° Doctor 123 °
Yoongi dan tiga beradik itu masih tenang walaupun terdapat pistol yang diacukan pada mereka berdua.
Namun Yoongi dan Jin cukup tahu dengan perangai tuan Kim. Mereka juga membawa sesuatu. Sebaik sahaja Yoongi dan Jin nampak pistol dikeluarkan, mereka terus membuat perkara yang sama.
Kini, anak - beranak saling menunding senjata. Di dalam hati berdoa agar tiada pertumpahan darah yang berlaku.
"CUKUP!! CUKUP!! HENTIKAN!!" Masing - masing tersentak. Senjata masih belum diturunkan tapi mata masih mengerling ke arah puan Kim yang menangis.
"Hentikan..." Menggigil puan Kim menahan tangis.
"Taehyung dan Namjoon mesti tinggal di sini. Budak tu boleh keluar sebab dia bukan anak aku lagi." Kata tuan Kim kasar.
Jin tersenyum pahit. Terdapat secalit rasa luka di hatinya mendengar setiap bait kata ayahnya sendiri.
Aku pun tak anggap kau sebagai seorang ayah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro