Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17

" Adik! Adik! Adik!!!! "

Sayup-sayup aku mendengar suara Yoongi menjerit memanggil aku. Aih semak semak aku nak tidur.

Aku menarik selimut dengan lebih tinggi. Time aku nak tidur jugak lah dia nak kacau aku. Bila aku kacau dia masa tidur, tahu pulak nak maki aku.

" Yahh Min Kyungri! Bangun cepat !! " Yoongi datang di sebelah aku lalu dia menepuk-nepuk badan aku yang dibaluti selimut tebal.

" Ahhh tepi lah. Jangan kacau aku tidur " Rungut aku.

" Bangun! Jom, kita kena pergi hospital sekarang! " Kini Yoongi menarik selimut aku ke bawah.

Aku berdecit kasar lalu menekup kedua belah telinga aku. Mata masih terpejam rapat.

" Aish noisy noisy "

" Cepatlah bangun! Jimin accident sampai masuk hospital, Kyungri "

Serta-merta mata aku terbuka besar. Aku mengerutkan dahi aku. Jimin accident?

" Heh? "

" Tak payah nak heh heh dengan aku. Jimin accident masuk hospital. Kaki dia patah rasanya, kepala pun berdarah banyak dengar kata "

" Apa?! " Nada suara aku naik seoktaf. Terkejut jantung juga bila Yoongi beritahu aku tentang keadaan Jimin.

Baru je kami bergaduh tadi, macam mana boleh accident pulak ni? Dia merayau ke mana lah tadi sampai boleh accident?

" Yoongi, you know what? Let's go now " Aku segera bangun dari katil lalu ke tandas untuk mencuci muka.

Rambut aku disikat kemas sebelum aku menyarungkan baju berlengan panjang. Kemudian aku mendapatkan Yoongi yang masih tercegat seperti kayu di tepi katil aku.

" Kau tunggu apa lagi? Jom lah " Kata aku kepadanya.

Yoongi kemudian tersenyum sinis, " Kau masih risaukan dia rupanya "

Aku terus terkedu sebelum memalingkan wajah aku ke arah lain.

" Mana ada "

***

Jimin ditempatkan di wad bernumber 101. Awal awal lagi aku terus bertanyakan jururawat yang bertugas tentang keberadaan Jimin.

Kecederaan yang Jimin alami tidak lah begitu teruk seperti yang Yoongi describe. Doktor cakap kepala Jimin cuma terhentak di stereng kereta dengan kuat jadi dia kehilangan banyak darah. Sebab itu lah dia masih tidak menyedarkan diri sekarang ini.

Hm, aku mengaku yang aku masih mengambil berat tentang Jimin. Lagipun selama ni we only have each other, werent we?

Aku ambil kerusi lalu duduk di tepi Jimin yang masih terbaring dengan mata yang terpejam rapat. Aku mencapai tangannya lalu menurunkan satu ciuman hangat pada telapak tangan Jimin.

" Jangan pengsan lama sangat. Aku tak habis bergaduh dengan kau lagi ni "

Aku ukirkan senyuman pendek. Wajah Jimin aku belek dengan teliti. Dari kening sehingga ke bibirnya, semuanya sempurna.

" Kyungri " Eh tu suara Taehyung.

Aku palingkan wajah ke tepi dan wajah kacak Taehyung yang datar itu menghiasi pandangan mata aku.

" Taehyung? Macam mana boleh ada dekat sini? "

" Aku datang melawat kawan and terserempak dengan Yoongi dekat luar tadi "

" Dia cakap Jimin accident " Taehyung mengerling ke arah Jimin sekilas sebelum matanya turun pada tangan aku yang setia memegang tangan Jimin.

Taehyung mengetap bibir. Eih yang nak kena pegang tangan bagai tu kenapa?!

Tiba tiba aku dapat merasakan jari jemari Jimin bergerak. Aku terus mengangkat mata dan betul sangkaan aku, Jimin dah sedar!

Jimin mengedipkan matanya buat beberapa kali sebelum kelopak matanya benar-benar terbuka. Perkara pertama yang dia lakukan sebaik saja dia sedar adalah memandang tangan dia yang dipegang oleh aku.

Kemudian baru dia membuka suara, " Kyungri? Kau buat apa dekat sini? "

Apa punya soalan dia tanya ni? Mesti lah datang melawat dia. Haduh. Lelaki memang bodoh. Itu fakta.

" Aku datang tengok kau lah lepas dapat tahu yang kau accident "

" Oh.. " Jawabnya perlahan lalu dia mengerling Taehyung sekilas. Terus raut muka aku jadi muram. Dia macam tak suka akan kehadiran aku.

" Kenapa? Kau tak suka aku datang dekat sini ke? "

" Bukan macam tu.. "

Tiba tiba Jimin menolak tangan aku supaya tangannya terlepas daripada pegangan tangan aku. Tidak dinafikan aku tersentak dengan perbuatannya dan hati aku.. ya, sakit.

That was just plainly rude.

" Kalau tak suka aku datang melawat kau, bagitahu je. Tak payah nak tapis tapis "

" Bukan macam tu, Kyungri. Aku tak kisah kalau kau nak melawat aku tapi kau yang masih ambil berat tentang aku buatkan aku rasa terbeban "

Terbeban?

" Maksud kau? "

" Tolong berhenti ambil berat tentang aku, Kyungri. Aku tak nak kau sakit hati lagi "

***

Wow ayat Jimin benar-benar menyakitkan hati aku. Kenapa tidak pernah sekali pun dia tak sakitkan hati aku? Pasti ada saja yang dia nak buat aku rasa sakit.

" Hey.. "

Aku segera mengelap air mata yang meluncur ketika Taehyung melabuhkan punggung di tepi aku.

" Air? " Taehyung menghulurkan sebotol air mineral tapi aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

Botol air mineral itu dia letakkan di tepi bangku yang kami berdua sedang duduk ini.

" Sudah lah Kyungri. Tak ada guna pun kau menangis pasal Jimin. Bukannya dia akan sukakan kau kalau dia nampak kau menangis disebabkan dia " Ujar Taehyung datar.

" Tak cukup ke aku ni? Sampaikan apa yang aku buat pun takkan mampu ubah hati dia. Apa yang dia tahu cuma nak sakitkan hati aku je "

" Kyungri, hati orang kita tak boleh ubah. Kalau dia suka, dia suka. Kalau tak suka, tak suka lah "

" If both of you are really meant to be together, then one day both of you will find your ways back " Sambungnya lagi.

Ingin saja aku menangis lagi. Aku tak tahu apa kurangnya aku sampai Jimin langsung tak nak pandang aku. Padahal yang ada dengan dia masa susah senang, adalah aku.

" Come here "

Tiba tiba Taehyung menarik aku masuk ke dalam dakapannya. Kepala aku direhatkan pada bahu Taehyung. Tangannya memegang belakang kepala aku manakala sebelah lagi tangan memeluk badan aku.

" Aku faham susah untuk kau buang perasaan suka kau terhadap Jimin tu but trust me you will eventually get over him "

Taehyung mengeluh berat. Dalam hati dia risau akan satu perkara. Adakah Kyungri akan berhenti berharap pada Jimin dan membuka matanya memandang orang di sekeliling?

When God shows you it's time to let someone go and you refuse to accept it, He will allow that person to hurt you to the point you have no choice but to let go.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro