26
Yunji's pov
Harini aku kena pergi hospital untuk buat check-up, haih orang lain datang semua dengan suami. Aku? Seorang diri hm aku usap perut aku yang masih kempis dan tersenyum. Sekarang tak nampak lagi baby bump, 3-4 bulan nanti nampak lah kot.
Aku masih tunggu giliran aku, sakit pinggang tahu tak duduk lama2. Aku bosan hm yunhee tak teman aku sebab dia cakap dia ada hal so dia suruh aku pergi sorang nanti balik dia ambik itupun dia kata kalau masa tu dia tak busy, kalau tak memang kena naik teksi ah citer dia.
Waktu macam ni, tiba2 aku teringat dekat mendiang omma dan appa aku. Kalau diorang masih ada mesti diorang happy sebab diorang nak dapat cucu, omma dan appa yohan pun mesti happy kalau tahu pasal ni. Tapi dalam keadaan kitorang sekarang aku belum lagi nak bagitahu diorang.
Dah sampai giliran aku, aku ketuk pintu dan masuk ke dalam. Doktor perempuan tu senyum dan dia suruh aku duduk, lepastu dia buat muka pelik.
"Mana suami awak?", aku dah agak dah. Confirm! Soalan ni keluar.
"Suami saya busy, jadi dia tak dapat teman saya harini", terpaksalah aku menipu.
"Ouh, kalau tak keberatan boleh saya tahu suami awak kerja apa?"
"Dia CEO"
"Haih dia boss kan? Takkan lah tak boleh cari masa untuk isteri dia yang tengah kandungkan benih dia ni?", aku hanya menunduk. Takkan aku nak cerita benda sebenar lak kat doktor ni, aku pun tak tahu yohan tengah buat apa sekarang.
"Saya bukan marah tau, cuma yelah awak mengandung. Selalunya ibu mengandung ni perlukan suami dia di sisi bila masa2 macam ni", aku cuma balas dengan senyuman
"Takpelah, saya Dr.Jung. Saya akan pantau keadaan awak sepanjang awak mengandung ni, awak pun kena lah ikut jadual ye datang buat check-up"
"Baik doktor", dia check profile aku dulu. Lepastu dia ajak sembang sikit2 aku layan jelah kan.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk", jerit Dr.Jung dari dalam. Dan pintu pun terbuka, aku malas nak pandang belakang tengok siapa so aku biarkan.
"Maaf saya lambat", suara ni. Suara yang aku rindu, terus aku toleh pandang belakang.
"Yohan", dia senyum.
"So Pn.Kim, suami awak ya?", aku hanya mengangguk
"En.Kim, silakan duduk", dia duduk dekat kerusi lagi satu
"Yohan, bukan awak kerja ke harini?"
"Tak salahkan kalau saya cari masa untuk ada dengan isteri saya yang tengah mengandungkan anak saya?", aku tak terkejut dia tahu aku mengandung sebab aku tahu tu mesti kerja yunhee. Yang aku terkejut, dia gelar 'saya' 'awak' dengan aku. Ke dia buat macam tu sebab doktor ada kat depan ni?
Aku masih terkejut, lepastu Dr.Jung suruh aku baring sebab dia nak buat ultrasound. Aku ikut je lah dia, yohan pun ikut sekali. Dah selesai tu aku nak turun, yohan pegang tangan aku. Aku cuba tepis tangan dia tapi dia lagi kuat so yeah.
"Ok Pn.Kim, kandungan awak dalam keadaan yang baik2 sahaja. Buat masa ni jangan buat kerja yang terlalu berat ya, En.Kim pun kena selalu ada masa dengan isteri ya. Dia mengandung, bukan demam biasa. Dan selalunya kalau ibu mengandung ni dia nak suami dia selalu ada dengan dia"
"Baik doktor, saya janji saya akan jaga isteri saya dengan baik", aku hanya memberi fake smile di situ. Ye ye lah tu nak jaga aku huh, kan aku dah cakap emosi aku kejap ok kejap tak.
Dah selesai check-up, kitorang keluar dari bilik tu. Dia tak cakap apa2 dengan aku, dia cuma ikut je aku pergi mana. Lepas aku ambik vitamin2 yang pihak hospital bagi, aku terus jalan laju2 pergi keluar hospital.
Aku baru nak dial nombor yunhee, ada orang tarik fon aku dan orang itu ialah yohan. Aku cuba ambik balik fon aku, disebabkan dia tinggi aku terpaksalah jengket2 sikit pastu aku lompat.
"Jangan lompat, awak tu tengah mengandung. Kalau jatuh?"
"Tak jatuh pun kan? Bagi lah balik fon saya, saya nak call yunhee. Nak balik"
"Saya hantar awak balik, jom"
"Taknak, saya nak balik dengan yunhee"
"Yunhee tu tengah busy, tak payah kacau dia"
"Mana awak tahu dia busy"
"Adik saya, saya tahulah. Lagipun dia kerja dengan saya kan and dia yang suruh saya datang sini tengok awak"
"So kalau dia tak suruh awak tak datang lah kan? Ok bye saya balik naik teksi", aku bergerak pergi dekat tempat tunggu teksi. Aku pusing belakang tengok dia dah blah, ei bukan nak halang aku huh perangai tak pernah berubah.
Seeeee kejap aku nak dia ada kejap aku taknak dia ada haih aku pun tak tahu apa masalah emosi aku ni sebenarnya. Aku tunggu kat tempat teksi tu, ei takde pulak teksi lalu tengahari buta ni.
Tengah aku tunggu teksi, tiba tiba ada satu kereta berhenti depan aku dan aku kenal sangat kereta ni. Dia bukak tingkap sebelah pemandu.
"Tunggu teksi ke tuuu", dia ni kan cari pasal pulak panas2 ni. Dia keluar dari kereta dan dia datang dekat aku. Dia duduk sebelah aku, aku pandang tempat lain. Dia tengok aku.
"Marah saya ke? Tak elok tau marah suami awak ni lama2"
"Takdelah, tak marah pun saya happy je ni tak nampak ke saya gelak ni hahaha", aku bagi gelak paling tak ikhlas dekat dia.
"Eleh, awak marah lagi eh. Takpe saya faham ibu mengandung memang macam ni kan. kandungan awak dah masuk 2 bulan, so maksudnya masa awak datang office saya haritu awak dah mengandung lah kan? Ha sebabtu lah awak jealous bila si henat tu kacau saya", pastu dia gelak. Dan serta merta aku ingat kejadian haritu patutlah aku jealous semacam.
"Jom lah saya hantar awak balik"
"Ish taknak"
"Awak, tak payah jual mahal sangat. Saya ni laki awak jugak dah jom", dia tarik tangan aku. Ha ego kan aku tadi nak dia halang bila dia ada taknak pulak. Aku tarik balik tangan aku.
"Ok awak pilih, awak masuk kereta saya sendiri atau saya dukung awak masuk dalam kereta. Saya kira sampai 3 je, 1.... 2... ti-", aku terus bangun pastu masuk dalam kereta. Dia senyum kemenangan ei geram lak aku.
Dia masuk dalam kereta dan mula bergerak. Macam biasalah kalau dalam kereta memang senyap sunyi, tiba2 dia berhentikan kereta kat tepi jalan.
"Awak nak suruh saya keluar ke macam mana?"
"Ish awak ingat saya ni kejam sangat ke sampai nak buat macam tu kat awak sayang oi, ni ha awak tak pakai seatbelt aigoo kalau ada polis macam mana? Tak pasal2 kena saman lak nanti"
Jap, aku tak salah dengar kan? Dia panggil aku sayang? Pikiran aku melayang, dia tolong pakaikan aku seatbelt lepastu dia serabutkan rambut aku sikit. Lepastu dia gerak balik.
"Sejak bila awak pandai ber'saya awak' dengan saya ni?"
"Asyik panggil aku kau je, bosan lah. Nak jugak sweet2 dengan isteri sendiri"
"Huh yelahtu, buat apa awak datang tadi?"
"Lah, takkan lah saya nak tengok anak saya sendiri pun tak boleh"
"Anak awak tak lahir lagi, kalau nak tengok tunggu dia lahir. Dah stop, biar saya balik sendiri"
"Kenapa pulak?"
"Yelah, awak nak tengok ANAK awak bukan nak tengok saya. Awak mesti tak suka kan tengok muka saya sekarang", asal tetiba aku rasa nak nangis? Yohan stop dekat tepi jalan, aku baru nak bukak seatbelt yohan pegang tangan aku.
"Siapa suruh awak bukak, saya stopkan kereta sebab nak bercakap dengan awak bukan suruh awak keluar"
"Anak saya, anak awak jugak. Awak marah sangat ke dekat saya? Ye saya tahu saya melampau malam tu, tapi masa tu saya cakap tak pakai otak. Awak tahu tak bila saya balik awak takde saya terus keluar cari awak? Selama awak takde hari2 saya cari awak sampai lah seminggu yang lepas yunhee bagitahu yang awak dekat rumah dia. Awak tahu tak saya rasa lega sangat bila yunhee kata awak ada dengan dia"
"Lepastu dia cakap yang awak mengandung, awak tahu tak betapa happynya saya bila dapat tahu awak mengandung? Lepasni jangan pergi mana2 lagi sayang, please. Saya tak boleh hidup tanpa awak", serta merta itu air mata aku mengalir. Dia nampak dia terus peluk aku lepastu dia belai rambut aku
"Saya minta maaf ye, saya janji lepasni saya tak buat dah. Saya akan jaga awak dan anak kita baik2, saya sayang awak", teresak esak aku dalam pelukan dia
"Shh dah tak mau nangis okay? Tak elok untuk baby hm?"
"Awak betul sayang saya?"
"Betul sayang"
"Habistu kenapa layan saya macam tu selama ni?", aku geram ni aku geram
"Saya pun tak tahu, maybe awak kena lari dulu baru saya sedar yang saya sayang awak. Lepasni kalau tiba2 saya layan awak tak baik awak lari rumah eh nanti saya cari awak, time tu baru saya sedar saya sayang awak"
"Ish awak ni!", aku pukul lengan dia. Lepastu dia gelak, boleh pulak dia berloya buruk ish
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC
Aque bz kenduri abg aquee
enjoy!
[✓] Votement
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro