5
Taehyung menutup pintu di bahagian aku sebelum dia turut masuk ke dalam van ini. Keluhan panjang dilepaskan.
" Gatal betul lelaki tu " Katanya.
" Kau pun satu. Yang layan dia sangat tu kenapa? Tahu lah dia kaya "
Eh? Dia nak salahkan aku pulak ke sekarang ni?
" Kau nak salahkan aku? Eh, bukannya aku tak cuba ignore dia tapi dah dia tahan aku sampai macam tu. Kau nak aku buat apa? " Balas aku semula. Angin betul aku kalau ada orang nak salahkan aku atas sesuatu yang aku tak buat ni.
" Hambur segala kata-kata carutan dekat dia. Baling kasut, cekik dia. Simple kan? "
" Cakap memang senang lah. Cuba kau ada dekat tempat aku. Kalau ada perempuan yang tahan kau, mesti otak kau pun tak dapat function sekejap kan? " Aku berdecit kasar. Cakap tak pakai akal betul lah Taehyung ni.
" Kalau perempuan tu cantik, aku layan lah "
" Pergi mati, Taehyung "
Taehyung melepaskan tawa kecil melihat raut wajah aku yang bertukar marah. Siapa je tak marah bodo? Dia buat boleh, aku buat tak boleh. Kalau dah nama lelaki.. memang sampah!
" Atotot marah lettewwww. Dah, tak payah nak tarik muka sangat. Muka kau tu dahla tak pernah senyum. Ni tengah marah, lagi garang muka "
" Garang buat abang geram aummm "
Memang layak dipijak je Taehyung ni.
***
" Perghhhhh sedappppp "
Taehyung meletakkan mangkuknya sup tadi yang sudah licin di atas meja. Tisu diambil untuk mengelap mulutnya yang comot.
" Sedap kan kedai ni? "
" Hmm " Jawab aku perlahan. Sesudu nasi dengan kepingan ayam dimasukkan ke dalam mulut.
" Tch. Tu je reaction kau? Cuba bagi reaction yang gempak sikit. Kau tahu tak kedai ni kedai yang paling famous dekat daerah ni? "
" Tak "
Taehyung mengeluh berat, " Haih takpelah. Memang aku je yang beria kan nak cakap dengan engko ni "
" Susah betul nak dengar kau bercakap. Mulut tu ada emas ke? "
" Haishh bising sial kau ni. Annoying nak mampus " Marah aku kepadanya. Aku memberinya pandangan yang aku annoyed dengannya.
Aku nak makan, bukan nak dengar dia bising. Dia dah kenyang, sila diam.
" Tu jelah kau reti. Kalau bukan senyap, kau nak marah orang. Hidup kau ni tak bosan ke nyah? "
Aku mengabaikan soalan dia. Malas aku nak bertengkar mulut dengan dia ni. Baik aku makan.
" Ke kau marah aku? "
Aku menjungkitkan alis, " Marah? Marah untuk apa? "
" Yelah tadi aku marah kau pasal lelaki hensem tapi gatal tu " Taehyung memuncungkan mulutnya.
Aku senyum senget, " Tak ada lah "
" Yeke? Tapi kau nampak macam marah em "
" Aku memang macam ni "
" Hmm sorry lah kalau buat kau terasa atau apa apa. Aku bukan apa, aku sebagai lelaki idaman para wanita kena lah menjaga maruah dan hak wanita. Aku tak boleh biarkan wanita dipergunakan oleh lelaki-lelaki sampah untuk kepentingan diorang. Lelaki zaman sekarang banyak sampah, anjing dan buaya. Satu pun tak boleh pakai kecuali aku "
Aku menggulingkan bebola mata aku mendengar ceramah Taehyung yang tak bermakna tu. Dasar angkat bakul sendiri.
" Semua lelaki tak boleh pakai, Taehyung. Termasuk kau "
" Eee excuse me? Aku boleh pakai okay. Aku tak sakitkan hati perempuan "
" Awal awal cakap macam tu lah. Nanti sakitkan jugak hati perempuan " Jawab aku perlahan.
Taehyung mengerutkan dahinya, " Eee kau cakap macam ni mesti sebab ada apa apa kan? Kau kena game ke weh? Cer cerita sikit "
" Mana ada kena game. Aku cakap berdasarkan fakta je "
" Berdasarkan fakta ke berdasarkan pengalaman? HAHA "
" Kim Taehyung! " Aku mencubit lengannya kuat. Bibir diketap rapat. Haah! Memang aku pernah kena game pun!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro