Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Ahad

Yohan's pov

Seperti yang aku janjikan, harini aku akan ambil yunji dekat rumah dia untuk bawa jumpa dengan adik aku di airport

Aku bersiap dan aku terus keluar dari rumah. Sebelum aku keluar rumah, aku dah minta tolong diorang untuk kemaskan bilik sebelah aku. Yelah si yunhee tu takkan nak merempat pulak kan ha aku ni oppa yang baik tau

Aku mula drive dan menuju ke rumah yunji. Rumah dia sebenarnya tak jauh mana pun dari rumah aku, 30minit sampai dah

Sampai je dalam kawasan flat rumah dia, aku tunggu kat bawah. Dia cakap lagi 10 minit dia turun tapi ha biasalah perempuan kan, takde bilanya 10 minit. Aku ni dah hampir 20 minit jadi tunggul kat bawah ni

"Awak!! Sorry saya lambat hehe", weh lawanya. Jap tak tak asal aku ni tetiba terkesima ni? Dia pakai simple je weh tapi asal lawa sangat

Ha lawa kan? Ish

"Yohan? Yohan? Awak dengar tak saya cakap sorry tadi? Awak?"

"Ha? Ha? Ha okok takpe, ha masuklah kereta", eh jap sejak bila aku baik cam ni? Selalunya aku tak suka tau orang lambat2 ni aish lantak lah

Dia dah masuk dalam kereta, aku tampar pipi aku lepastu aku masuk dalam kereta aku balik. Aku tak leh tunjuk yang aku tengah terkesima dengan dia sekarang ni

"Asal kau lambat tadi? Tahu tak lama aku tunggu?", aku kembali dingin seperti selalu

"Lah, tadi kata takpe. Tetiba marah pulak"

"Tadi lain, sekarang lain"

"Ish complicated lah awak ni", yeke? Complicated sangat ke aku ni?

"Tadi omma minta saya jemur kain dulu, so saya tolong lah omma saya dulu. Takkan saya nak biarkan dia buat sorang2"

"Ouh"

"Awak maafkan saya ke tak"

"Sebab omma kau aku maafkan, kalau sebab lain no way", keadaan dalam kereta terus sunyi. Hampir 30 minit aku dengan dia dalam kereta ni, takde siapa pun yang bercakap. Sebaik dah nak sampai airport

Sampai je dekat airport, kitorang keluar dari kereta. Yunji hanya ikut aku dari belakang, aku tercari2 kelibat adik aku. Mana pulak minah ni? Kata pukul 10 sampai sini dah, ini pukul 10.30 tak muncul2 lagi

"Awak?"

"Apa?"

"Em saya nak pergi toilet kejap eh? Nanti saya datang sini balik"

"Ha, jangan lama2 sangat"

"Okay", yunji berlalu pergi meninggalkan aku dekat sini. Aku terus keluarkan handphone aku dari poket seluar aku dan terus mendail nombor yunhee

Tutt..

Tutt..

Tut..

Tut..

Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.

Tutt..

Ey budak ni kang ha, kalau tak reti nak angkat call baik takpayah ada handphone. Aku berjalan sambil main handphone, Tiba2

"BAAAAAAHHHHHHH!!!"

"YAH! KKAMJJAGIYA! NEO JINJJA SH--"

"HAHAHAHAHAHAHHA LAWAK LAH MUKA OPPA TERKEJUT HAHAHAHAHA", aku kan ha ada yang kena tampo ni kang

"Kau kan ey, kau pahal lambat?! Asal oppa call tak angkat?"

"Ouh oppa ada call eh? Hehe mian, phone mute"

"Kau ni kan ey"

"Oppa!"

"Boleh tak kau jangan jerit2?! Oppa kat sebelah kau je tau"

"Hehe mian mian, mana janji oppa?"

"Janji apa?"

"Ish! Oppa kata oppa nak bawak bestfriend yunhee sekali!! Eii apa nii manaa dia??!!! Yunhee rindu yunji lahhh!! Huwaaaaa!!", aku kan budak ni asal sejak duk overseas ni makin bangang ni? Dia tak malu ke orang duk tengok dia berteriak

"Oi! Kau jangan buat oppa malu boleh tak? Dia pergi toilet tadi, sabar lah"

"Serious eh dia ada?"

"Ye! Dia ada! Sabar boleh tak?"

"Okeh", aku berdiri dekat situ dengan yunhee. Dia duk lah cerita kisah hidup dia dekat sana yang membosankan sebab dia kata dia takde kawan kat sana

Kitorang adik beradik memang macam ni, jenis tak ramai kawan. Yang ada tu, ha yang tu je lahh

"Kim Yunhee?", yunji muncul di belakang yunhee

"YAHH CHOI YUNJIII!!! NEOMU BOGOSHIPPEO!!!!", aku tak tahu lah adik aku ni makan apa dekat London tu tetiba jadi hyper semacam. Dia terus peluk yunji lepastu yunji pun balas pelukan dia lepastu diorang lompat2, ha korang tahu lah kan macam mana member dah lama tak jumpa

"NADO BOGOSHIPPEO YUNHEE AH!!", orang dah pandang2 dekat sini dah aduhh sumpah aku malu sekarang ni

"Oi, dah tu. Jangan nak buat aku malu dekat sini, sambung peluk dekat rumah", terus diorang leraikan pelukkan dan berjalan sambil pegang tangan menuju ke kereta [ayat keling apa aku buat ni]

"Yunji, kau duduk depan eh dengan oppa aku. Biar aku duduk belakang"

"Eh apa pulak? Kau lah duduk depan, dia oppa kau bukan oppa aku"

"Alah tadi pun kau duduk depan kan? Ha duduk je lahh aku nak duduk dekat belakang sorang2 okay", dia terus tolak si yunji tu dekat seat sebelah aku dan dia duduk kat belakang

Keadaan dalam kereta jadi sunyi sepi bila takde siapa yang nak bersuara. Aku hanya fokus pada jalan dan yunji hanya memandang pemandangan di luar. Yunhee? Dari tadi dia duk perati aku ngan yunji tah kenapa tah dia tu

Yunhee terus rapatkan diri dia dengan seat aku dan yunji, lepastu dia letak tangan sebelah dia atas bahu aku lagi sebelah atas bahu yunji. Faham tak? jap eh

[Ha cam tu lah, harap faham🤣]

Yunhee pandang aku dan yunji bersilih ganti. Apa masalah budak ni senanya?

"Oppa baru cari yunji ke atau oppa memang dah kenal yunji ni lama?", yunhee mengecilkan sedikit matanya konon2 nak buat aku takut lah tu heh kau ingat aku nak takut dengan adik sendiri?

"Adalah dalam sebulan jugak kitorang dah kenal", terbeliak terus mata si yunhee tu bila aku cakap macam tu

"Omo omo maksudnya kau dah kenal dengan oppa aku lama lah? Kau tak tahu ke aku adik dia?", tanya yunhee dekat yunji

"Em, aku baru je tahu minggu lepas. Itupun sebab aku pergi delivery makanan dekat office oppa kau, kalau tak sampai sekarang aku tak tahu kau tu adik dia"

"Hm cam ne boleh jumpa oppa aku? Hah oppa? Cam ne leh jumpa yunji?"

"Eh kau takpayah sebuk lah, oppa dah bawak si yunji ni jumpa kau pun kira bagus dah tau", aku bukan apa tapi adik aku sendiri tak tahu yang aku buat kerja2 ni
.
.
.
.
.
.
.

TBC

Heyyooo satgi aku rajin aku pub next chap okeh. Kalau aku rajin lah sebab nak smbng yang ni. Aku malas nak menaip pepanjang lagi okeh byeee

[✓] Votement

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro