° Doctor 090 °
"Younghwa, awak dekat mana?!"
"Ermm, Hoseok-ah. Saya ada dekat--" Younghwa memandang Jimin untuk meminta jawapan.
"Euphoria Cafe." Bisik Jimin sebelum dia meminum sedikit minuman daripada cawannya.
"--Euphoria Cafe." Jawab Younghwa.
"Tunggu saya dekat sana. Saya akan datang segera."
"Seok, tak--" Belum sempat Younghwa menghabiskan kata, Hoseok mematikan panggilan tersebut.
"Siapa tu?" Tanya Jimin.
"Kawan saya." Wanita itu tersenyum sedikit. Ada rasa bersalah kerana keluar dari rumah tanpa pengetahuan Hoseok.
"Kawan ke--" Jimin senyum usik. "--boyfriend?"
"Eh tak tak! Saya tak ada boyfriend." Younghwa cepat - cepat menidakkan kenyataan itu.
Dalam masa 20 minit, Hoseok akhirnya sampai ke kafe itu.
"Hoseok, kenalkan kawan saya." Younghwa menunding ke arah lelaki di hadapannya.
Jimin tersenyum seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Hoseok.
"Jung Hoseok."
"Park Jimin."
Park Jimin?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro