Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19

Taehyung menutup pintu wad seraya dia berjalan dengan wajah kosong ke arah Jimin yang duduk di atas katil pesakit. Jimin nampak terkejut dengan kehadiran Taehyung.

Jimin melirik ke arah teman wanitanya kemudian dia bercakap dengan nada perlahan, " Kita sembang lain esok ya? "

Gadis itu mengangguk sebelum dia beredar pergi meninggalkan Jimin dan Taehyung berduaan di dalam bilik wad ini.

Taehyung meletakkan bungkusan makanan yang dibungkus oleh Yoongi di atas meja sebelah katil Jimin. Jimin masih hairan dengan kehadiran Taehyung. Setahunya Yoongi kirimkan Kyungri, bukan Taehyung.

" Kau dah makan tengahari belum? Yoongi masak nasi goreng dan ada beberapa jenis kuih jugak " Beritahu Taehyung kepada Jimin. Jimin mengangguk mengerti.

" Cakap dengan Yoongi terima kasih. Aku hargai sangat. By the way, aku ingat Kyungri yang akan datang "

Taehyung melepaskan nafas. Dalam hati ni rasa nak pijak je Jimin ni. Engko dah ada girlfriend baru lepastu engko nak jumpa Kyungri.

" Kyungri datang jugak dengan aku " Jawab Taehyung. Jimin menipiskan senyuman.

" Mana dia? "

" Dia pergi tandas. Sengaja aku tak nak bagi dia jumpa kau, Jimin " Jujur saja Taehyung berbicara.

Jimin mengerutkan dahi tidak faham.

" Kenapa? "

" Kau tahu yang dia masih sukakan kau, right? Kau rasa apa yang dia akan rasa kalau dia nampak kau dengan girlfriend baru kau? "

Terkelu lidah Jimin dibuat Taehyung. Ada betul kata-kata Taehyung. Jimin sendiri yang cakap tak nak sakitkan hati Kyungri lagi semalam jadi dia tidak patut mengharapkan kedatangan Kyungri lagi.

" Aku cuma takut dia disakiti lagi, Jimin. Aku tak nak perkara tu berulang lagi "

***

Aku langsung tidak sempat menjenguk Jimin di wadnya. Baru saja aku habis membersihkan kotoran pada tangan dan baju aku, Taehyung sudah pun menelefon aku menyuruh aku turun ke bawah sahaja kerana dia sudah berada di bawah.

Cepat betul dia hantar makanan dekat Jimin.

Sebaik saja aku keluar daripada lif, aku nampak susuk tubuh Taehyung sedang bersandar pada dinding sambil bermain telefonnya.

Aku menghampiri Taehyung lalu lengannya aku cuit perlahan untuk memanggilnya. Taehyung angkat wajahnya lalu tersenyum kecil ketika dia melihat aku.

" Lama ke tunggu? " Soal aku padanya. Taehyung menggeleng.

" Aku pun baru je turun "

Lalu aku dan Taehyung sama sama berjalan ke kereta Taehyung. Aku memakai tali pinggang keledae. Ayuh balik rumah! Aku nak layan drama !

" Bosan lah kan kalau terus balik rumah kan " Taehyung senyum senget sambil matanya melirik ke arah aku di sebelah.

" Tak bosan pun " Jawab aku.

Taehyung merengus perlahan seraya mencebik kecil.

" Aku nak spend time dengan kau harini "

Aku jungkitkan sebelah kening, " Spend time dengan aku? Kenapa? "

Taehyung menghidupkan enjin keretanya, " Saja. Dah lama kita tak spend time kan? Dulu masa kerja ada lah jugak kita spend time together "

" Jangan hancurkan plan aku boleh tak, Taehyung? Aku dah plan nak tidur dan layan drama harini. Kita keluar hari lain je lah "

" No no. Drama tu tak akan lari tapi tempat yang aku nak bawak kau pergi cuma hari ni je "

" Kim Taehyung.. "

" Aku tak peduli apa kau nak cakap pun. Kita akan pergi jumpa tempat tu okay? "

Taehyung melemparkan senyuman yang lebar lalu dia mengusap kepala aku lembut. Sakan jantung aku berdetak selepas dia berbuat sedemikian. Wah, perasaan jenis apakan ini?

" Let's goooooo "

***

Aku pandang sekeliling tempat ini. Guess what? Taehyung bawa aku datang ke satu festival tanglung. Aku baru teringat yang hari ini adalah hari festival tanglung yang sepatutnya aku datang dengan... ah, lupakan.

Kita patut datang sini setiap tahun untuk buat permintaan semasa kita lepaskan tanglung ke atas langit, kan?

Aku menggeleng kepala aku cuba untuk membuang ingatan aku tentang janji-janji palsu yang Jimin pernah taburkan kepada aku dahulu.

" Event tanglung start pukul 7 malam. Sekarang kita ada masa untuk grab something to eat or we can play some fun games here first " Kata Taehyung.

Aku menggigit bibir bawah lalu memandang sekeliling untuk mencari apa yang menarik untuk dilakukan. Memang ada pelbagai aktiviti dan stalls yang menjual pelbagai jenis makanan yang membuatkan aku tidak tahu di mana aku patut mulakan.

" Kenapa? Banyak sangat makanan ke sampai kau tak tahu nak pilih mana satu? " Taehyung ketawa kecil.

" Comel " Tambahnya lagi. Sengaja aku mengawal raut wajah aku yang ingin senyum itu. Ah, malunya.

" Jom pergi sana " Aku menarik lengan Taehyung pergi ke kedai kecil yang menjual tteokbokki pedas dan panas.

Okay sejujurnya aku tersangatlah craving tteokbokki. Aku dah suruh Yoongi buat, dia tak nak. Suruh dia beli pun dia tak nak. Pemalas sungguh abang aku ni.

Aku memasukkan seketul tteokbokki ke dalam mulut. Aku memejam mata dan menghentak kecil kedua belah kaki aku menahan kesedapan tteokbokki pedas ini. Sedap gila yall !

Taehyung di tepi juga berkongsi tteokbokki dengan aku. Sesekali dia tersenyum melihat aku yang gembira dapat memakan tteokbokki.

" Kau sukakan tteokbokki? "

Aku mengganguk laju, " Mestilah. Favourite food aku kot "

" Kalau macam tu, bila ada hari yang kau craving tteokbokki tolong bagitahu aku eh? Aku boleh belikan "

" Ha elok lah. Sebab Yoongi malas " Jawab aku.

Taehyung membalas dengan senyuman manis. Selepas habis dengan tteokbokki kami, kami ke kedai yang menjual dalgona candy pulak.

Aku memesan dalgona candy manakala Taehyung memesan dalgona coffee. Katanya candy tak baik untuk gigi. Acah lah dia ni.

Aku menggigit kuat gula-gula bergula ini dengan gigi di sebelah kanan. Wuish susah benau nak patah.

" Errrrkkdjsjsjsj susahnya "

Krukk . Okay dah patah.

" Yah Min Kyungri, jangan comel sangat boleh? Makan candy pun nak kena comel ke? "

Aku berdehem perlahan seraya mengekalkan ekspresi wajah yang kosong. Padahal dalam hati dah macam apa je.

Butterflies in my stomach again.

" Mana ada " Aku berkata perlahan lalu menjeling Taehyung halus.

Taehyung ketawa kecil, " Ada "

Dia menyisip lagi dalgona coffee nya. Mata aku tiba tiba tertumpu pada buih dalgona terkena sedikit di bibirnya. Sekejap saja, lidahnya menjilat bibir bawahnya yang terkena kesan buih itu.

Ya Tuhan, sungguh menggodakan. Dia cuma menjilat bibirnya dan hati aku sudah luruh.

Aku tidak menafikan fakta yang Taehyung memang kacak dan tiada satu cacat cela pun pada wajahnya. Jadi apa sahaja yang dia lakukan, memang sempurna dan mampu mencairkan hati para wanita ; termasuk aku.

" Kenapa pandang aku sampai nak tembus ni? "

Serta-merta aku alihkan mata aku daripada terus menatap wajahnya setelah ditegur sedemikian. Aish, memalukan betul lah. Pipi aku sudah pun membahang kerana malu.

" Jom "

Tidak semena-mena Taehyung menyatukan jari jemari kami kemudian dia membuka langkah. Aku terkejut dengan tindakannya ini dan sepatutnya aku menepis tangannya tapi sebahagian dari diri aku tidak ingin melepaskan tangannya. Jadi aku biarkan sahaja.

Ketika kami berjalan di hadapan pentas besar di mana ada penyanyi-penyanyi busker membuat persembahan tadi, ada seorang lelaki menahan kami.

Taehyung mengangkat keningnya. Lelaki itu menunduk kecil sebelum bersuara.

" Korang berdua ada masa tak sekarang ini? "

" Kenapa? " Soal Taehyung.

" Kami perlukan satu lagi pasangan untuk permainan ini. Jadi kalau tak keberatan, korang berdua nak join? "

Taehyung lalu memalingkan kepalanya dan menunduk sedikit untuk memandang aku yang lebih rendah berbandingnya.

" Nak? "

Aku fikir sejenak. Hmm nak ke tak nak? Game je pun kan? Kalau tak, aku nak buat apa lagi dekat sini? Tanglung tu lambat lagi dan perut aku dah cukup kenyang.

" Boleh lah " Aku memberi kata putus.

Wajah lelaki itu nampak gembira kerana kami bersetuju untuk bermain permainan yang mereka anjurkan. Dia membawa kami berdua ke tengah pentas. Ada ramai lagi pasangan kekasih disini untuk bermain permainan. Walaupun aku dan Taehyung bukanlah pasangan kekasih tapi ya.. main sahaja lah.

" Tumpang tanya, permainan ni permainan apa ya? " Aku bertanya seorang gadis di tepi aku.

" Oh, pepero game "

Terbuntang mata aku dan Taehyung mendengar nama permainan ini? WHAT?! PEPERO GAME?! Bukan ke ni permainan yang kena cium eh eh tak tak bukan cium tapi hampir cium???!!

Ketika ini lah aku mula rasa menyesal. Keluhan berat dilepaskan. Nak tarik diri boleh tak?

" Satu pasangan akan dapat satu pepero sahaja jadi seperti yang anda semua tahu, siapa punya pepero paling pendek adalah pemenangnya! Ada hadiah menarik menanti !! " Bersemangat betul MC game ini bersuara. Macam dia pula yang nak kena cium.

Untuk pasangan lain takpe lah sebab diorang memang bercinta tapi aku dengan Taehyung ni? Haih...

" Can I? " Suara rendah Taehyung berbicara.

Lambat laun aku menganggukkan kepala lalu aku meletakkan hujung pepero pada bibir aku. Hujung satu lagi adalah untuk Taehyung gigit.

" Aku mintak maaf awal awal okay kalau buat kau tak selesa? "

Hati aku mula terasa gugup apabila Taehyung memegang kedua belah pipi aku. Anak mata aku bergetar memandang wajahnya yang kosong. Kosong kosong pun menggodakan nyah.

Aku terus memejam mata aku ketika Taehyung mula menggigit batang pepero ini. Sedikit demi sedikit dia menggigit dan pegangannya pada pipi aku juga semakin ketat supaya kepala aku tidak bergerak.

And as expected, his lips touch mine.

Sekejap saja sebelum permainan ini tamat. Aku mencelik semula mata sebaik saja aku merasakan pegangan Taehyung pada pipi aku mula melonggar.

Jantung aku masih belum berdetak normal. Aku menyentuh bibir aku apabila Taehyung pergi ke depan untuk menunjuk batang pepero kami yang sememangnya sangat pendek.

Bibir aku terasa hangat dan aku masih dapat rasa kesan bibir Taehyung pada bibir aku. This is so wrong.

Lagipun tadi cuma lah permainan. Bukannya Taehyung ingin mencium aku pun. Dia pun tak berselera dengan aku.

" Kita tak menang, Kyungri "

Bapak kecewanya aku.

Kerana ingin menghilangkan rasa kekok kami, aku dan Taehyung pergi ke tapak di mana tanglung akan dilepaskan sebentar lagi.

Aku dan Taehyung sudah membeli tanglung masing masing. Tidak sabar aku dibuatnya. Sudah bertahun aku tidak menyertai pesta ini.

Ramai juga keluarga, pelajar-pelajar dan pasangan kekasih menghadiri acara ini.

" Kyungri, kau nak tulis belum hajat kau dalam tanglung tu? "

Aku mengangguk laju, " Of course lah dah "

Hajat aku biarlah menjadi rahsia hehe.

" Dah boleh lepaskan tanglung ni. Jom? "

Aku mengangguk dan menuruti kata-kata Taehyung. Sebentar saja, tanglung kami berdua dilepaskan di langit hitam yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang berkelipan.

Sekarang ini langit dipenuhi dengan cahaya warna kuning sebaik saja semua tanglung dilepaskan. Aku dan Taehyung memandang ke atas langit dengan senyuman yang lebar.

I really hope my wish will be fulfilled.

***

Aku duduk keletihan di atas bangku. Penat betul aku berjalan hari ini. Tapi aku mengaku yang aku berasa gembira juga.

Taehyung turut datang lalu dia melabuhkan punggung di tepi aku. Dia memberikan aku sebotol air mineral. Aku menerima hulurannya lalu mengucapkan terima kasih.

Air mineral itu aku teguk dengan rakus. Dahaga baqhang.

" Kau gembira harini? "

Aku senyum kemudian mengangguk, " Sangat "

Aku palingkan kepala menatap muka Taehyung dengan senyuman yang masih belum pudar. Taehyung juga membalas pandangan aku.

" Thank you, Taehyung. Terima kasih sangat sebab sanggup bawak aku ke sini "

Tangan Taehyung naik mengusap rambut aku, " No biggie, princess. Anything for you "

Sjsjsjsjsjs dah ke tepi semua aque nak mati.

Aku pun tak tahu apa jadi dengan otak aku sampai aku boleh lentokkan kepala aku pada bahu lebar Taehyung. Selesa benau.

" Kau tahu... kau dah gembirakan hati aku yang sakit tadi lepas nampak Jimin "

Taehyung mengerutkan dahinya sebelum dia memusing sedikit badannya lalu memandang aku yang bersandar pada bahunya.

" Kau nampak, Kyungri? "

Aku mengangguk tenang padahal dalam hati retak seribu.

" Aku nampak, Taehyung. Dia dengan girlfriend baru dia kan? "

Taehyung mengeluh berat. Tangannya naik mengelus rambut coklat paras bahu aku.

" Aku tak nak kau nampak tapi haih, kau dah nampak. Aku mintak maaf, Kyungri "

Aku senyum kecil sambil menggeleng, " Kau tak salah pun, Taehyung "

" Jimin nampaknya dah bahagia once again. Maybe it's time for me to let go of him "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro