Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

" Adik, kau nak aku hantarkan kau pergi kelas ke? " Soal Yoongi dari dapur. Aku berdecit kecil. Aku ni dah siap nak gerak, dia baru nak tanya aku soalan tu.

" Kau rajin ke masalahnya? " Aku menyoalnya kembali sambil memakai stokin hitam di kaki.

" Tak "

" Kalau macam tu tak payah lah. Nanti kau cakap aku menyusahkan kau pulak " Sindir aku pedas. Sebab memang setiap hari dia cakap aku ni menyusahkan dia. Eh eh..

" Hmm jom lah. Disebabkan kau ni adik kesayangan aku, jadi aku hantar kau hari ni " Katanya lalu mengambil kunci kereta di atas meja makan dan menghampiri aku.

Aku pandang Yoongi atas bawah. Boleh percaya ke ni? Mana mungkin perasaan rajin tu tiba tiba datang kan?

Apa apa jelah. Aku mengambil beg aku lalu menggalasnya pada bahu. Sebaik sahaja aku membuka pintu, badan aku mengundur setapak kerana refleks terkejut.

Terkejut sebab Taehyung ada depan mata aku sekarang ni.

Dahi aku berkerut, " Taehyung? Apa yang kau buat dekat rumah aku ni? "

" Hm? Hey Taehyung! " Yoongi pula yang menyapa Taehyung. Tapi dengan ramah, berbeza dengan aku.

" Haha hey Yoongi and erm hey Kyungri " Kekoknya.

" A-aku baru nak tekan loceng " Dia menggosok lehernya. Aku masih bingung dengan kehadiran dia di depan rumah aku ini.

After one freaking month, dia muncul semula.

" Aku dah lambat ke kelas. Boleh tepi sikit? " Aku meminta laluan tapi Taehyung masih tidak menginjak.

Lahai, apa masalah dia ni? Aku dah lupakan dia kot. Okay tipu. Bukan lupakan sepenuhnya, tapi lupakan dia separuh. On the way penuh.

" Ha Taehyung dah alang-alang kau datang ni, apa kata kau hantar Kyungri pergi kolej? Aku malas "

Aku segera palingkan kepala dengan mata yang terjegil memandang Yoongi tidak percaya, " Yahh Min Yoongi. Kau cakap tadi aku adik kesayangan kau "

" Tu tadi. Sekarang dah lain. Dah, pergi " Yoongi menolak tubuh aku ke luar kemudian dia menutup pintu.

" YAH MIN YOONGI ! " Pekik aku kuat tanpa mempedulikan Taehyung di sebelah. Aku dengar Taehyung melepaskan tawa kecil.

Aku mengeluh berat dan memandang Taehyung.

" Aku boleh pergi sendiri " Kata aku bernada datar. Baru saja aku ingin melangkah pergi, Taehyung menahan tangan aku.

" Takpe. Aku hantar kau "

Aku melepaskan pegangan tangan Taehyung lalu pergi dengan kadar segera. Aaaa dia bukan dah ada girlfriend ke siot? Apa kes cari aku balik?

Aku dan Taehyung jalan beriringan untuk ke stesen bas. Taehyung pun datang naik bas jadi terpaksa lah aku naik bas jugak sekali. Grab mahal.

" Kyungri-ah " Suara garau Taehyung memanggil aku, tapi dengan nada lembut.

Aku berhenti berjalan dan melihat wajah kacaknya dungu, " Hm? "

Tiba tiba saja Taehyung menarik lengan aku lalu membawa aku masuk ke dalam dakapannya yang hangat.

" Taehyung-ah, kenapa ni? "

" Aku rindu kau " Tuturnya perlahan yang membuatkan aku terkedu sekejap. Dia? Rindu aku? Okay but why?

Aku pun rindu dia jugak, kot. Ah, entah lah.

Tidak lama selepas itu, Taehyung melonggarkan pelukan. Dia menatap anak mata aku dengan sangat dalam. Satu pandangan yang redup.

Kemudian dia ukirkan senyuman.

" Aku tak pasti sama ada apa yang aku buat ni betul atau tak " Katanya perlahan. Semakin keliru aku dengan dia ni.

" Apa yang kau cuba cakap ni, Taehyung? "

Dia menggelengkan kepalanya, " Tak ada apa "

" Jom lah kita pergi hantar kau sekarang "

Dia berjalan mendahului aku dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket.

Aku dah malas nak pergi kelas sekarang ni. Aku berlari mengejar Taehyung lalu menyatukan tangan kami.

Taehyung memandang aku dengan hairan malah aku mengukir senyuman pendek.

" Aku malas nak pergi ke kelas harini "

But I honestly love his presence. It gives me a comfort in the heart.

***

Lega betul apabila angin sejuk menyapa wajah kami. Cuaca hari ini sangat panas, jadi memang kena lah kalau ada angin.

" Jadi kau dengan Jimin memang kenal satu sama lain lah? " Tanya Taehyung.

Aku mengangguk tanda 'ya'. Kami tengah mengadakan sesi bercakap soal masa lalu aku atau lebih tepat, soal Jimin.

" Aku kenal dia masa dia kehilangan atuk dia. Jadi sejak tu, kami memang rapat sangat "

" Masuk sekolah sama, kelas sama. Alih alih dia pulak jiran aku, kan? Memang semakin rapat lah kami. Kemana ada aku, pasti ada Jimin. Dan sebaliknya " Sambung aku.

Aku senyum pendek mengenangkan betapa rapatnya aku dengan Jimin dulu. Rindu. Namun sekarang keadaan sudah tidak seperti dulu lagi.

" Jadi apa yang buatkan kau dengan dia tak berkawan lagi? Muka kau selalu dingin bila kau nampak Jimin dan muka Jimin pulak.. dia nampak bersalah "

Aku ketawa kecil, " Memang padan lah untuk dia rasa bersalah "

" Kenapa? Apa yang terjadi? "

" Hati perempuan ni lembut, Taehyung. Mudah terkesan, mudah jatuh cinta. Kau tunjuk perhatian sikit je dah boleh hidupkan rasa suka dalam hati seorang perempuan. Tunjuk efforts sikit, dah boleh hidupkan rasa suka tu. Perempuan kan? "

" Macam tu lah apa yang Jimin buat dekat aku. Perhatian yang banyak dan semestinya efforts. Bila aku cakap aku lapar, automatik dia datang rumah aku bawak makanan. Hari hari tanya pasal keadaan aku " Aku senyum hambar.

Taehyung masih kekal menatap wajah aku. Sikit pun dia tidak mencelah. Memberi aku ruang untuk mengungkit kisah lama.

" Tapi semuanya berubah bila aku sedar yang cuma aku seorang je yang ada perasaan suka tu "

Aku dapat rasakan rasa sakit dalam hati. Luka lama itu terbuka semula.

" Maksud kau? " Kening Taehyung bertaut.

" Dia tak sukakan aku pun, Taehyung. Dia cuma anggap aku sebagai kawan baik dia. Dia ada teman wanita beberapa hari sebelum dia kena bertolak pergi belajar dengan Berlin "

Aku mengepal tangan aku menjadi penumbuk. Sakitnya.. hanya Tuhan yang tahu betapa sakit perasaan itu.

" Dia ada girlfriend? "

" Ya. Tapi dah putus tahun lepas "

" Woah.. aku tak sangka Jimin buat macam tu dekat kau "

Aku senyum kelat, " Nak buat macam mana, kan? Aku yang cepat jatuh cinta "

" Tapi Kyungri, Jimin pun bersalah juga dalam hal ni. Dia bagi kau harapan palsu. Dia tak sepatutnya layan kau sampai tahap macam tu kalau dia cuma anggap kau kawan je " Emosi betul Taehyung ni.

Aku tertawa kecil, " It's fine lah. Lagipun aku memang tak nak ingat pasal hal ni dah jadi sebab tu lah aku tak nak ada kaitan dengan Jimin lagi "

" Sebab kalau aku tunjuk usaha setinggi gunung pun, tak semestinya hati dia akan berubah " Aku palingkan wajah menatap muka Taehyung yang tidak berperasaan itu.

" Tapi Kyungri.. " Aku menjungkitkan kening.

" Disebabkan dia, kau dah serik nak jatuh cinta. Hati kau, dah tertutup rapat. He destroyed you "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro