Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25

Tercengang.

Aku berdiri di tempat tadi dengan penuh tanda tanya di dalam kepala. Aku turut ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga-pinga. Kepala otak aku cuba memproses apakah yang dimaksudkan oleh Taehyung tadi.

Siapa yang bagi harapan dekat dia ni? Aku cuma nak bercakap kot dengan dia.

Aku menggelengkan kepala aku supaya terus sedar ke dunia realiti. Langkah dibuka untuk mengejar Taehyung yang sudah keluar dari bilik ini.

Aku mendapati Taehyung sedang meneguk minuman bersebelahan dengan peti sejuk. Aku terus mendapatkannya.

" Apa maksud kau, Taehyung? "

Taehyung memandang aku seraya menaikkan sebelah keningnya.

" Benda apa? "

Aku mengeluh berat. Lelaki memang bengap ek?

" Kau suruh aku jangan bagi harapan dekat kau. Harapan apa ni? Aku tak faham "

Taehyung menggeleng kepalanya perlahan, " Nothing "

" Be honest with me, Taehyung "

Taehyung mengeluh sekali sebelum dia membuang botol airnya ke dalam tong sampah sebelum dia ingin beredar.

Aku menahan tangannya. Selagi dia tak jawab, selagi tu aku takkan lepaskan dia.

Dia menatap aku malas.

" Jawab soalan aku, Taehyung "

" Sendiri fikir " Dia melepaskan pegangan aku pada lengannya kemudian dia berlalu pergi.

Again...

***

Baru sahaja Taehyung ingin menaiki motor berkuasa tingginya, seseorang datang menghampiri seraya menyapanya ramah.

Taehyung buka semula helmetnya dan memandang pemilik suara itu kemudian dia merengus perlahan.

Apa yang Jimin buat dekat sini?

" Can we talk? "

" It's about what happened that night. I know you saw it " Sambungnya.

Taehyung menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju ingin bercakap dengan Jimin mengenai hal malam itu.

Mereka berdua bergerak ke kafe berdekatan.

" Aku tahu kau mesti dah salah faham kan? Kau nampak aku berpelukan dengan Kyungri " Jimin memulakan bicara. Taehyung hanya senyap saja mendengar Jimin berkata-kata.

" Tak ada apa pun yang berlaku malam tu. Kyungri bawah pengaruh alkohol and tiba tiba dia nangis dan peluk aku. Aku cuma nak tenangkan dia je "

" Dia nampaknya masih sukakan kau " Kata Taehyung datar. Pedih betul hatinya.

Jimin menipiskan bibir lalu menggeleng kepalanya.

" Tak. Dia sukakan kau. Dia menangis malam tu disebabkan kau. Dia takut kalau dia fall deeper for you, she'd get hurt again and she doesn't want that to happen once again "

Taehyung terkedu. Raut wajahnya jelas menunjukkan yang dia terkejut mendengar kenyataan dari Jimin.

" Dia menangis sebab aku? "

" Iya, Taehyung. Bukan sebab dia masih sukakan aku, tapi sebab dia terlalu sukakan kau "

Ha sudah. Rupanya Taehyung salah faham.

Goblok lo, Taehyung.

***

Taehyung's

Bengap betul aku sebab layan Kyungri dengan dingin padahal aku yang salah faham. Choiyy.

Jadi untuk menebus semula kesalahan aku, aku rasa aku patut ambil langkah untuk luahkan perasaan aku dekat dia. Perkara macam ni tak baik ditangguhkan lagi sebab akan bawa kepada keburukan. Lagipun dah banyak kali aku tangguh hal ni sebab tak yakin akan perasaan dia untuk aku.

Since Jimin cakap Kyungri pun sukakan aku, so why not, right? Kena reject tu cerita belakang la.

Aku menjejak masuk ke dalam bakeri aesthetic yang menjual pelbagai variasi Korean Cake.

" Welcome ! Encik nak cari cake apa? " Tegur pekerja bakeri tersebut dengan senyuman yang lebar pada wajah.

Aku membalas senyumannya lalu bergerak ke bahagian kek. Aku meneliti satu persatu kek yang dipamerkan di sebalik rak kaca yang tinggi.

" Saya nak cari cake yang sesuai untuk perempuan " Beritahu aku kepada pekerja wanita tersebut.

" Uhmmm how about this pastel pink one? Kebanyakkan pelanggan perempuan selalunya pilih yang ini "

" Yang Ocean SeaSalt pun sesuai jugak untuk perempuan " Tambahnya lagi.

" Erm saya ambil cake yang pastel pink ni lah " Kata aku kepadanya. Pekerja tersebut menganggukkan kepalanya lalu mula mengeluarkan cake yang dipilih aku dan membungkus dengan berhati-hati ke dalam kotak besar.

Setelah kotak itu diikat dengan cantik bersama ribbon, aku menghulurkan jumlah wang yang cukup sebelum kotak kek bertukar tangan.

" Terima kasih dan datang lagi ! "

Kek sudah ada. Apa lagi yang patut aku beli?

Aha, bunga! Ya, perempuan kan sukakan bunga.

Aku bergerak ke florist berdekatan lalu membeli sejambak bunga ros merah dan putih.

Aku harap Kyungri sukakan semua ini.

Ketika aku memasuki ke dalam perut kereta, telefon aku tiba tiba berdering. Aku mengeluarkan telefon daripada poket jeans seluar lalu dahi aku berkerut melihat nama ibu tertera pada skrin telefon.

" Hello? "

" Taehyung, kamu ada dekat mana? " Lembut suara eomma menyoal aku.

" Err luar "

" Balik rumah sekarang. Appa ada benda nak bincang dengan kamu "

***

Aku, eomma dan appa duduk di ruang tamu. Aku diam saja menunggu appa untuk memberitahu aku perkara yang dia ingin bincang itu.

" College kamu macam mana? Dah inform mereka yang kamu akan berhenti belajar dekat sana? " Soal appa.

Aku mengangguk sebagai balasan.

Tiba tiba appa menolak sekeping kertas ke depan aku. Aku mengerutkan dahi lalu anak mata aku jatuh pada benda itu. Aku mengambil kertas itu.

" Appa... " Aku menaikkan wajah memandang appa semula dengan pandangan yang tidak percaya. Flight ticket ke United Kingdom.

" Bukan ke kita dah janji bulan 9 nanti baru Tae pergi? "

" Taehyung, bulan 9 tu terlalu lambat. Alang alang dia ada intake untuk bulan ni, so why not? " Kata appa.

" Appa... "

" Tae, kamu nak ke lambat habis belajar? Kamu sendiri janji dengan eomma dan appa yang kamu nak tamatkan pelajaran pada usia 25, kan? " Kali ini eomma pula mencelah.

" Tapi Taehyung nak kerja dulu. Nak kumpul duit sendiri "

" Tak perlu, Taehyung. Dekat sana nanti kamu boleh kerja bawah syarikat appa. Cari duit dekat sana sambil belajar. Appa nak kamu tamatkan pelajaran kamu pada usia 25 "

Aku mengetap bibir seraya menundukkan kepala. Sungguh, hati aku berat untuk menerima semua ini.

Aku sudah bercadang untuk ke luar negara menyambung pelajaran aku selepas tiga bulan. Tapi kenapa eomma dan appa tiba tiba ingin mempercepatkan segalanya tanpa persetujuan aku?

Dan penerbangan aku adalah pada hujung minggu ini.

***

Aku memandang kek dan bunga di atas meja makan itu dengan sayu. Sekali lagi, aku harus menangguhkan semuanya dan kali ini mungkin aku harus terus membatalkan niat aku itu.

Kerana kami mungkin tidak boleh bersama.

Dan aku turut tidak tahu bagaimana aku patut memberitahu Kyungri tentang hal ini. Takkan lah aku tiba tiba nak leave her hanging dan menghilang macam tu je kan?

Ting tong !

Aku melepaskan nafas dan bangkit untuk membuka pintu. Tahu sangat dah siapa yang datang.

Sebaik saja aku membuka pintu, wajah Kyungri terpampar di muka pintu. Serta merta senyuman lebar terukir di muka cantiknya.

" Heyy Taehyung! " Sapanya ceria.

Aku membalas senyumannya dengan senyuman pendek, " Hey. Masuk lah "

Setelah dipelawa masuk, Kyungri terus ke dapur untuk meletakkan makanan yang dibawanya dari rumah. Dia janji nak masakkan makan malam untuk kami hari ini.

Aku memerhati saja setiap gerak gerinya dari belakang dengan sayu. Bila lagi aku boleh tengok dia macam ni kan?

" Yah, kau kenapa sedih je ni? Ada masalah ke? " Soalnya menegur aku.

Aku segera menggeleng, " Mana ada lah "

" Serious? Kalau ada apa apa gitau lah. Jangan tetiba layan aku dingin macam haritu pulak " Dia menjeling aku sekilas lalu bergerak ke balkoni.

Aku ketawa kecil.

" Tae, sini. Nak gitau benda " Tangannya melambai ketika dia memanggil aku. Aku terus pergi kepadanya.

" Ya? "

Kyungri masih setia menatap langit. Manakala aku di tepinya setia menatap sisi wajahnya yang sempurna. Ditambah dengan angin malam yang meniup rambutnya ke belakang.

Sumpah, semakin berat hati aku untuk meninggalkan dia.

" Taehyung-ah, nan johahae " Katanya sebaik sahaja dia mengalihkan pandangannya melihat aku.

Aku terkelu lidah. Jadi memang betul dia sukakan aku. Aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan.

Air mata mula memenuhi empangan mata. Aku menggenggam erat tangan aku di sisi tubuh. Aku sedih, aku sakit, aku berat hati dengan semua ini.
Sakit hati aku apabila tiada apa yang boleh aku lakukan.

Ingin sahaja aku memeluknya sekarang. Ingin sahaja aku memberitahunya yang aku turut menyukainya dan ingin sahaja aku mengajaknya untuk bersama dengan aku.

" Yah Kim Taehyung, wae gurae? " Wajahnya menjadi risau melihat aku yang sudah berair mata.

Aku tidak mahu mengatakan ini tapi maafkan aku Kyungri. Jinjja mianhae.

" Kyungri-ah... "

" Mianhae but let's stop here "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro