° Doctor 118 °
"A--" Soo Eun terkejut melihat tetamu yang berkunjung ke rumahnya.
Jin melemparkan senyuman sesaat sebelum bertindak menolak Soo Eun ke tepi sedikit. Dia kemudiannya masuk ke dalam rumah itu diikuti Yoongi dan Namjoon.
Bilik Taehyung dicari lalu dia mendekati Taehyung yang masih tidak berubah posisi sejak malam tadi.
Bahu adiknya diraih ragu sebelum digoncang perlahan. "Tae..." Panggil Jin seperti berbisik.
Mendengarkan suara itu, Taehyung serta - merta bangun. Ingin memeriksa adakah manusia yang berada di hadapannya itu benar dan bukan satu ilusi.
"H--hyung..." Terketar - ketar Taehyung meluahkan kata. Jin kemudiannya menarik Taehyung ke dalam pelukan.
"Hyung ada dekat sini, Tae." Tangannya menepuk - nepuk belakang badan Taehyung. Tersenyum sedikit dia dibuatnya mendengar Taehyung menangis. Keadaan tidak berubah sama sekali. Dengannya, Taehyung tetap manja dan cengeng.
"Hyung akan bawa kau pergi dari sini." Taehyung meleraikan pelukan. Meminta penjelasan daripada Jin.
"Kau tak perlu tinggal di sini lagi. Hyung akan bawa kau dan isteri kau ke Amerika Syarikat." Jari Jin ligat mengesat air mata adiknya yang masih bersisa.
Mata Taehyung berpindah ke arah Namjoon yang setia memerhati.
"N-Namjoon hyung macam mana?" Soal Taehyung seakan berbisik. Namun masih dapat didengari mereka berempat.
"Hyung akan ikut sekali."
Cukup masa aku di sini.
Aku nak bebas.
_________________________________________
Psss... Namjoon cekci.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro