Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 110 °

Kim Taehyung tergamam. Kakinya tiba - tiba sahaja mengeras membuatkan dia tidak dapat lagi bergerak.

"J--Jimin." Suara Taehyung menggeletar. Hampir menangis dia di situ.

Namun nafasnya sesak apabila Jimin melontarkan pandangan tajam. Pandangan yang penuh dengan kebencian.

"Taehyung." Ucap Jimin sebelum suasana kembali senyap. Hanya anak mata yang berbicara.

"Tak cukup dengan Soo Eun, kau hancurkan hati perempuan lain?" Kata - kata Jimin membuatkan Taehyung keliru.

"J--Ji--"

"Aku ke sini bukan untuk berdamai." Potong Jimin.

"Aku ke sini untuk rampas benda yang kau ada. Benda yang paling kau sayang."

Jimin menapak satu - persatu mendekati Taehyung yang masih terpaku itu. Kakinya berhenti di sisi Taehyung tanpa memandang lelaki yang pernah menjadi orang terpenting dalam hidupnya.

"Supaya kau rasa apa yang aku rasa dulu." Bisik Jimin kasar.

Dia kemudiannya terus berlalu pergi.

Jimin, kau tak tahu kebenarannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro