Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 106 °

Jimin tersenyum sinis. Seperti mahu mencabar Younghwa.

Perlahan - lahan Younghwa membuka topeng mulut hitamnya yang sering dipakai.

Park Jimin terpaku.

Tidak percaya orang yang dicarinya selama ini berada di depan mata.

"Kim Taehyung. Nama suami saya Kim Taehyung." Tenang Younghwa menjawab. Namun berbeza dengan emosi yang disampaikan oleh anak matanya.

Kacau. Serabut.

"Isteri ke perempuan simpanan?" Bisa sekali soalan yang dilontarkan oleh Jimin. Dia tidak dapat menahan gelodak hatinya.

Wanita itulah yang menimbulkan kesedihan kepada wanita yang dicintainya.

Kelakar apabila difikirkan balik. Wanita yang dicintainya itu yang membuang dia. Namun di sini Jimin berada, mempertahankan wanita itu.

Aku dah patut lupakan dia sekarang.

Tapi kenapa, hati aku masih mencari dia?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro