7
Keadaan sekarang ini sangat kekok. Sesekali aku mengerling ke sebelah dan cuma melihat dia yang turut sedang menunggu lif bersama aku.
Lif tiba. Aku dan dia sama sama memasuki lif. Sekali lagi, suasana sangat tegang dan kekok. Kalau ada jarum jatuh pun pasti boleh dengar bunyinya.
Aku menekan number 13. Di mana rumah aku berada. Dia pula menekan number 14.
Kenapa dia langsung tidak menegur aku? Takkan lah 3 tahun belajar dekat luar negara sampai dah terlupakan aku terus? Dia sedar tak aku ni siapa dalam hidup dia dulu?
Memang tak lah kalau aku yang nak tegur dia dulu. Aku ni ego tinggi. Selagi orang tu tak bercakap dengan aku, sampai kiamat pun aku takkan buka mulut. Sama seperti keadaan sekarang.
Ting!
Lif telah tiba di aras apartment aku. Tanpa berkata apa mahupun memandangnya, aku terus melangkah keluar daripada lif.
Baru saja aku berjalan beberapa tapak, aku tolehkan kepala ke belakang hanya untuk melihat separuh wajahnya sebelum pintu lif tertutup rapat.
Mata kami bertembung.
***
Aku menanggalkan topi dari kepala lalu membaling topi tersebut ke atas katil. Kemudian aku keluar daripada bilik untuk mengambil segelas air untuk melegakan tekak aku yang kering.
Aku mengerling kelibat abang aku yang sedang berehat di atas sofa ruang tamu.
" Abang, dia dah habis belajar ke? " Soal aku pada abang aku, Min Yoongi. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi makan lalu meneguk sekali air kosong.
" Siapa yang kau maksudkan ni? "
" Jimin " Jawab aku perlahan. Sakit pula hati bila sebut nama dia.
Yoongi bangun dari sofa dan dia berjalan ke dapur. Piring putih kecil diambil lalu dia meletakkan beberapa jenis kuih ke atas piring tersebut.
" Iya. Dia ada datang tadi. Kau nampak dia ke? " Yoongi meletakkan piring yang sudah diisi dengan kuih di atas meja.
" Makan lah. Dia yang bagi kuih ni dekat kita " Tambah Yoongi lagi.
" Terserempak dalam lif tadi "
Sejenis kuih berwarna hijau dimasukkan ke dalam mulut. Em sedap! Kuih kesukaan aku ni.
" Dia ada tanya aku pasal khabar kau tadi " Kata Yoongi lagi. Hampir membuatkan aku tersedak mendengarkan perkara itu. Dia tanya pasal khabar aku dekat Yoongi?
" Habistu kau jawab apa? "
" Aku jawab lah yang kau sihat walafiat. Sekarang tengah cuti jadi kau pergi kerja "
Aku meng-oh-kan saja jawapan yang Yoongi berikan kepada Jimin. Mengingati dia yang sudah banyak berubah, aku tak tahu perasaan apa yang tiba tiba menerjah dalam hati aku ini.
Suka? Tak sangat.
Benci? Jauh sekali.
Aku sendiri tak tahu.
" Lama kan kau tak jumpa dia? Dah tiga tahun rasanya "
" Abang, dah dah lah tu mengungkit. Bukannya aku peduli pun " Aku menggulingkan mata aku ke atas tanda aku menyampah.
" Aku tahu kau masih berharap lagi, Kyungri "
***
Aku mengemas semua resit-resit yang bersepah di hadapan kaunter. Stor dah selesai dikemas dan Boss Kim pula keluar pergi makan tengahari so apa salahnya kalau aku tolong dia kemas resit, kan?
Taehyung tak ada. Hari ni dia kena buat penghantaran seorang diri sebab aku berkeras tak nak ikut dia. Aku tak akan biarkan dia ambil kesempatan ke atas aku lagi macam semalam!
Ting!
Loceng kedai berbunyi. Aku mendongak kepala untuk pandang gerangan yang baru masuk ke kedai. Ha, panjang umur.
" Panas sia cuaca hari ni " Taehyung menanggalkan jaket motornya lalu menggantung pada badan kerusi. Disebabkan hari ni dia buat penghantaran seorang diri, jadi dia naik motor je. Cepat sikit kan daripada naik van.
Aku abaikan dia dan sambung mengemas. Taehyung menyelakkan rambutnya ke atas menyebabkan manik-manik peluh di dahinya terserlah habis. Panas betul ya harini? Tambah dengan dosa dosa lagi. Makin panas lah kan?
" Kyungri, kau dah lunch belum? "
" Belum. Tengah tunggu Boss Kim balik dulu. Dia pergi makan "
" Oh. Nanti bila dia dah habis makan, kita dua pergi lunch eh? Aku lapar do "
" Hmm " Gumam aku perlahan.
Aku dengar keluhan berat dilepaskan dari mulut Taehyung, " Haih... macam biasa lah aku paling beria nak bercakap dengan kau "
Ek eleh. Dah tahu aku ni jenis tak suka melayan, dia juga yang asyik beria nak bercakap dengan aku. Lepastu nak bebel dekat tepi sana. Ceh.
Ting!
" Selamat datang, encik! Nak pickup barang ke? " Soal Taehyung kepada pelanggan yang baru saja datang.
" Erm yaa. Saya tak ada dekat rumah semalam so saya kena datang pickup sendiri "
Telinga aku dapat mengecam suara itu. Mendengarkan suara yang agak familiar, aku terus mengangkat muka. Terkejut yang aku alami sekarang tidak dibuat-buat.
Takdir bodoh apa ni yang menemukan kami berdua lagi?!
" Kyungri, mana barang yang aku pass dekat kau semalam? "
Jimin turut menoleh ke arah yang Taehyung sedang pandang sekarang, iaitu aku. Aku dan Jimin saling bertatapan seketika sebelum aku melarikan pandangan memandang Taehyung. Jimin pun nampak terkejut sebab tak sangka akan berjumpa dengan aku dekat sini.
" O-oh ya ada dekat belakang. S-sekejap " Aku terus melarikan diri ke belakang.
Aku mengetap bibir dengan rapat. Dada aku diusap perlahan kerana detakan jantung aku dah macam laju sikit seperti selalu.
Chill Kyungri, chill. Dia bukan sesiapa lagi dah dalam hidup kau. Rasa terkejut tu normal sebab dah tiga tahun lebih aku tak nampak dia jadi yeah..
Aku keluar ke depan semula dengan bungkusan barang Jimin. Aku nampak dia sedang menyandarkan tubuh di kaunter sambil menunggu aku.
" Taehyung, ni barang dia "
Aku bukannya nak bagi terus dekat Jimin. Sebaliknya aku bagi dekat Taehyung supaya dia bagi dekat Jimin. Taehyung mengambil bungkusan tersebut lalu dia memberinya kepada Jimin.
" Tolong tulis nama dan tandatangan dekat sini ek? " Beritahu Taehyung kepada Jimin.
Jimin mengangguk faham. Tangannya mencapai pen dari meja kaunter lalu dia menurunkan tandatangan serta namanya pada kertas putih ini.
" Alright. All done " Jimin memulangkan semula pen kepada aku seraya mengukirkan senyuman pendek.
" Terima kasih and see you again, Kyungri " Jimin senyum senget lalu dia melangkah keluar dari kedai kecil ini.
Terkedu aku seketika apabila Jimin berkata sedemikian. What? The? Heck?
Oh jadi dia masih ingat aku rupanya. Ingatkan dah lupakan aku. Walhal lah dia kan- okay tak nak ungkit.
Taehyung mengerutkan dahi memandang aku dan kelibat Jimin di luar kedai.
Eishh mungkin diorang kawan kot. Taehyung cuba husnudzon.
" Kyungri, kejap lagi lepas lunch nak tak kita grab coffee? "
" Aku tak minum coffee "
Taehyung memuncungkan bibir. Alah! Baru nak ajak coffee date!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro