
27
Taehyung's
Ketika aku di luar kedai setelah pulang selesai membuat penghantaran, ada seorang gadis yang meraih perhatian aku. Dia memakai blouse putih dan skirt hitam. Dia sedang berdiri bersebelahan dengan kaunter dan sedang bercakap dengan boss aku.
Aku merenung lama wajahnya. Rambutnya berwarna coklat gelap dan berikal di bahagian bawah. Wajahnya benar benar sempurna, tiada cacat cela langsung. Walaupun raut wajahnya sekarang ini kosong dan tiada secalit senyumpan pun, kecantikannya tetap terserlah.
Aku membuka langkah masuk ke dalam kedai semata-mata untuk melihatnya dengan lebih dekat.
" Sorry boss, lupa ambil helmet " Tipu aku. Padahal helmet ada je dekat atas motor tadi.
" Ha kerja terlupa je kamu ni, Taehyung " Balas majikan aku. Aku menayangkan senyuman kekok sambil menggosok belakang leher.
Aku sengaja melirik ke arah gadis itu. Wajahnya betul betul dingin dan dia langsung tidak memandang aku. Mungkin dia malu atau dia bukan seorang yang friendly.
Melihatkan dia yang tidak menegur aku, aku segera bergerak ke sofa belakang untuk mengambil helmet yang satu lagi.
" Kita ada pekerja separuh masa baru dekat sini, Tae "
" Eo? " Aku mengangkat kening lalu bergerak mendekati majikan aku semula.
" Ini pekerja separuh masa baru kita "
" Nama kamu siapa? Takkan nak kerja dekat sini tapi saya tak tahu nama kan? " Boss Kim menyoalnya. Aku turut mengalihkan pandangan aku memandang gadis itu.
" Kyungri. Min Kyungri "
I will never forgot that beautiful name of hers.
Dia dingin. Dia tidak pernah senyum kepada aku. Dia tidak pernah bercakap dengan aku meskipun kami kadang kala harus bekerja sekali.
Sampai aku sendiri tertanya-tanya, siapakah dia.
Banyak juga cara dan taktik yang aku cuba supaya aku dapat mendengar suaranya yang deep itu. Walaupun suaranya bukan typical voice seperti perempuan lain di luar sana, itu lah salah satu hal yang membuat aku tertarik kepadanya.
Tapi perit sungguh apabila dia langsung tidak perasaan akan kewujudan aku.
Sehingga lah satu hari,
" Aku pun duduk dekat Hongdae jugak. Kita jalan balik sekali, nak? "
Di saat itu lah kami mula berkenalan. Dia juga mula bercakap dengan aku walaupun tidak banyak. Tapi boleh lah tu daripada aku bercakap dengan tunggul kayu seperti biasa.
" Kyungri, tujuan aku bawak kau keluar harini sebab aku nak kau tunjuk dekat aku sisi ceria kau. Show me your happy side. Boleh kan? "
Dan dia menuruti kata-kata aku. Dia menunjuk sisi dirinya yang sebenar. Dia adalah seorang gadis yang ceria, yang lembut hatinya. Kerana pernah disakiti berulang kali, hati dia tidak lagi selembut dulu.
Tapi aku cuba. Aku tetap cuba untuk lembutkan hatinya semula supaya aku dapat menambat hatinya. Kerana aku sudah menyukainya. Aku inginkan dia.
I'm madly in love with her,
But I couldn't have her.
" Taehyung, dah siap? Jom, kita kena pergi airport sekarang "
Lamunan aku terhenti tatkala eomma memanggil di pintu.
Aku mengangguk perlahan lalu mengambil beg pakaian aku yang sudah siap diisi dengan pakaian-pakaian untuk beberapa tahun aku berada di sana.
Aku meraup wajah seraya mengeluh berat.
My heart feels heavy to let everything go.
***
Kyungri's
Aku menarik nafas panjang. Jari aku sudah bersedia untuk menekan loceng rumah dia.
Ya, dia. Kim Taehyung.
Aku tahu aku seorang yang bodoh kerana aku sudahpun berjanji yang aku tidak akan muncul lagi di depannya tapi sekarang aku tiba tiba berdiri di depan pintu pagar rumahnya.
Aku datang dengan niat untuk memberitahunya aku yang terima jikalau dia tidak menyukai aku dan aku ingin meminta maaf kerana sudah tersuka kepadanya dan berfikir bahawa dia turut menyukai aku.
Let's do this.
Aku menekan loceng rumahnya sebanyak tiga kali. Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang kelihatan berumur 30-an yang mungkin pembantu rumahnya datang membuka pagar.
" Cari siapa, cik? " Soal pembantu rumah itu.
" Taehyung ada? "
" Encik Taehyung? Encik Taehyung dah pergi tadi "
" Hah? Pergi mana? "
" Dia dah bertolak ke airport dengan Encik dan Puan Kim tadi. Flight dia dalam satu jam lagi " Beritahu pembantu rumah itu lagi.
Aku terkelu seketika. Taehyung nak ke mana? Kenapa aku tak tahu apa apa?
Tiba tiba ekspresi wajah aku menjadi risau. Kenapa aku rasa gelisah? Aku rasa takut dan gementar sangat sekarang ini.
" Dia nak pergi mana? "
" Encik Taehyung kena sambung belajar dekat UK. Dia tak bagitau cik apa apa ke? "
Aku meneguk liur yang terasa pekat. Jantung aku berdegup kencang dan aku tidak nafikan yang aku ingin menangis sekarang ini.
" Thanks "
Aku bergegas berlari masuk semula ke dalam kereta dan menyuruh Yoongi untuk segera memandu ke lapangan terbang.
Aku harap aku sempat bertemu dengan Taehyung.
For the last time.
***
Sebaik sahaja kami tiba di lapangan terbang. Aku terus mencari Taehyung di departure hall. Dan ya, aku nampak dia sedang memeluk kedua ibu bapanya. Aku melajukan lagi larian aku supaya aku tidak tertinggal.
" Taehyung-ah ! " Aku menjerit namanya ketika aku hampir sampai. Taehyung melepaskan pelukan ibunya lalu dia memandang ke arah aku. Mukanya menjadi terkejut di saat dia melihat kehadiran aku disini.
" Kyungri? Macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini? " Dahinya berkerut menyoal aku.
" Kenapa tak bagitahu aku yang kau nak belajar dekat luar negara, Taehyung? " Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir juga. Aku tidak sanggup menahan lagi rasa ini. Kenapa dia tidak jujur saja dengan aku yang dia terpaksa meninggalkan negara ini? Kenapa dia harus menggunakan jalan yang menyakitkan hati kami?
" Heyy, jangan menangis " Taehyung membawa aku masuk ke dalam dakapan. Tangannya mengusap belakang badan aku untuk menenangkan aku.
" Aku bukan tak nak bagitahu kau, Kyungri. Aku cuma tak nak menyulitkan lagi keadaan kita. Jadi aku terpaksa buat macam tu " Tambahnya.
Aku melepaskan diri daripada dakapan hangatnya.
" Tapi cara macam ni lebih merumitkan lagi keadaan kita, Taehyung. Kau sepatutnya bagitahu je dekat aku yang kau kena tinggalkan negara. Sekurangnya aku dapat faham keadaan kau "
" Mian.. Jinjja mianhae. Aku terpaksa pilih jalan ni supaya kau tak tunggu aku. Aku tak nak kau terseksa sebab menunggu aku. Menunggu itu perit, Kyungri "
" I can wait for you, Taehyung. I can " Sayu suara aku berbicara.
Taehyung menggelengkan kepalanya lambat, " Aku tak yakin bila aku akan balik semula, Kyungri. So please, don't "
" Taehyung, lagi 10 minit je sebelum pagar dibuka " Celah eomma Taehyung. Taehyung menganggukkan kepala sebelum dia menatap wajah sembap aku semula.
" Jaga diri dekat sini baik baik, Kyungri. Jaga kesihatan kau dan jangan terlalu stress dengan pelajaran. Kalau kau perlukan seseorang untuk dengar masalah kau, cari someone yang kau boleh percayakan. Aku mintak maaf kalau aku tak boleh nak ada dengan kau dah lepas ni. Belajar baik baik, okay? Aku tak sabar nak tengok kau berjaya, Min Kyungr "
Kata-kata Taehyung membuatkan tangisan aku pecah sekali lagi. Aku menekup mulut aku supaya tiada esakan keluar.
" Jaga diri juga dekat sana, Taehyung. Aku sayang kau sangat sangat "
Taehyung mengelap matanya yang basah dek air mata lalu dia mengukirkan satu senyuman pahit.
" Kyungri-ah, aku pun sukakan kau. Aku sayang kau jugak "
" I love you so much. No words could describe how much I love you "
" But please... "
" Don't wait for me. Please live a happier life after this "
" I love you and goodbye, Min Kyungri "
Taehyung terus memusingkan tubuhnya lalu membuka langkah masuk ke dalam ruangan berlepas tanpa menoleh ke belakang langsung.
Aku terus jatuh terduduk kerana kaki aku terasa lemah. Kaki aku tidak kuat untuk terus berdiri. Tangisan aku juga menjadi kuat semula manakala bahu aku terhincut-hincut sambil bibir aku mengeluarkan esakan.
That's how I lost him.
Not because of us, but because of the situation that we faced.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro