Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

" So kau dengan Jimin.... "

Aku memasukkan sekeping not wang ke dalam mesin air. Jari aku menekan butang yang tertulis 'Milo' pada mesin ini.

Aku kerling Hyejin di sebelah lalu aku mengukirkan senyuman senget.

" Tak akan terjadi " Jawab aku tenang walaupun hakikatnya hati aku masih terasa sisa-sisa sakit itu.

Tin milo yang baru saja keluar daripada mesin itu segera aku ambil sebelum aku membuka langkah pergi meninggalkan Hyejin yang masih blur. Kemudian dia mengejar aku lalu berjalan seiringan dengan aku untuk ke kelas kami yang seterusnya.

" Serious? Kalau macam tu, kenapa dia datang balik? "

" Kenapa dia tak boleh datang balik? " Soal aku ketika menoleh memandang Hyejin.

Hyejin tersengih kekok, " Aniya.. Cuma aku ingatkan dia datang balik untuk perbaiki hubungan kau dengan dia "

" That will never happened and just so you know, I'm slowly trying to let go of him "

Hyejin memuncungkan bibirnya sedikit, " Tapi kau pun tahu yang aku ship gila kau dengan dia kan? "

Aku menggulingkan mata ke atas. Hyejin ni kalau tak merepek memang tak sah. Bukan ke aku dah cakap dekat dia tadi yang aku dalam proses move on?

" Hyejin, itu tak akan berla— eh! "

Aku melepaskan jeritan kecil apabila sisi badan aku berlanggaran dengan badan seseorang dan hampir membuat aku terjatuh mencium lantai. Jika Hyejin tidak sempat memegang lengan aku, sudah pasti aku harus menanggung malu kerana terjatuh.

" Excuse me? Lain kali jalan tu pakai mata sikit boleh tak? " Tegur Hyejin kepada orang itu.

Aku berdiri semula dengan betul sebelum mata aku memandang orang yang berlanggaran dengan aku.

Seorang lelaki tinggi.

" Mian... Aku tak sengaja " Jawab lelaki itu.

" Kau okay? " Lelaki itu mengalihkan pula pandangannya kepada aku.

Aku memerhati wajah lelaki ini dari dahi hingga ke dagu. Semuanya sangat sempurna bagaikan seorang putera tapi siapakah dia? Tak pernah pula aku jumpa muka ini dekat kampus.

" Kyungri " Hyejin membisik perlahan nama aku sambil dia menyiku aku supaya aku sedar daripada lamunan. Eih, apa yang aku fikirkan tadi?

" Ya ya aku okay " Jawab aku lagak tenang.

" Aku mintak maaf sekali lagi sebab aku rushing nak pergi pejabat kampus. I'm sorry " Jejaka itu mengukirkan senyuman manis buat aku. Hampir hampir saja jantung aku luruh terkena serangan senyuman dia itu.

" Gwenchana. Hyejin, jom " Aku mengajak Hyejin untuk menyambung perjalanan kami ke kelas kerana lagi lima minit saja kelas akan bermula.

Tetapi lelaki ini menahan aku. Aku menjungkitkan sebelah kening aku.

" Err pejabat dekat mana? "

***

" Jadi kita akan jumpa dekat kelas English setiap hari Khamis lah kan? "

Aku senyum pendek, " Haah. Kalau ada apa apa berkaitan dengan kelas English kau boleh je tanya aku since I'm the class representative "

Lelaki itu membulatkan mulutnya menjadi bentuk 'O', " Aaaa mudah lah kalau macam tu kan? Lagipun aku cuma kenal kau seorang je sekarang ni "

Aku cuma membalas kata-katanya dengan sebuah ukiran senyuman manis pada wajah. Tiba tiba pula aku jadi gugup bila tengok muka kacaknya.

" Aku ada kelas sekarang ni. Aku pergi dulu " Aku menunduk separa untuk meminta diri. Aku dah terlewat setengah jam untuk ke kelas. Harap harap Sir Kim tidak akan memarahi aku kerana lewat.

" No wait... " Lelaki itu menghentikan aku. Aku angkatkan kening.

" Aku Kim Rowoon "

Oh nak perkenalkan diri rupanya. Aku senyum kepadanya sekilas sebelum aku pula yang memperkenalkan diri aku.

" Kyungri. Min Kyungri "

Aku menunduk separa buat kali kedua lalu aku benar benar melangkah pergi.

Rowoon melihat diri Kyungri yang semakin mengecil pada pandangan matanya. Entah sudah berapa kali dia tersenyum sendirian melihat gadis yang mencuit hatinya itu.

Cold but sweet.

***

Sebaik sahaja kelas tamat, aku dan Hyejin mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di restoran fast food berdekatan dengan kampus. Saja ingin lepak sambil berbual-bual. Sudah lama kami berdua tidak menghabiskan masa sekali kerana kerja yang menimbun.

Sedang elok aku dan Hyejin galak berketawa, mata Hyejin tiba tiba melirik ke belakang aku lalu dia mengangkat tangannya dan melambai dengan girang.

Aku mengerutkan dahi melihat tindakan Hyejin itu. Ada sesiapa ke yang dia kenal dekat sini?

" Rowoon-sshi ! " Jeritnya kecil memanggil orang yang dia melambai tadi.

Aku segera pusingkan tubuh dan ternyata memang jejaka siang tadi yang bernama Rowoon ada di belakang. Dia sedang memegang dulang berisi burger, kentang dan air.

" Eo? "

" Sini !! " Sekali lagi Hyejin melambai kepada Rowoon. Rowoon tersenyum pendek lalu dia datang ke meja kami.

" Eo hi Hyejin. Tak sangka boleh jumpa kau kat sini " Kata Rowoon kepada Hyejin.

Aku mendongakkan sedikit kepala untuk memandang Rowoon yang tinggi seperti pokok kelapa. Lowkey mengharapkan supaya dia tegur aku juga hm.

Kemudian Rowoon tunduk memandang aku. Mata kami terkunci sebelum dia mengukirkan sebuah senyuman manis kepada aku.

" Hi jugak Kyungri "

Terkedip-kedip mata aku apabila dia turut menegur aku. Tiberrrr otak jadi tak boleh function.

" Eo.. hi Rowoon " Aku membalas senyumannya.

" Rowoon, duduk lah semeja dengan kami. Boleh kita borak sekali kan? " Hyejin pula mencelah membuatkan aku melarikan pandangan aku dari terus menatap wajah Rowoon.

Aish malu. Pipi aku sudah pun membahang sekarang ini. Lain macam betul aura Rowoon ni.

" Err boleh ke kalau aku join korang? Tak macam menyibuk ke? " Soal Rowoon takut takut.

" Kyungri, kau okay kan kalau Rowoon join kita? Dia kan baru lagi dekat sini "

Aku mengangguk kepala sebanyak dua kali, " Eo mesti lah boleh "

" Naissss "

Hyejin menginjak ke dalam sedikit memberi ruang untuk Rowoon duduk di tepinya. Dengan malu malunya Rowoon mengambil tempat duduk di sebelah Hyejin iaitu di hadapan aku.

Hyejin dengan Rowoon ialah rakan sekelas untuk subjek Calculus jadi no wonder lah kalau diorang kenal satu sama lain. Macam aku dengan Rowoon jugak lah.

" Okay tadi kita cakap sampai mana? "

" Pasal kereta Yeo Da Kyung " Beritahu aku pada Hyejin. Walhal lah minah ni dah nyanyok sampai mana kami  bergossip tadi.

" Yeo Da Kyung? Siapa tu? " Soal Rowoon dungu.

" Yeo Da Kyung tu salah seorang pelajar famous dekat kampus kita tapi perangai dia sumpah macam haram " Semangat betul Hyejin ni nak bercerita pun.

" So ceritanya pernah satu hari dia nak pejadal si Kyungri ni. Dia sukakan Yoongi, abang Kyungri tapi Kyungri tak approve and Yoongi pun tak melayan sangat si Da Kyung tu lepastu dia nak pedajal Kyungri lah kan kononnya macam Kyungri ni penghalang dia nak try Yoongi padahal Yoongi sendiri tak nak dekat dia "

" Lepastu? "

" Lepastu time dia nak pedajal Kyungri, kereta dia kena petir. Last last dia kena jalan kaki balik sebab tak ada siapa nak tolong dia time tu "

" Dia punya frust sampai dia pindah kampus HAHAHA "

Maka kami bertiga pun mula ketawa terbahak-bahak mendengar cerita throwback Hyejin pasal Yeo Da Kyung tu. Haih, apa khabar agaknya perempuan tu eh? Dah berpunya belum?

" Pernah sekali dia nak pedajal budak lain pulak tapi dia yang terima akibat "

Ketika Hyejin sedang bercerita, telefon aku berdering dua kali tanda ada pesanan baru yang masuk.

Aku mengeluarkan telefon aku daripada beg sandang aku untuk memeriksa pesanan yang baru masuk tadi.

Taehyung :
bahagia nampak

Taehyung :
nak tegur pun takut ganggu

Dahi aku berkerut-kerut membaca pesanan daripada Taehyung. Aku mengangkat kepala lalu meliarkan pandangan aku ke sekeliling untuk mencari kelibat Taehyung.

Dan aku nampak dia sedang berdiri di luar, sedang memandang ke arah aku.

" Hyejin, sekejap "

Aku terus berlari untuk mendapatkan Taehyung.

Kenapa aku gelabah ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro