Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 115 °

Taehyung meringkukkan tubuh. Tidak mempedulikan cahaya yang menerjah masuk ke dalam kamarnya. Wajahnya kosong tanpa sebarang ekspresi.

Malam tadi, entah apa yang merasuknya untuk berjumpa dengan Younghwa walaupun dia tahu risiko yang akan berlaku.

Bisikan marah bertukar antara dia dan Hoseok kerana tiba - tiba sahaja datang ke kondominium milik Hoseok pada waktu jam menginjak ke 4 pagi.

Kemudian, kakinya menderap langkah menuju ke bilik yang dihuni oleh Younghwa. Pintu bilik dibuka dan ditutup perlahan. Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil didekatinya.

Matanya tiba - tiba sahaja ke perut Younghwa yang sudah besar sedikit. Sewaktu dia meninggalkan Younghwa dengan Hoseok, perut itu masih lagi kempis.

Kini, perut itu sudah mula menunjukkan tanda benih cinta mereka berdua.

Rasa sebak mula menyerang sanubari lelaki itu. Entah malu, entah rindu.

Wajah Younghwa dielus lembut menggunakan ibu jarinya. Tanpa dapat ditahan, air matanya jatuh satu - persatu.

Ya tuhan, dia rindu dengan wanita yang berada di hadapan matanya itu.

Younghwa, saya nak jumpa awak lagi.

_________________________________________

Saya benci braces kerana ianya membuatkan bibir saya nmpk lebih tebal 💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro