° Doctor 117 °
"Younghwa, awak tak rasa macam nak larikan diri?"
Younghwa termangu mencari jawapan untuk soalan Jimin.
"Kadang - kadang." Jawab Younghwa ringkas tanpa memandang Jimin.
"Awak nak ikut saya? Ikut saya jauh dari semua kekacauan ni." Tawaran Jimin begitu menarik minat Younghwa.
Tipu kalau dia katakan dia tidak penat dan mahu larikan diri dari semua ni.
"Tak perlu." Jawab Younghwa lagi.
"Saya nampak awak penat. Penat dengan orang yang sentiasa mempergunakan awak. Orang yang sentiasa menyakiti awak."
Younghwa diam. Tidak larat untuk membalas setiap patah kata Jimin yang ada betulnya.
"Awak penat dengan orang yang sentiasa membuang awak. Jadi, kenapa awak masih bertahan dekat sini?"
"Awak tak faham apa yang saya lalui, Jimin."
Jimin mengetuk - ngetuk meja di hadapannya menggunakan jari telunjuknya. Senyuman sedih terhias di bibir mungilnya.
"Younghwa, saya faham setiap satu apa yang awak rasa. Sebab saya pernah laluinya."
Younghwa memandang Jimin. Meminta penjelasan.
"Sebab tu saya nak tolong awak. Untuk lari dari semua ni. Saya tahu kesakitan yang awak rasa sekarang."
Terpaku Younghwa di situ sementelah Jimin berbicara lagi.
"Kalau orang boleh buang awak, kenapa awak tak boleh buang diorang balik?"
Jimin senyum sinis.
Betulkan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro