Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 064 °

"Papa yang buat semua ni kan?!" Sergah Taehyung sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kediaman milik keluarga Kim.

Puan Kim dan Namjoon sedikit terkejut melihat amarah Taehyung sementara tuan Kim kekal tenang.

"Duduk Taehyung." Arah tuan Kim dengan suara yang datar.

"Tak perlu! Aku perlukan jawapan sekarang!" Bahu kiri Taehyung sedikit sakit dengan pergerakan lelaki itu yang tiba - tiba. Namun Taehyung tidak peduli.

"Papa yang upah orang untuk langgar Younghwa kan? Papa juga yang upah orang untuk ceroboh rumah aku kan?!" Sesaat demi sesaat, Kim Taehyung dapat merasakan kesabarannya semakin menipis.

"Kim Taehyung!" Namjoon menaikkan suaranya. Dia ingin bangun namun tuan Kim menghalangnya. Namjoon kembali duduk.

"Kenapa Taehyung? Takut?" Provok tuan Kim.

Taehyung mengepalkan genggaman.

"Aku tak akan bertoleransi dengan orang yang akan menjadi kelemahan keluarga kita!" Kata tuan Kim.

Tubir mata Taehyung terasa hangat.

"Kenapa pa? Papa tahu tak tindakan papa ni boleh meragut nyawa orang lain?"

"Asalkan reputasi keluarga kita tak terjejas. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk melindungi keluarga aku."

Mana perginya rasa kemanusiaan kau?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro