Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22

Yunji's pov

Harini macam biasalah, aku bangun je memang takde orang dah kat sebelah. Aku tengok jam dah pukul 6.30 pagi so yeah yohan dah keluar, aku tak tahulah apa dia buat awal2 pergi kerja tu. Ke dia melencong ke tempat lain dulu.

Aku bangun and aku masuk bilik air, nak mandi. Aku baru je nak masuk bilik air, tiba2 handphone aku berbunyi menandakan ada orang call aku. Aku ambik handphone aku and yohan yang call aku, aik? Jarang2 dia nak call aku ni. Aku pun angkatlah

Kau buat apa?

Saya baru nak masuk bilik air, nak mandi. Kenapa awak call saya ni?

Kenapa? Aku nak call wife aku sendiri pun tak boleh ke?

Bukan tak boleh, jarang awak call saya pagi2 macam ni. Kenapa?

Lunch nanti aku tak balik, tapi kau kena masak jugak.

Eh kalau awak tak balik buat apa saya nak masak?

Aku nak kau masak lepastu hantar dekat office aku.

Awak busy sangat ke harini?

Tak busy pun, saje aku malas nak balik. Banyak document nak kena sign.

Hm okay, lunch nanti saya datang ya ok bye

Hm bye

[End Call]

Nak kena naik teksi lah ni aduhai malasnya aku, tapi nak buat macam mana. Tu arahan dia kan, ikut je lah
.
.
.
.

Lagi setengah jam dah nak masuk waktu lunch, baik aku siap2 dulu. Lagipun aku dah call teksi suruh ambik aku, so takde lah dah nak pergi baru cari teksi kan. Aku masuk bilik and aku bersiap, disebabkan office dia kan lepastu CEO pulak tu so aku kena lah pakai elok sikit. Aku pakai macam ni👇🏻

Aku memang dah natural beauty so aku tak pakai makeup tebal2 sangat. Liptint and bedak je, liptint tu aku buat dia jadi 3in1. Pipi pun aku pakai, mata pun aku pakai so senang takyah beli makeup bebanyak

Dah siap aku turun bawah and bawak paper bag yang dah diisi dengan makanan yohan. Sampai je bawah, teksi yang aku call tadi dah sampai. Aku masuk dan bagi alamat office yohan dekat driver tu dan dia mula bergerak
.
.
.
.
.

Sampai je office yohan, aku jalan masuk ke dalam bangunan dia. Yelah aku bukan takpernah masuk sini, pernah masa aku jadi tukang delivery dulu. Sekarang aku masuk as yohan's wife wooo, ramai yang tegur and bow dekat aku. Aku pulak tak selesa, yang tegur tu aku okay lagi yang bow tu aku tak selesa.

Yelah yang ada pangkat tu suami aku bukan aku, tapi ha dah diorang layan aku macam tu aku nak buat macam mana kan. Sampai je dekat kawasan bilik yohan, aku nampak yunhee

Fokus nau dia buat kerja, aku datang pun tak perasan. So disebabkan yunhee PA yohan mestilah kena berurusan dengan yunhee dulu baru boleh masukkan, tapi sekarang waktu lunch diorang adik beradik ni memang pakat malas nak pergi lunch ke apa

Aku berdiri depan yunhee, dia tahu aku kat situ tapi dia tak tahu yang tu aku. Faham tak? Dia langsung tak dongak kat atas

"Sekarang waktu lunch, boss taknak jumpa sesape so sila balik dulu", dia cakap tak pandang aku and tangan dia ligat menaip dekat komputer dia

"Takkan lah wife dia pun tak boleh jumpa dia?", terus si yunhee tu pandang aku

"Laa aku ingatkan siapa ish, pergilah masuk"

"Hahahaha kau ni tak pergi lunch ke? Busy nau"

"Kejap2 lagi lah, aku tengah siapkan natang ni ha. Tapi kalau kau nak bagi aku makan aku okay je hehe"

"Banyaklah kau, aku bawak makanan untuk oppa kau je. Dah lah aku masuk dulu eh"

"Masukler", aku terus berjalan ke bilik yohan dan aku ketuk pintu bilik dia. Dah dapat kebenaran masuk baru aku masuk, aku letakkan makanan dia atas meja

"Nah, makanlah", dia tengok aku atas bawah. Apa masalah dia ni ha? Asal aku dress up je pandang aku atas bawah

"Kau taknak makan sekali?"

"Takpe, saya dah makan tadi. Saya balik dulu eh", aku baru nak melangkah keluar

"Teman aku makan", terkejut aku, terus aku toleh pandang dia

"Tapi saya dah suruh teksi tunggu"

"Kejap", dia ambik handphone dia dan dia call seseorang

"Hello yuvin, kalau kau nampak ada teksi tengah tunggu tu kau suruh dia pergi. Tolong bayarkan sekali berapa banyak yang kena bayar, nanti aku bayar balik duit kau. Kalau dia tanya kenapa cakap orang tadi balik dengan husband dia ok bye"

"Settle, duduk dalam ni teman aku makan"

"Habistu karang saya nak balik naik apa"

"Takpayah balik, duduk je sini dengan aku. Balik dengan aku karang"

"Kalau saya bosan?"

"Panggil je lah si yunhee tu masuk apa susah, harini duduk dengan aku dalam ni"

"Hm okay", dia suruh aku duduk dekat sofa dalam office dia aku duduklah, lepastu aku main fon. Bila bosan aku tengok majalah2 yang ada dalam bilik dia. Semua pasal business, hm bosan weh aku tak tipu

So aku decide aku nak tengok yohan dari jauh. Selalunya memang aku tengok muka dia serious je manjang, tapi kalini serious dia lain. Nampak gentleman hm handsome laki aku ni, perangai je kena ubah sikit biar nampak lagi handsome

Dah hampir 3jam, satu bilik dia ni aku dah tawaf. Aku duduk balik dekat sofa, tiba2 ada orang ketuk pintu bilik yohan. Yohan bagi keizinan masuk and dia masuk, mak aih sexy nau pompuan ni. Aku cuba kawal riak wajah aku and nak tahu tak? Pompuan tu buat aku ni macam tak wujud lah siel

"Yes, nak apa?", yohan memulakan conversation and perempuan tu duduk depan dia

"I nak minta you sign document ni", dia letakkan document tu atas meja yohan. Tak yang aku tak paham, letak document pun kena lentikkan badan ke? Yohan ambik document tu and maybe lah dia tengah sign kan lepastu aku geram ni dia ambik kesempatan wehhh

"Hm muka you nampak macam penat lah, you letih ke?", eh eh pompuan ni ada makan kaki aku kang

"No"

"Eleh, nak tipu tak boleh. You penat kan", perempuan tu terus bangun and dia pergi belakang yohan lepastu kau rasa dia buat apa? Dia picit bahu yohan weh aku pun tak pernah buat ei dia tak nampak ke aku kat sini dasar buta

Yohan nampak macam tak selesa je kan, so aku bangun dan aku pergi kat pompuan taguna tuh

"Excuse me, dia husband aku. Kau tu staff je kan? Buat cara macam staff tak payah nak menggatal, kau datang kerja nak menggatal ke nak kerja?", asal aku sensitif sangat ni

"Kerja"

"So, blah lah. Ni kerja aku bukan kerja kau", dia terus lepaskan bahu yohan and aku ambil alih urut bahu yohan aku geram ni

"Dah, you boleh keluar sekarang", pompuan tu mendengus and dia terus keluar. Aku masih picit bahu yohan tapi aku picit macam aku cubit weh aku tak picit betul2

"Ah sakitlah oi, kau nak picit elok2 lah", aku tolak dia

"Awak suka kan dia picit awak? Suruh lah dia picit elok2 huh", aku terus jalan sambil hentak kaki pastu duduk dekat sofa. Aku pandang luar tingkap and tangan bersilang di dada

Tiba2 aku rasa sebelah aku macam ada orang duduk, yohan lah tu. Siapa je lagi dalam bilik ni

"Kau jealous?"

"Mana ada saya jealous"

"Eleh, haritu kata tak sayang aku. Tapi marah dia buat kat aku macam tu, ha jealous lah tu", dia cuit hidung aku

"Hello saya tak sayang awak so saya tak jealous okayh! Harap maklum"

"Habistu kenapa marah sangat dekat dia?"

"Sebab dia melampau, dia tahu kan awak dah kahwin. Memang dah takde lelaki lain ke selain awak yang dia nak goda?", aku merengus geram

"Kau nak tahu tak?"

"Apa dia?"

"Kau jealous"

"Ei tak!"

"Ye kau jealous"

"Tak lah!", tiba2 pintu terbuka dari luar. Yunhee yang masuk

"Ha ni apahal ni berdua duaan dekat sofa tu?"

"Kakak ipar kau ni ha, dia jealous si henat tu masuk tadi"

"BHAHABAHAHHAA seriuslah kau jealous ji? Aik kata kena paksa je kahwin tapi jealous? HAHAHAHHAHA"

"Diam lah", aku geram betullah dengan dua beradik ni

"Dah lah tak payah jealous2, aku belum ada niat lagi nak bagi kau madu. So takyah risau ok"

"Ei saya kata tak jealous tak jealous lah"

"Oi yunji, aku tampo kau kang sia sia je. Sejak bila kau reti jealous ni oi? Henat tu memang gitu pangai tapi jangan risau oppa aku setia dia tak pernah lagi lah ambik kesempatan dekat si henat tu", aku jeling yunhee. Yohan lak tersengih sengih adik dia backup dia huh

"Saya nampak pompuan tu gedik dengan awak lagi sekali saya lari rumah"

"Hm jealous lah tu, kalau nak lari pun kau nak lari mana ha?"

"Saya pergi lah cari seungwoo oppa ke, youn oppa ke, seok oppa ke apa susah"

"Ouh nak gi menggatal dengan diorang pulak lah ni, macam tu?"

"Awak boleh dengan pompuan tu kenapa saya tak boleh?"

"Kau tu wife aku, jangan nak mengada ngada sangat eh nak melayan diorang tu"

"Awak tu husband saya, jangan nak mengada ngada sangat eh nak melayan pompuan tu"

"Weh aku tak paham lah korang ni, korang ni sayang each other ke tak oi?"

"Tak!", kitorang jawab serentak

"Lepastu yang nak jealous ni apahal?"

"Ntah", kitorang jawab serentak lagi

"Eh dahlah, serabut aku dengan korang ni. Oppa nah sign ni", yohan sambung buat kerja dia aku sambung sembang dengan yunhee

Dah petang sikit, yohan kemas2 lepastu dia ajak balik dan aku ikut je lah dia. Sampai rumah, masing2 dah penat pikir nak baring je so yeah aku mandi bilik air lain dia mandi bilik air lain. Selesai mandi, kitorang tidur
.
.
.
.
.
.
.
.

TBC

Ha aku rajin harini

Macam panjang je part ni hahahaha 1000+ words do apa yang aku merepek pun aku tak tahu hoho enjoy!

[✓] Votement

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro