Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

" Kohkohkoh uhuksss hacyuummmm "

" Aigu. Tu lah kau, main hujan lagi " Yoongi menggelengkan kepalanya lalu meletakkan segelas cawan dan ubat di atas meja sebelah katil.

" Ya sebab ada orang tu suruh aku tunggu dekat stesen bas sampai hujan berhenti " Aku menjeling Yoongi kasar. Padahal semalam dia pergi rumah Namjoon dengan kereta, bukannya dengan motor! Dia tu malas nak datang ambil aku je sebenarnya.

Yoongi tersengih nakal, " Alolo sorry lah. Aku semalam leka main game dengan diorang "

Ubat di atas meja tadi aku ambil lalu makan dengan segera.

" Tapi nasiblah Jimin tumpangkan kau. Kalau tak mesti makin teruk demam kau " Yoongi lekapkan telapak tangannya pada dahi aku. Ish, tak habis habis nama Jimin yang disebut.

Ting tong !

" Ada orang datang ke? Aku pergi tengok kejap "

Aku biarkan saja Yoongi pergi mendapatkan tetamu. Aku baringkan semula tubuh dan menarik selimut ke atas dada. Bersedia untuk tidur.

Tapi niat untuk tidur aku terbantut apabila Yoongi masuk semula ke dalam bilik aku. Kali ini dia tidak masuk berseorangan. Ada orang mengikutnya di belakang.

" Kyungri, Jimin datang melawat kau ni "

God...

***

Taehyung mengelap peluh di dahi dengan sehelai tuala. Cuaca yang terik hari ni membuatkan dia cepat letih. Tambah tambah pula bila dia yang kena buat penghantaran.

Selalunya kalau nampak Kyungri, bersemangat la sikit dia. Tapi hari ni dia tak nampak pulak batang hidung perempuan tu.

Dekat stor tak ada, dekat loker pun tak ada. Dekat depan lagi lah tak ada. Hm.. tak datang kerja ke hari ni?

" Boss, Kyungri tak datang eh hari ni? " Soal Taehyung kepada majikan mereka yang sedang bersantai sambil minum teh ais.

" Haah dia cuti harini. Demam katanya "

" Demam? " Sedikit tinggi nada suara Taehyung. Majikannya mengangguk.

Taehyung diam. Macam mana la budak tu boleh demam? Lembik betul. Padahal dari luaran penampilan tu kasar nak mampus. Tapi antibodi lemah!

Patut tak aku pergi melawat? Hmmm Taehyung ragu ragu berfikir. Kang dia halau macam mana? Eh tapi orang demam mana larat nak halau en?

Okay. Kita pergi melawat dia kejap lagi.

***

" Kau tak nak balik lagi ke? " Tanya aku disertakan dengan nada menyampah kepada Jimin.

" Aku baru datang tak sampai 10 minit, Kyungri "

" Astu nak duduk sampai bila? Besok? "

" Berhenti bercakap dan makan bubur yang aku bawakkan ni " Jimin membuka penutup tupperware putih yang berisi bubur orang sakit. Sudu diambil lalu tupperware itu disuakan kepada aku.

" Makan lah "

" No, thanks " Aku menolak tupperware itu. Aku dengar yang Jimin mengeluh berat.

" Kau nak aku suapkan ke? " Ugut Jimin. Ceh, ingat aku takut lah tu.

" Kau nak mati awal, kau suap lah " Aku pula yang gertak dia. Halkum Jimin turun naik menandakan yang dia meneguk liur.

" Okay okay aku tak suap. Aku letak dekat sini okay? Makan lah at least sesuap pun " Dia meletakkan tupperware bubur tadi di atas meja.

" Kyungri, ni ada kawan kau datang " Ujar Yoongi di depan pintu bilik aku. Aku angkat kening. Siapa pula kawan aku yang baik hati nak datang melawat ni? Bukan ke semua kawan aku pergi bercuti sebab cuti semester?

" Siapa? "

" Aku lah "

Membulat mata aku apabila aku nampak orang kedua yang aku tak suka sebab merimaskan hidup aku, " Taehyung?! "

Dia berjalan ke arah katil lalu melabuhkan punggung di birai katil. Matanya bertembung dengan mata Jimin lalu mereka saling membalas senyuman.

Dalam hati Taehyung dah kecewa sikit sebab dia terlambat untuk melawat Kyungri. Lagi satu, dia dah agak Kyungri memang ada something dengan Jimin dulu. Lihatlah mereka berdua sekarang ni.

" Boss cakap kau ambik cuti sebab demam so aku datang melawat kau " Taehyung menipiskan senyuman.

" Dan aku ada bawakkan kau bub- oh, kau dah ada bubur " Mengendur suara Taehyung apabila dia nampak Jimin memegang kembali tupperware berisi bubur.

" Mana bubur kau? Aku nak makan sebab aku lapar " Jawab aku selamba tanpa memikirkan perasaan Jimin di sebelah.

Taehyung yang terpinga-pinga itu membuka tupperware tadi lalu memberikan kepada aku. Aku mengambil dua suap bubur. Emm sedap!

" Sedap. Thank you, Tae " Lalu aku sambung menjamah bubur buatan Taehyung. Padahal Taehyung beli bubur tu dari Mcd lepastu letak dalam tupperware je.

Jimin di sebelah mengemam bibir. Terasa juga apabila dilayan sebegini rupa oleh Kyungri tapi dia tidak berhak untuk menyalahkan Kyungri kerana semuanya adalah salahnya dari mula.

Dia tak patut bagi Kyungri harapan. Lihatlah Kyungri sekarang. Destroyed.

" Kyungri, aku nak kena pergi sekarang. Jaga diri " Jimin meletakkan tupperware tadi lalu dia beredar pergi. Memberi ruang kepada Kyungri dan Taehyung. Jimin tersenyum nipis.

Selepas memastikan Jimin sudah pergi, Kyungri memulangkan semula bubur Taehyung.

" Ambik balik bubur Mcd kau ni " Ingat Kyungri tak tahu ke tu bubur Mcd? Taehyung nak tipu pun tak pandai.

" Aik? Tadi bukan main seronok lagi makan bubur aku. Sekarang tak nak makan dah? "

" Tadi aku makan sebab nak halau Jimin balik je. Rimas lah dengan dia tu "

" Kenapa kau tak suka Jimin? Dia layan kau baik kot "

" Sebab dia rasa bersalah je tu "

" Maksud kau? "

" Ahh takde pape lah. Dah, kau pun boleh balik sekarang. Aku nak tidur "

Aku membaringkan semula tubuh ke atas katil. Taehyung menarik comforter untuk menutup tubuh aku.

" Nak aku tinggikan suhu aircond tak? " Tanya dia lembut.

" Boleh jugak "

Taehyung meninggikan suhu aircond bilik aku seperti yang disuruh.

" Sleep tight and get well soon, Kyungri. Aku tak sabar nak buli kau " Taehyung senyum pendek. Aku tak dengar pape sebab aku dah tertidur. Ngantuk amat.

Taehyung menutup lampu bilik sebelum dia menutup pintu bilik.

" Saya balik dulu, abang Yoongi "

EUWWW ABANG YOONGI HHAHAHAAHHA.

" Tak payah nak abang abang sangat dengan aku. Geli telinga aku dengar " Yoongi menayangkan wajah loya membuatkan Taehyung tertawa kecil.

" Kita guna aku-kau je " Sambung Yoongi lagi.

" Okay Yoongi, aku balik dulu " Taehyung menunduk sedikit ingin meminta diri untuk pulang.

" By the way, kau suka adik aku ke? " Soalan Yoongi membuat Taehyung bingung. Kenapa tiba tiba tanya soalan macam ni?

" Kenapa ya? Buat masa sekarang aku pun tak pasti dengan perasaan aku tapi for sure, dia macam adik aku je " Jawab Taehyung yakin. Entah yakin ke tak tu sebab bila dia dengan Kyungri, perasaan tu lain macam.

" Takdelah. Kyungri tu, sejak apa yang berlaku antara dia dengan Jimin buatkan dia tak dapat nak terima sesiapa lagi. Aku ingatkan kau suka dia, mana tahu kau boleh lembutkan sikit hati dia tu "

Sebenarnya apa yang terjadi antara Jimin dan Kyungri ? Tertanya-tanya pulak si Taehyung tu.

" Jangan risau, Yoongi. Mana tahu satu hari nanti aku confess dekat dia ke, kan? "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro