Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

anugerah terindah buat kita

"Sayang, bangun." Satu suara garau menganggu tidurku.

"Hm kita dekat mana ni?" tanyaku yang masih mamai dari tidur.

"Kita dah sampai rumah ni. Jom masuk ya, sayang," lelaki itu menjawabku dengan lembut.

"Malaslah nak bangun, abang... nak tidur lagi," rengek aku seperti seorang bayi. Aku sendiri tidak tahu bagaimana lelaki seperti dia ini dapat menahan manjaku.

Tiba tiba, mataku yang kuat terpejam tadi terbuntang luas apabila tubuhku rasa terapung di awangan. Ah sudah, aku di dukung!

"Abang! Letaklah sayang dekat bawah!" pinta aku. Sudahlah aku ini berat-seberatnya, begitu saja dia mengangkat aku.

"Tadi sayang malas nak bangun, kan... Biar abang yang dukung." Suamiku tergelak kecil. Senyuman manis dia tayangkan kepadaku. Allahuakbar, aku masih cair dengan senyuman itu.

"Ish abang ni." Aku merengus geram. Tanganku naik melingkari lehernya supaya tidak terjatuh dari dukungannya.

Muka suamiku yang berdarah campuran Jepun itu aku perhati setiap inci. Ya Allah, sempurna sungguh. Mata hazelnya itu tetap menjadi kesukaanku. Betapa gembiranya aku dapat menatap matanya itu setiap kali bangkit dari tidur.

"Hensemnya suami aku ni," omel aku perlahan tanpa sedar.

"Apa sayang cakap tadi?" suamiku bertanya, minta aku mengulang. Bukan aku tidak tahu, dia itu suka mengusik.

"Ummm.. mana ada sayang cakap apa-apa," nafi aku sedikit gagap.

"Ye ke?" Suamiku tersengih tidak percaya.

Aku menganggukkan kepalaku laju, hendak juga menegakkan benang yang basah.

"Tapi tadi abang dengar ada orang cakap..."

" 'Hensemnya suami aku' "
Aku tersengih dengan kata-katanya. Kantoilah pula.

"It's okay. This face will only be yours, sayang" Alamak, aku blushing!

+

Pintu kamar tidur kami suami aku buka menggunakan sebelah tangannya. Tubuh aku lalu diturunkan ke atas katil.

"Abang pergi mandi dulu tau," beritahu suami aku sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Aku yang terduduk di birai katil memandang ke arah meja laci di sebelahku. Tangan mula bergerak membuka laci itu.

Satu album tebal aku ambil. Setiap helaian gambar yang aku belek membuatkan aku tersenyum sendiri. Semua momen indah kami berdua berlayar kembali dalam fikiran.

Namun, apabila aku membuka helaian terakhir album itu, satu gambar membuatkan aku kaku. Dengan tangan yang terketar-ketar, aku mengambil gambar tersebut.

"Mama rindu awak, sayang." Gambar ultrasound itu aku usap lembut. Mataku yang tadi kering mulai basah dengan jujuran air mata.

"Adila... Sayang." Suamiku yang baru sahaja selesai mandi menyapa. Dia berjalan mendekati aku dengan rambut yang masih basah.

"Saya rindu baby kita." Teresak-esak aku menangis.

"Abang pun rindukan dia, sayang." Suamiku menarik aku ke dalam pelukan hangatnya. Aku berasa amat selesa dalam pelukan ini, biarlah aku lama disini.

"Saya tak kuat, Basyir," sambung aku sambil menyembamkan mukaku ke dadanya. Basah bathrobe dia terkena air mataku yang turun tanpa henti.

"Kita kena kuat juga, sayang... Sabar ya. Dia dah tunggu kita di syurga."

"Don't worry, I'm still and will always be here for you, sayang." Dia mengusap lembut belakangku.

+

2 BULAN KEMUDIAN

Tasik dihadapanku ini aku tenung sebelum mataku terarah pada satu pasangan yang bermain bersama bayi mereka.

Pandanganku terus dijatuhkan pada perut aku.

"Bila lah aku nak ada anak ni. Dah 3 tahun aku berkahwin.

"Kesian dekat Basyir, mesti dia menunggu," ujar aku. Air mataku mula mengalir deras .

"Mama rindukan awak, sayang." Sekali lagi ayat itu aku ungkapkan. Kepalaku yang terasa pening tidak aku peduli.

"Sayang! Abang dah beli aiskrim!" suamiku menjerit dari jauh.

Aku tersengih sambil menganggukkan kepalaku perlahan sebelum pandangan bertukar gelap.

"Sayang!" Hanya jeritan suamiku itu yang sempat aku dengar sebelum rebah pengsan.

+

Aku membuka kedua-dua mata coklatku.

"Sayang okay ke? Ada sakit dekat mana mana tak?" soalan suamiku yang risau itu hanya aku jawab dengan angukkan. Aku lemah untuk bercakap sekarang ini.

"Puan," Doktor yang berdiri di sebelahku bersuara. Aku terus mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Puan disahkan..." ayat doktor itu terjeda sebentar sebelum-

"Mengandung. Puan disahkan mengandung" kata-kata doktor itu membuatkan aku dan suamiku memandang sesama sendiri.

"Doktor tak main-main kan?" soal suamiku yang masih terkedu.

"Ya tuan, saya tak main-main," doktor itu menjawab.

"Alhamdulillah! I'm going to be a father soon! Terima kasih, Ya Allah."

"Thank you so so much, sayang" suamiku mencium ubun-ubunku lembut. Air matanya juga keluar tanpa sedar, membuatkan aku turut melepaskan tangisan.

"Berapa minggu dah kandungan saya ni, doktor?" tanyaku kepada doktor itu.

"2 minggu, puan. Alhamdulillah kandungan puan sihat, cuma puan jangan buat kerja-kerja berat ya sebab rahim puan masih lemah."

"Maaf bertanya, tapi Puan pernah keguguran ke sebelum ini?" soalan doktor itu aku balas dengan anggukan lemah.

"Ouh patutlah."

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya puan." Pamit doktor itu sebelum keluar dari bilik wad aku.

"Terima kasih, sayang. Abang janji, mulai hari ini, semua kerja rumah biar abang yang buat. Jangan sentuh satu pun. Sayang duduk rehat je ya" sekali lagi dia berkata. Tubuhku ini dipeluknya dengan sangat erat.

"Terima kasih juga, abang. Kita jaga anak kita ni baik-baik ya," ujar aku sambil mengusap perutku yang masih kempis.

Tangan suamiku juga jatuh mengusap di situ.

"Anak daddy jangan nakal-nakal tau dalam tu. Kesian dekat mama," ujar suamiku. Aku tersenyum kecil.

"Mesti anak daddy handsome kan nanti," ujarnya lagi.

"Mestilah, dah daddy dia handsome," bicaraku.

"Bukan daddy dia je yang handsome, tapi mummy dia pun cantik sangat kan." Suamiku mencuit hidungku lembut.

Aku tersenyum lebar. Ya Allah, terima kasih kerana datangkan insan-insan yang sempurna ini ke dalam hidupku.

+

4 TAHUN KEMUDIAN

"Sarah! Main elok-elok!" jerit aku kepada anakku, Sarah.

Aku melabuhkan punggung di atas bangku taman permainan dan duduk bersama suamiku.

"Abang bersyukur sangat sayang..." Aku memandang suamiku.

"Abang bersyukur sangat sebab Allah dah makbulkan doa kita berdua." Tangannya naik memeluk bahuku.

"Walaupun Sarah bukan anak kita yang pertama, tapi yang pertama itu juga yang mengajar kita erti kesabaran," ujar suamiku panjang dan lembut.

Aku mendongak memandang langit.
"Tunggu kami ya sayang."

Aku mengungkapkan kata-kata itu. Rasa rindu kepada anak pertamaku tidak pernah sekalipun pudar.

"Sarah ialah anugerah kedua yang Allah berikan kepada kita..." Suamiku bersuara.

"Dia lah..."

"Anugerah terindah buat kita,"

Ya Allah, aku bersyukur kepada-mu Ya Allah. Betapa beruntungnya aku, insan yang biasa ini dapat memiliki lelaki sebaik dia.

Aku mohon kepadamu, kekalkan lah rasa bahagia ini selamanya-lamanya buat kami.

Sesungguhnya ketentuan-Mu adalah yang paling terbaik,

untuk hamba-hamba-Mu yang lemah ini

-end

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro