannya. Dia masih setia menanti di halaman rumah.
Telefonnya bergetar. Menandakan panggilan masuk. Poket diseluknya. Berkerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenalinya. Sekali lagi, private number.
Dia mula berasakan sesuatu yang tidak baik. Kali terakhir dia menerima panggilan seperti itu, pemanggilnya ialah Wonwoo.
"Jangan kata..... "terus dia menjawab panggilan tersebut.
Sebaik menjawab, tiada suara yang kedengaran dari pemanggilnya.
"Wonwoo, aku tahu ni kau, " ketawa sinis mula kedengaran, membuatkan dia mahu menumbuk lelaki itu sekuat hati.
"Baguslah kalau kau tau. Satu je aku nak bagitau kau. Kalau nak isteri kau selamat, datang ke alamat yang aku bagi nanti. Malam ni, tepat 12 malam. Lambat? Say goodbye to Kang Yuna, " terus panggilan putus.
"F*CK," telefonnya dilempar entah kemana. Rambutnya diserabaikan. Kusut. Dia perlu seseorang untuk membantu.
Jinyoung.
Nama kawannya itu terlintas di dalam otaknya. Lantas dia masuk kedalam, mengambil Mei Yi dan kunci kereta.
Mei Yi diserahkan pada jirannya, Ahjumma Choi yang sememangnya rapat dengan mereka sekeluarga untuk dijaga sebentar. Mujurlah Ahjumma tidak kisah.
Keretanya lantas dipandu menuju ke rumah Jinyoung. Dia perlu berbuat sesuatu, sebelum terlambat.
Tbc
❤VOMMENT❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro