Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Doctor 034 °

"Sini rupanya anak aku selalu menghabiskan masa." Kata perempuan itu sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam penthouse milik Taehyung.

Younghwa sedikit keliru. Sebaik sahaja pintu dibuka, perempuan itu terus melangkah masuk.

"Maaf, puan ni siapa?" Tanya Younghwa sopan.

Perempuan itu tampak kaya. Bajunya merupakan baju daripada jenama yang terkenal. Wajahnya juga cukup elegan.

"Kau tak tahu? Aku ibu Kim Taehyung." Perempuan itu memandang tajam ke arah Younghwa.

Younghwa sedikit terkejut. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Puan Kim segera duduk di atas sofa.

"Macam ni ke kau layan tetamu?" Suara dingin puan Kim memecah lamunan Younghwa.

"A-- ah, saya buatkan air dulu ya."

Younghwa beredar ke dapur. Hampir menangis dia dibuatnya.

Apa yang perlu dia lakukan? Sudah jelas, puan Kim tidak sukakannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro