Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24

Tangan aku ralit menyapu skrin melihat gambar gambar yang di-upload oleh orang yang aku ikuti di Instagram.

Aku terlalu bosan di rumah sehingga tidak tahu apa yang ingin aku buat. Yoongi keluar dengan kawan. Taehyung pula mungkin sibuk. Hyejin pula pasti dengan Rowoon sekarang ni. Aih...

Ketika aku khusyuk melihat laman sosial, mata aku jatuh pada satu gambar yang baru saja dimuat naik oleh Jimin.

Gambarnya dengan teman wanitanya.

Aku menggigit bibir bawahku. Agak pedih.

Wajah berdua mereka menunjukkan yang mereka sangat bahagia bersama. Tidak pernah aku melihat Jimin tersenyum sebegitu bahagia.

And I'm fine with it.

Jujur aku katakan aku sudah hampir move on sepenuhnya. Perasaan aku terhadap Jimin sudah tidak wujud lagi. Cuma rasa pedih kerana diberi harapan palsu itu masih ada dan masih belum terhapus.

Haih, rosak terus mood aku. Aku lemparkan pandangan ke luar balkoni memandang langit malam yang gelap. Tiada bintang yang bercahaya pada malam ini. Bulan juga terlindung di belakang awan. Yang ada cuma lah angin sejuk.

Aku bangkit lalu mencapai jaket hitam yang aku gantung di tempat gantung jaket di sebelah televisyen.

Let's have some drinks tonight.

***

Baru dua botol, aku sudah berasa pening. Aih, cepat betul aku mabuk hari ini. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan hidup.

Dengan kepala yang pening, aku menyeluk poket jaket aku lalu aku keluarkan telefon bimbit. Number Taehyung didail. Aku nak kacau dia hehehe.

" Hello? "

" Eo? Tae...Taehyunggieee "

" Kau kenapa Kyungri? Kau mabuk ek? "

" Nedeee hehehehe "

Aku dengar keluhan daripada bibirnya.

" Kau minum dengan siapa? "

" Sorang je. Takde siapa nak teman Kyungri huhu "

" Kau dekat mana? Biar aku datang dekat kau "

" Umm.. aku dekat... taktahu lah "

Sekali lagi Taehyung mengeluh berat. Aku ketawa kecil mendengar reaksinya. Comel

" Kyungri.. tampar pipi kau tiga kali dan tengok sekeliling. Bagitahu aku kau dekat mana "

Seperti lembu dicucuk hidung, aku mengikut arahan Taehyung. Pipi aku ditampar tiga kali kemudian aku meliarkan pandangan ke sekeliling kedai ini.

" Eo.. aku dekat Danbam. Itaewon !!! Park Seojun !! "

" Tunggu sana sampai aku sampai okay? Jangan pergi memana "

" Okay Taehyung. Saranghaeeeeeeee "

Siapa sangka di sebelah sana, Taehyung tersenyum sendirian. Benarkah Kyungri turut menyukainya?

***

" Satu dua tiga.. mana Taehyung? " Aku melihat ke kiri dan kanan tapi batang hidung Taehyung masih tidak kelihatan. Dah 10 minit kot!

Kaki aku dihayunkan ke depan belakang berulang kali. Bunyi bas yang tiba di perhentian bas sangatlah menganggu aku. Walaupun Taehyung pesan suruh tunggu dekat DanBam, aku tetap degil dan datang menunggunya di perhentian bas berdekatan.

" Kyungri? "

Satu suara lembut menyapa aku. Aku dongakkan kepala untuk memandang pemilik suara itu. Kemudian aku berdecit perlahan. Park Jimin. 

" Kau buat apa dekat sini? " Soalnya jengkel. Malas ah nak hadap muka dia ni. 

" Aku yang patut tanyakan kau soalan tu, Kyungri. What are you doing here alone at this hour, huh? " 

" None of your business

Jimin mengambil tempat di sebelah aku lalu tangannya memegang kedua belah wajah aku supaya aku menghadap dia. 

" Kau minum ek? " Tekanya dengan betul. Aku berasa rimas jadi aku terus menepis tangannya dengan kasar. Aish, semak.

" Tepi lah. Jangan nak menyibuk hal aku. Jaga hal girlfriend kau sudah lah " 

Jimin diam mengetap bibirnya sebelum dia mengutarakan kata maaf yang aku sendiria tak tahu dah kali keberapa. 

" Mian...

" Aku betul-betul mintak maaf sebab dah bagi kau harapan dan sakitkan hati kau " 

Aku diam menyepi sahaja. Tidak tahu apa yang patut aku balas sebab tiada apa pun yang boleh aku katakan lagi. Kata-kata maafnya tidak dapat mengubah hakikat yang hati aku jadi tawar untuk segalanya. 

" Aku tahu aku salah sebab dah buat kau macam ni tapi tolong... aku tak nak sebab perkara macam ni, kita dah tak berkawan lagi. Masing masing dah besar kan? " 

Aku melepaskan keluhan panjang, " Aku dah tak ada perasaan untuk kau Jimin jadi berhenti beritahu aku perkara yang sama " 

Not gonna lie, Jimin adalah kawan yang baik dan aku juga tidak mahu kehilangan dia hanya kerana perkara sebegini. 

" Aku maafkan kau, Jimin " 

Jimin memberikan aku senyuman tipis, " That's good to hear " 

" Kau nampak rapat dengan Taehyung by the way " Kata Jimin.

" Macam tu lah... " 

" Dia nampak macam sukakan kau " 

" Huh? Jangan mengarut boleh tak, Jimin? " 

" Betul la dari apa yang aku perhatikan. Dia macam sukakan kau. Cara dia layan kau, jaga kau, cakap dengan kau semuanya buktikan yang dia sukakan kau. " 

Aku melepaskan nafas panjang. Aku perasan soal itu tapi aku sudah tidak mahu meletakkan harapan apa apa lagi. Aku takut jikalau kali ini turut berakhir seperti apa yang telah terjadi di antara aku dan Jimin. 

Aku takut dan aku tak sanggup nak lalui perkara dan sakit yang sama lagi. Walaupun hakikatnya aku memang ada perasaan untuk Taehyung. 

Perempuan mana yang tidak akan jatuh hati setelah diberi layanan seperti seorang puteri? 

" Aku tak nak fikir pasal cinta dan hati lagi " Jujur aku kepadanya. 

" Why? Why not give another try?

Palahotak dia give a try. Nanti yang sakit hati siapa? Aku jugak. 

" I give up on love already

" Heyy, jangan macam ni. You deserve to love and to be loved, Kyungri

Mungkin kerana penangan alkohol yang masih belum hilang, air mata mula berkumpul di tubir mata aku. Aduh, hati tisu pulak.

Lalu air mata mula menitis setitik demi setitik sebelum ia mengalir laju di pipi. Sumpah, aku takut disakiti lagi. 

Tidak semena-mena aku memeluk tubuh Jimin dengan niat untuk menenangkan diri sendiri. 

" Aku takut, Jimin. Sumpah aku takut " 

Jimin mengeluh pendek kemudian tangannya mengusap belakang badan aku. 

Dan Taehyung yang baru saja tiba untuk menjemput Kyungri tidak sengaja menyaksikan adegan yang menyakitkan matanya. 

Jimin menaikkan matanya lalu matanya membulat melihat Taehyung di hujung jalan, sedang melihat mereka berdua berpelukan. 

Taehyung rasa dirinya dikhianati. 


***

Aku memicit kepala aku yang terasa berat kerana minum terlalu banyak semalam. Tak ada la banyak mana. Aku sendiri pun tak ingat apa yang berlaku semalam. Tahu tahu dah ada kat rumah sendiri. Mungkin Taehyung yang hantarkan aku balik kot sebab dia janji nak ambil aku. 

Oh lupa nak cakap. Hari ni sekali lagi aku singgah ke tempat aku kerja dulu sebab nak tolong sikit. Taehyung bagitahu aku yang kebelakangan ni terlalu banyak kerja untuk dibuat dan mereka tak cukup kaki tangan. Jadi sementara aku tak ada kelas hari ni, ada baiknya ada datang menolong. 

" Morning boss " Aku menyapa majikan aku yang sibuk mencatat order. Dia nampak terkejut dengan kehadiran aku disini harini. 

" Eo Kyungri? Ada apa datang sini? " 

" Err Taehyung gitau yang tak cukup pekerja nak settle semua kerja so Kyungri ingat nak tolong sikit mana yang mampu harini. Boleh ke, boss? " 

" Kamu sanggup tolong ke, Kyungri? " 

Aku mengangguk laju, " Haah sebab Kyungri free je harini. Boss tak payah bayar pun sebab ni kerelaan Kyungri sendiri HEHE " 

Aku tersengih di hujung ayat. Boss Kim mengangguk kepalanya bersertakan senyuman lebar.

" Terima kasih ya, Kyungri? Taehyung ada dalam stor. Pergi lah tolong dia " 

" Baik " 

Aku berjalan masuk ke dalam bilik stor. Sebaik saja melangkah masuk, aku nampak Taehyung sedang sibuk membungkus barang di penjuru bilik stor ini. 

" Hi, Taehyung " 

Taehyung dongakkan kepalanya lalu dia sambung membuat kerjanya. 

" Oh hi " Jawabnya perlahan dan dingin. Dah kenapa pula dia ni harini? 

Aku bergerak merapatinya lalu merenung lama mukanya. Dia ada masalah ke? Ke aku ada buat apa apa salah? 

" Are you okay?

" Okay je " 

" Serious? Kau nampak dingin semacam dengan aku. Ada apa apa ja-- " 

" -- Kau boleh start tolong aku packing barang dalam kotak. Kotak ada dekat sana " 

Eh eh senang hati betul dia potong percakapan aku. Aku mencebik kecil lalu mengangguk malas.

" Okay fine " 

Aku mengambil kotak kotak tersebut kemudian mula memasukkan barang mengikut order pelanggan ke dalam kotak itu. 

Sesekali aku mengerling ke arah Taehyung yang fokus membuat kerjanya. Dia langsung tidak bercakap dengan aku mahupun memandang aku. Selalunya dia pasti akan mengusik aku atau bergurau dengan aku. Hmmm.... 

" Semalam kau ke yang hantar aku balik? " 

-- Diam 

" Hellooooo? " 

-- Masih diam. 

" Memang aku cakap dengan dinding lah kan " 

" Tak " Jawabnya sepatah. Akhirnya.. TAPI KENAPA SEPATAH JE?!!!! 

" Aku ada buat buat apa salah ke, Taehyung? " 

" Mana ada " Dua patah pulak em. 

" Ke kau marahkan aku? " 

" Marah tanpa sebab? " Okay tiga patah. 

Aku bangkit dan menuju ke arahnya. Tangan aku menekup kedua belah wajahnya dengan geram supaya dia memandang aku. Benci betul dapat layanan macam ni!

" Boleh tak jangan layan aku macam ni? I hate cold treatment

" Kalau aku ada buat salah, bagitau. Jangan diam je lepastu layan aku dingin macam ni "

Taehyung menatap lama anak mata aku. Dia punya dingin tu sampai pandangan pun ikut dingin sekali. 

Kemudian dia menepis tangan aku daripada wajahnya. 

" Kenapa pun kalau aku layan kau dingin? " 

" Aku tak suka " 

" Sebab? " 

" Sebab.. " Aku menggigit bibir. Cringe pula nak jujur. 

" Sebab aku tak nak rasa yang aku jauh dengan kau " Sambung aku. 

Taehyung senyap sahaja. Dia menunduk sedikit untuk samakan ketinggiannya dengan aku. 

Lama dia menyepi sebelum dia mengatakan sesuatu yang aku tak sendiri tak dapat nak faham. 

" Jangan buat aku berharap dekat kau, boleh? " 

Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku. 



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro