° Doctor 021 °
"Tae, boleh tak kita keluar? Saya bosan duduk rumah." Pujuk Younghwa.
Sejak kejadian Younghwa bertembung dengan pakciknya, Taehyung tidak membenarkan Younghwa keluar bersendirian lagi.
Tapi cuma satu sahaja masalahnya, Taehyung terlalu sibuk dengan kerjayanya. Membuatkan lelaki itu jarang balik dan berada di rumah.
Taehyung memandang Younghwa dengan mata yang malas. Dia penat sejujurnya.
"Lain kali boleh tak? Saya penatlah sayang." Kata Taehyung sambil menutup matanya. Tidak cukup tidur.
"Hmmm, takpelah. Awak rehatlah dulu." Suara Younghwa jelas kedengaran kecewa. Dia kemudiannya cepat - cepat menaiki anak tangga menuju ke bilik.
Nak nangis!
Taehyung cepat - cepat membuka matanya apabila suara Younghwa mula berubah. Langkah Younghwa diikuti.
Pintu bilik dibuka dan jelas kelihatan Younghwa menangis senyap - senyap di birai katil.
"Sayang, jangan macam ni. Dah pergi siap sana. Kita keluar hmm?" Taehyung mengusap kepala Younghwa.
"Betul ni?"
"Betul sayang."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro