16
" Kau masih sukakan Jimin? "
Aku tercengang seketika dengan soalan yang ditanyakan kepada aku dari Taehyung. Sebentar saja, aku kembali mengeluh berat.
" Entah. Aku tak bencikan dia tapi aku cuma rasa sakit hati bila teringat balik apa yang dia buat dekat aku. Kalau nak cakap pasal suka.. entah. "
" Jadi kau ragu-ragu dengan perasaan kau terhadap dia? "
" Perasaan aku berbelah-bagi. Aku tak pasti sama ada aku masih sukakan dia atau tak " Aku mengetap bibir. Aku jenis yang payah nak tawar hati jadi aku tak pasti sama ada perasaan aku terhadap Jimin benar-benar sudah hilang ataupun tidak.
Taehyung senyum pendek lalu tangan dia naik memegang bahu aku.
" It's fine. Mana la tahu satu hari nanti Jimin akan bukakan hati dia dan terima kau ke, kan? "
Aku tertawa kecil. Jimin nak terima aku? Bullshit. Benda tu tak akan pernah terjadi. Aku berani jamin.
" Tiga tahun dah berlalu. Aku rasa Jimin pun tak give a damn tentang perasaan aku terhadap dia lagi kot "
Aku menelan liur. Tidak semena-mena fikiran aku melayang memikirkan tentang Jimin. Teringat pula saat-saat aku masih rapat dengan dia. Perasaan yang aku rasakan saat itu, tidak dapat diungkapkan dalam kata-kata sama sekali.
Aku menoleh pandang Taehyung di sebelah. Tangan aku naik menyentuh dada aku.
Kenapa aku merasa pelbagai jenis perasaan? Aku macam ada perasaan terhadap Taehyung tapi pada masa yang sama aku merindui perasaan lama aku terhadap Jimin.
Aku rasa berbelah-bagi sekarang ini.
***
Pulang saja ke rumah, Yoongi mengajak aku untuk menyertai mereka untuk makan malam. Ya, mereka. Yoongi dan Jimin.
" Nasi semangkuk " Kata aku kepada Yoongi lalu aku masuk ke dalam bilik untuk meletakkan beg dan buku-buku yang dibawa untuk ke kelas siang tadi. Sedangkan aku tak pergi kelas pun hari ni.
Aku kembali ke meja makan lalu melabuhkan punggung bersebelah dengan Yoongi, bertentangan dengan Jimin. Aku dan dia terbuat eye contact sebelum aku berdehem kecil.
Aku mencapai chopstick lalu mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Kekok betul keadaan di meja makan. Hanya Yoongi saja yang asyik bersembang dengan Jimin.
" Jadi kau memang ada plan nak sambung belajar lagi atau tak? "
Jimin menelan dulu daging di dalam mulutnya sebelum membalas soalan Yoongi.
" Em ya. Aku memang bercadang nak sambung Degree "
" Kenapa bukan sekarang? "
" Ada perkara yang aku kena betulkan dulu dekat sini, hyung " Jawab Jimin lembut sebelum dia mengerling ke arah aku sekilas. Apa benda usya usya?
Berkerut-kerut dahi Yoongi cuba memahami maksud Jimin tapi disebabkan Yoongi malas nak menghubungkan sel sel otak dia jadi dia biarkan saja ayat Jimin tadi terbang ke udara.
" Kau nak balik Berlin jugak lah untuk sambung belajar? "
" Errr ya. Terpaksa "
Selepas itu, Yoongi terus tidak bertanyakan apa apa lagi soalan. Hanya bunyi chopstick yang berlaga dengan mangkuk sahaja.
Tiba tiba sekeping daging bakar diletakkan ke dalam mangkuk aku. Aku berhenti mengunyah lalu mengangkat mata. Semestinya bukan abang aku yang letakkan, tapi Jimin.
Dia ukirkan senyuman pendek kepada aku, " Makan banyak sikit, Kyungri. Kau makin kurus "
Aku cuma membalas dengan senyuman kekok saja sebelum aku memasukkan kepingan daging tadi ke dalam mulut. Aku mengunyah perlahan.
" Tulah tu makin kurus adik aku. Nah, makan kimbap yang Jimin bawakkan ni " Yoongi pula yang letakkan kimbap ke dalam mangkuk aku. Alah.. dalam kimbap tu ada lobak dan aku tak makan lobak. Yoongi ni bengap ke? Dia tahu kot aku tak makan lobak.
" Yoongi, aku tak makan lobak "
" Aduh banyak songeh ah kau ni. Makan jelah diam diam. Lobak tu tak bunuh kau pun " Pedas saja dia memarahi aku.
Aku berdecit geram lalu meletakkan kimbap tadi ke tepi. Tak nak makan kalau ada lobak.
" Ahh mian, Kyungri. Aku lupa yang kau tak makan kimbap " Jimin meminta maaf.
" Takpe lah "
Jimin mengambil kimbap tadi lalu dia mengeluarkan semua lobak diisi di dalam kimbap itu. Aku memerhati saja perbuatannya sekarang ini. Masih sama macam dulu. Kemudian, dia letakkan semula kimbap tadi ke dalam mangkuk aku.
" Makanlah. Aku dah buang semua lobak tu " Dia tersenyum lagi. Yoongi di sebelah sudah menggulingkan matanya kerana menyampah dengan Jimin yang selalu memanjakan aku.
" Jangan nak manjakan dia sangat, Chim. Kita kena bagi dia belajar makan lobak "
Jimin tertawa kecil, " Tak apalah, hyung. Lobak je pun "
Aku menyuapkan kimbap ke dalam mulut. Sengaja aku memekakkan telinga kerana tidak mahu mendengar bebelan pedas Yoongi itu.
Jimin pun satu. Masih tak berubah perangai dia yang tahu kesemua tentang aku.
***
Aku berdiri di balkoni bersama Jimin. Saja ingin mengambil angin malam yang segar dan sejuk. Aku sendiri tak tahu macam mana kami berdua boleh ada dekat sini sekarang ni.
" It's full moon today " Ujar Jimin perlahan. Kepalanya terdongak sedikit ke atas melihat bulan yang penuh. Aku turut terikut sekali. Hari ni bulan penuh rupanya.
" Sepatutnya kita pergi Han River untuk tengok bulan penuh. Ingat tak janji kita tu? "
Aku palingkan kepala ke sebelah untuk menatap wajah Jimin. Dia masih ingat tentang perkara itu.
" Itu janji yang kau buat, bukan aku " Jawab aku dingin. Betul lah, dia yang janji dengan aku. Tapi dia juga yang mungkiri janji tu.
Aku dengar keluhan keluar dari bibir mungil Jimin, " I'm deeply sorry, Kyungri "
" Untuk apa kau nak mintak maaf lagi? "
" For everything. Everything that I'd done to you "
" I broke you. I destroyed you, Kyungri "
" Kau dah tak ceria macam dulu. Aku tahu yang kau langsung tak dapat nak bukakkan hati kau lagi untuk mana mana lelaki sebab kau takut dan serik "
" Dan aku patut mintak maaf atas perkara tu. Sebab aku yang buat kau jadi sampai macam ni " Sambungnya.
Aku senyap. Langsung tidak membalas kata-katanya. Hanya mendengar saja.
" Can I ask you a question, Kyungri? " Soalnya lembut. Dia turut memalingkan wajah aku dan mata kami menatap satu sama lain.
Aku jungkitkan sebelah kening, " Tanya lah "
" Kau masih sukakan aku ke? "
Dang! Aku terkedu. Lidah aku tiba tiba rasa berat untuk menutur apa pun. Apa kejadah punya soalan ni?
" T-tak... "
Itu saja jawapan yang aku mampu berikan. Aku sendiri tidak bercadang untuk memberikan jawapan sebegitu kepadanya. Jawapan itu seakan-akan keluar sendiri secara semulajadi.
Atau memang itu apa yang hati aku rasakan?
" Baguslah "
" Kenapa bagus? "
" Because you deserve better. You deserve a better man than me who can give you the whole world "
Aku mengetap bibir aku rapat. Sesungguhnya aku benci apabila dia berkata sedemikian. Memang dia langsung tak terfikir untuk jadi yang lebih baik untuk aku ke?
" So why can't you be a better man for me, Jimin? "
Aku memandang Jimin dengan pandangan dingin sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah dan masuk ke bilik dengan hati yang sakit.
You know what hurts the most? When you are told to find someone better from a person who refuse to be a better person for you.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro