Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 062 °

"Luka kau hampir sembuh. Esok dah boleh discharge." Ujar Hoseok sambil matanya memerhati jahitan pada bahu Taehyung.

"Hmmm.. Thanks." Ucap Taehyung.

"No problem. Kalau aku tahu kau masuk hospital lagi, memang aku hempuk kepala kau." Gurau Hoseok. Jarinya ligat menulis laporan pesakit.

"Alaa kau ni. Sekurangnya aku dapat cuti. Bolehlah aku luangkan masa dengan Younghwa."

Mendengarkan itu, Hoseok berhenti. Laporannya ditolak ke tepi lalu dia duduk di atas kerusi bersebelahan katil Taehyung.

"Kau sayang sangat ke dengan Younghwa tu?"

Taehyung tersenyum sahaja mendengar soalan Hoseok sebelum dia membuka mulutnya.

"Mestilah Seok. Dia pilihan aku."

"Macam mana dengan Soo Eun?"

"Aku tak peduli. Semua dah terbongkar. Lagipun dari awal aku dah cakap dengan Soo Eun yang aku tak pernah anggap dia sebagai isteri. Aku sentuh dia pun tak pernah Seok."

Hoseok melepaskan keluhan berat.

"Aku rasa kau tak adil dengan Soo Eun." Kata Hoseok.

"Aku tahu Seok. Aku tahu. Tapi dia sendiri yang tak nak bercerai dengan aku."

Aku tak faham kenapa orang sanggup lakukan apa sahaja hanya kerana satu perasaan yang bernama cinta.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro