Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 086 °

"Cik, saya minta maaf." Jimin mengulang katanya lagi.

"Oh oh, tak apa." Kata wanita itu segera. Rasa malu pula tiba - tiba.

"Kalau tak keberatan, saya nak bawa cik pergi kafe sebagai tanda maaf. Boleh?" Jimin tidak tahu kenapa tiba - tiba sahaja dia ingin mengajak wanita itu makan bersamanya. Mungkin juga dia tiada teman di bandar itu.

Jimin memerlukan seseorang untuk menemaninya saat ini.

Tambahan lagi setelah melihat gambar di papan iklan tersebut.

"Tak apa. Bukan salah awak. Saya yang berdiri dekat sangat." Wanita itu segera menolak.

"It's not okay. Saya langgar awak dan saya nak tebus salah saya." Jimin berkeras. Itu semua hanya alasan sahaja untuk wanita asing di hadapannya menerima tawarannya.

"T--tapi, saya tak ada duit." Suara wanita itu hampir tidak kedengaran. Walaupun terlindung di sebalik topeng mulut hitam, Jimin masih lagi mampu untuk mendengarnya.

"Siapa kata awak yang kena bayar?"

Perempuan ini ada satu tarikan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro