5
Yunji's pov
Hari ini seperti biasa, aku akan bekerja di restoran dari pagi hingga tengahari dan malam aku akan sambung bekerja di 7e
Aku jalan berseorangan untuk pergi ke 7e, ofcourse aku akan lalu dekat lorong tu. Bukan tak boleh jalan dekat laluan biasa tapi lambat sampai kalau ikut situ. Sebaik sahaja aku lalu di situ, aku teringat dekat yohan
"Haih tak sangka awak lagi teruk dari apa yang saya jangka", keluh aku
Sampai je aku dekat 7e, aku nampak yohan dan rakan2nya tengah melepak dekat depan tu. Aku abaikan diorang dan terus masuk ke dalam.
Aku malas nak berhadapan dengan diorang lepas yohan dah cekik aku hari tu. Aku bukan jijik dengan diorang cuma aku tak expect yang diorang macam tu
Orang mula ramai datang dan aku jalankan tugas aku seperti biasa. Tiba tiba ada sorang mamat ni sumpah dia nampak misteri gila. Perasaan takut mula menyelubungi diri aku. Tiba tiba dia keluarkan pisau. Aku undur sikit
"A..aw..awak nak bu..buat a..ap..apa ni?", aku dah gagap2 dah ni. Sekarang aku fikir omma aku dekat rumah je ni
"Aku nak duit! Bagi aku duit! Kalau tak aku bunuh kau dekat sini"
"Sa..saya takde du..duit"
"Ah! Kau tipu aku kan!!! Baik bagi duit dalam tu cepat!! Atau kau nak mati dekat sini!", dia halakan pisau dekat leher aku
"To...tol..tolong ja..jangan ap..apa2 kan sa..saya..tolong saya merayu", aku fikir omma je sekarang. Aku nak omma ㅠㅠ
"Kalau kau taknak mati dekat sini, bagi aku duit sekarang! Aku nak duit lah sial! Kau tak faham bahasa ke setan!"
"Tapi sa...saya takde duit"
"Ey kau ni memang kan!", aku dah dapat rasa pisau tu dah sentuh leher aku. Aku hanya mampu pejam mata, aku takut kalau tadi kali terakhir aku jumpa omma. Air mata aku mula mengalir, aku dapat rasa dia akan bunuh aku dengan kelar leher aku, tiba2
BUKK!
Aku buka mata, mamat tadi tu dah terbaring. Aku tengok siapa yang tumbuk dia, orang itu ialah yohan and the gang. Mamat tu terus blah lepas dah kena belasah dengan diorang
Aku terus terduduk. Air mata aku dah macam air terjun, aku tak tahu apa jadi kalau diorang tak masuk tadi. Aku rasa ada orang peluk aku and orang tu adalah yohan. Dia usap belakang aku
"Dah dah, uljima. Aku ada kat sini, jangan takut", aku menangis dalam dakapan dia. Dia eratkan pelukkan dia, aku rasa selamat sangat ada dengan dia sekarang.
Sekarang ni aku cuma fikir aku nak balik tu je, aku takut.
"Kau nak balik ke? Jom kitorang hantar. Bahaya kalau kau sorang2 je, hangyul pergi jumpa boss dia sat cakap kita bawa yunji balik"
"Okeh", hangyul terus pergi bilik boss aku dekat belakang. Aku masih menangis dalam dakapan yohan, trauma mungkin
"Dah dah jangan nangis, aku ada kat sini. Kau selamat dah", first time dia berlembut dengan aku. Tapi kenapa dia......hm takpelah
Tak lama lepastu, hangyul keluar dari bilik boss aku "Han, boss dia bagi cuti 2 hari. Aku citer apa yang jadi tadi"
"Okay bagus, dah yunji. Kemas barang kau, jom aku hantar kau balik", aku terus ambil beg aku. Kaki aku sumpah lemah gila sekarang, aku tak boleh dah nak jalan betul2. Yohan nampak and dia terus pimpin aku jalan
Diorang masukkan aku dalam van diorang, seungwoo hulur handphone dia dekat aku supaya aku letak alamat aku dekat waze tu. Aku dah bagi alamat, diorang terus menuju ke rumah aku. Keadaan dalam van tu sunyi gila kalau tak bising je manjang
Tak lama lepastu, diorang parking dekat depan flat aku. Aku terus keluar dari van, apa yang buat aku terkejut is diorang ikut aku do, tapi aku buat tak tahu je
Sampai depan rumah aku, aku tekan pass rumah aku. Aku baru nak buka pintu, omma aku dah buka dulu
"Yunji, kamu kenapa ni sayang? Kamu okay tak? Kalau kamu balik awal ni mesti ada apa apa ni hm? Kenapa ni?", aku terus peluk omma aku dan aku menangis
"Omma, hiks kalau diorang ni takde tadi mungkin yunji tak dapat jumpa omma dah tsk tsk", teresak esak aku menangis dalam dakapan omma aku. Omma aku terus peluk aku
"Kesiannya anak omma ni, syukurlah takde apa2 yang jadi dekat kamu", omma usap belakang aku untuk tenangkan aku, lepastu pandangan omma aku beralih dekat diorang
"Kamu semua ni kawan yunji ke?"
"Ya ahjumma. Kami semua kawan yunji, tadi yunji hampir2 kena bunuh. Nasib baik kami nampak", kata yohan. Apa yang buat aku terkejut ialah dia cakap dengan omma aku sopan sangat langsung tak kasar
"Aigoo baik sungguh lah kamu semua ni, terima kasih banyak2 sebab dah selamatkan yunji. Ahjumma tak tahu nak balas dengan apa"
"Eh takpelah ahjumma, cukuplah yunji selamat dapat jumpa ahjumma pun dah cukup. Ahjumma tak perlu balas apa2", seungyoun pula bersuara lalu dia tersenyum manis dekat omma aku
"Kalau macam tu jom lah masuk dulu, ahjumma buatkan air untuk kamu semua ya. Masuk dulu", diorang terus masuk. Sah! semua jenis tak boleh dipelawa ni terus terjah. Omma aku tersenyum tengok gelagat diorang
Aku dah mula okay lepas balik rumah, aku duduk dengan diorang sementara omma aku tengah buat air
"Terima kasih sebab tolong saya tadi, kalau awak semua takde tadi saya tak tahu lah apa jadi dekat saya. Terima kasih sangat"
"Alah, takde hal lah. Orang macam tu memang patut kena macam tadi. Lepasni kau hati2 sikit", uish jarang2 yohan cakap elok2 ngan aku macam ni. Aku cuma tersenyum dan terkaku je dekat sofa, apa kau ingat aku susah rumah aku takde sofa? Ada okayy
"Eh kau pergilah tolong omma kau, sian omma kau nak kena angkat cawan banyak2. Kitorang ni ramai tau, shuh shuh gi tolong omma kau", aik? Aku lak yang kena. Aku tak sangka harini aku dapat tengok side yohan yang ni. Aku terus bangun dan ke dapur untuk tolong omma aku angkat cawan2 diorang yang dah berisi air teh o ais itu.
"Ni je lah air yang mampu ahjumma hidangkan dekat kamu semua"
"Eh takpelah ahjumma, kitorang okay je air apa pun. Air kosong pun takpe ahjumma, yang penting air", diorang gelak sama2 jap aku tak tahu lawak apa yang si wooseok tu cuba sampaikan, ah lantaklah
"Maaflah rumah ahjumma ni kecil je, kesian korang tak selesa pulak duduk dalam rumah ni"
"Eh kitorang okay je lah ahjumma, lagipun rumah besar2 buat apa. Rumah ahjumma ni cantik dah, comel je ha pemandangan dari sini pun cantik. Saya suka!", kata yohan dengan terujanya Wah aku rasa harini banyak kali aku terkejut tengok perangai diorang ni
"Yunji", aku terus pandang omma aku bila dia sebut nama aku
"Ye omma, kenapa?"
"Esok cuti je lah ya, rehat dekat rumah. Kamu dah lama tak cuti kan?", aku hanya senyum dan mengangguk.
"Ha ni lagi satu, kamu lalu lorong tu lagi ke?"
"Haah omma, lagipun ikut lorong tu dekat. Kalau laluan biasa lambat lah nak sampai omma"
"Aigoo, jangan lah lalu situ lagi. Takpelah lambat sampai pun. Kalau kamu jumpa dengan anjing2 kurap tu lagi nanti macam mana", ah sudah
"Anjing kurap?", minhee buat muka tertanya2
"Takdelah haritu ada sekali tu si yunji ni lambat betul baliknya, ahjumma risau lah kan selalunya pukul 3.15 macam tu dia sampai dah tapi malam tu pukul 3.45 baru dia sampai"
"Ouh lepastu?", hangyul pulak bersuara
"Lepastu ahjumma tanya lah dia kenapa lambat, lepastu dia kata ada halangan nak balik. Katanya kena kejar dengan anjing kurap, 11 ekor pulak tu", aduh omma gi citer buat apa mampus aku
"Ouh macam tu ke", yohan pandang2 aku dah ni huwaaa
"Hm macam tu lah, eh kamu semua duduk dulu ya. Ahjumma nak ke dapur sekejap", omma terus bangun dan berlalu meninggalkan aku huwaa omma ni
"Best ke kena kejar dengan 11 ekor anjing kurap?", yohan bertanya huwaa aku tak tahu nak cakap apa
"Mmm ehehe sorrylah wak. Haritu saya tak tahu nak cakap apa dekat omma saya hehe sorry eh"
"Sorry naik lori lah kau, sakit hati ni tahu tak", eh eh asal voice tone dia cam gedik HAHAHAHA
"Eleh sakit hati awak tu tak sesakit awak cekik saya", ha ambik kau lagi sakit tau. Terkedu terus dia
"Okaylah aku minta maaf jugak pasal haritu tercekik kau, aku terlalu ikut perasaan aku waktu tu ha sorry eh"
"Sorry naik lori lah awak, sakit leher ni tahu tak"
"Ey kau ni kan ha aku tampo kang"
"Hahahahahaha yelah2 saya gurau je hehe", omma aku keluar dari dapur sambil membawa pinggan yang berisi nugget
"Ha nah, makan lah. Ni je yang ada dekat rumah ni. Makan2"
"Wahh gumawo ahjumma!", diorang terus serbu pinggan tu uish lapar betul diorang ni
Hm nampak comel je diorang makan sambil gelak2. Tapi kenapa diorang buat kerja2 macam tu hm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC
Mohon abaikan segala kesalahan tatabahasa dan sebagainya, sekian terima kasih
[✓] Votement
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro