° Doctor 051 °
Taehyung memusingkan gelas yang berisi whiskey. Bunyi bising di kelab malam terkemuka itu seperti tenggelam di telinga Taehyung.
Memang sejak dari mula, dia anak yang paling bermasalah. Apa sahaja yang diperintahkan oleh bapanya, dia akan melawan.
Kerjayanya sebagai seorang doktor juga ditentang. Masih dia ingat lagi, senyap - senyap dia mengambil bidang kedoktoran berbanding bidang perniagaan.
Lihat sahaja abangnya yang lain, disayangi, dimanja, hanya kerana menurut kata bapanya.
Sejujurnya, Taehyung amat benci akan Kim Namjoon, abangnya sendiri. Bukan benci kerana abangnya jahat, tapi benci kerana abangnya menurut sahaja apa yang diperkatakan oleh bapa mereka berdua.
Taehyung tahu, Namjoon juga tidak bahagia dengan perkahwinannya yang diatur. Lantas lelaki itu tergelak kecil.
Minuman whiskey diteguk sepuas - puasnya.
Sial!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro