Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

Aku mengemas kotak kotak yang harus dihantar oleh Taehyung esok. Esok memang aku tak akan ikut dia buat penghantaran. Sepanjang hari ni, dia asyik buli aku je. Nyampah!

Selepas memastikan semua kerja aku pada hari ini selesai, aku pergi ke loker untuk mengambil barangan peribadi aku. Aku sarungkan jaket hijau lumut pada tubuh aku yang hanya tersarung tshirt hitam kerja berlengan pendek.

" Nak balik dah ke? "

Aku tolehkan kepala ke arah suara lalu pusing ke depan semula untuk menutup loker.

" Nampak macam aku baru nak masuk kerja ke? " Aku jungkitkan kening berjalan ke arah Taehyung.

Taehyung mencebik kecil, " Tanya je pun "

Aku abaikan dia kemudian melangkah ke luar kedai. Aku periksa telefon bimbit aku. Langsung tak ada chat dari abang aku. Nampaknya kena balik dengan grab lah ceritanya.

Grab pun harga yahudi. Rumah aku bukan jauh mana pun. Nak naik bas, rumah aku tak ada bus stop pulak.

" Kau balik dengan apa? " Jerkah Taehyung dari belakang. Terhinjut sedikit bahu aku kerana terkejut.

" Entah. Grab mahal "

" Kau duduk mana? "

" Hongdae "

" Serious ah?! Aku pun duduk berdekatan sana jugak "

" Oh " Jawab aku malas. Astu dia nak aku buat apa? Bluek bluek.

" Emm apa kata aku temankan kau balik? Tapi kita jalan kaki. Boleh? "

Aku melihat wajah Taehyung yang disinari oleh cahaya bulan dengan ragu ragu. Balik dengan dia ni? Berduaan? Macam mana kalau dia buli aku sepanjang jalan? Macam mana kalau dia culik aku? Macam mana kalau dia-

" Aku tahu apa kau fikir. Jangan risau, aku takkan culik kau atau buat benda yang tak elok dekat kau " Terkedu aku apabila dia bagaikan dapat membaca minda aku.

" Kau takut dengan aku ke, Kyungri? "

Aku melepaskan nafas, " Tak "

" Okay so? Nak aku teman kau balik ke tidak ni? "

Akhirnya aku mengangguk jua. TERPAKSA OKAY!

***

" So kau belajar dekat Universiti of Hongdae lah? Year 1 "

" Ha ah. Aku baru habis asasi aku last year so yeah "

" Wow.. baguslah. Ada masa depan yang cerah " Katanya ikhlas.

" Kau pulak? Tak belajar ke? "

" Belajar jugak. Tapi as a part time student je. Sebab aku nak kerja untuk tampung diri sendiri "

" Mana ibu bapa kau? Dekat kampung? "

Taehyung menggelengkan kepalanya.

" Dekat Daegu. Cuma aku nak berdikari. Kau faham kan? Aku anak lelaki jadi sampai bila nak harapkan duit mak bapak en? "

Baguslah kalau dia berfikiran macam ni. Bukan macam sesetengah lelaki yang pemalas dan cuma harapkan duit mak bapak je tanpa nak usaha sikit pun!

Sorry aku anti sikit dengan lelaki itu yang emosi semacam.

Jalan punya jalan, akhirnya kami tiba di hadapan apartment aku.

" Ni ke apartment kau? " Taehyung melihat bangunan apartment tinggi di depan kami.

" Ya. Aku tinggal dengan abang aku je. Parents dekat Ilsan "

Taehyung meng-oh-kan sahaja penjelasan aku.

" Alright. Naik lah atas cepat. Hari dah lewat " Suruhnya.

Aku mengangguk lalu melambai kecik ke arahnya. Sedang aku ingin melangkah masuk ke lobi, mata aku menangkap figura seseorang yang sudah lama aku tak nampak.

Seluruh tubuh aku kaku. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang ini. Aku tidak sangka dia sudah pulang ke Korea selepas..

" Kyungri? Kau okay? " Suara Taehyung menyentakkan aku. Dia turut memandang ke arah yang aku sedang pandang sekarang ini.

" Kau kenal lelaki tu ke? "

Aku segera menggeleng. Mata aku dilarikan dari terus memandangnya yang sedang menunggu lif.

" Aku naik dulu. Bye " Aku terus berlari masuk.

Taehyung melihat aku dengan bingung selepas ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro