13
Sekejap saja, hari ini sudah merupakan hari kedua terakhir aku bekerja. Tak sanggup betul nak berhenti kerja sebab aku dah selesa dengan semua orang disini. Semua pekerja disini termasuk majikan aku melayan aku dengan sangat baik.
Lebih lebih lagi Taehyung. Dia lah orang yang paling baik dengan aku walaupun perangai dia tu menjengkelkan kadang kala.
" Sila periksa perkhidmatan pengeposan yang kami tawarkan, encik " Aku memberi sehelai flyers kepada seorang lelaki yang lalu di hadapan kedai.
Sekarang ini aku dan Taehyung ditugaskan untuk memberi flyers kepada semua orang yang sedang berlalu-lalang di depan kedai. Dapat elaun bonus hehe.
" Kami ada servis pengeposan untuk ke serata tempat "
" Check us out " Aku senyum lalu memberikan sehelai lagi flyers.
" Aihh.. kerja ni memenatkan betul " Taehyung sudah pun mengeluh berat. Sesekali dia mengipas wajahnya yang sudah berpeluh tu dengan flyers.
Aku menggelengkan kepala, " Lembik betul. Aku yang perempuan tu tak merungut "
Aku sambung memberikan flyers sementara Taehyung di sebelah berdecit dan merengus geram.
" Boss cakap siapa habiskan dulu flyers dia boleh rehat dekat dalam " Aku jelirkan lidah lalu tersengih nakal. Aku nak habiskan cepat cepat kerja ni supaya aku boleh rehat dekat dalam bawah aircond. Biarkan Taehyung sorang sorang mandi peluh dekat luar.
" Ah takde takde. Kau kena tunggu aku habiskan jugak baru kau boleh masuk " Taehyung menghampiri aku kemudian dia menyerabutkan rambut aku.
Aku berdecit kasar, " Eish jangan lah rosakkan rambut aku " Aku menjelingnya tajam seraya membetulkan semula rambut aku yang sudah serabai itu.
Tiba tiba telefon Taehyung berdering. Dia mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar lalu melihat skrinnya yang menyala.
" Aku pergi jawab call sekejap " Lalu dia pergi sedikit jauh daripada aku untuk menjawab panggilan itu. Aku mengangkat bahu kemudian sambung memberi flyers untuk mempromote kedai kami.
Disebabkan hanya tinggal beberapa helai saja lagi flyers di tangan aku, tugas aku habis sekelip mata. Aku tengok Taehyung masih bercakap di telefon. Entah dengan siapa dia sedang bercakap. Lama betul.
Aku ingin memberi ruang kepada Taehyung jadi aku terus masuk ke dalam kedai. Panas weh, aku nak kena aircond kejap.
" Haa Kyungri, dah selesai ke kamu? " Boss Kim menegur aku.
" Mestilah " Aku mengangguk seraya senyum bangga. Taehyung noob.
" Taehyung mana? Tak siap lagi ke dia? "
" Belum. Dia tengah jawab panggilan tadi "
" Oh takpe takpe. Kamu pergi lah masuk rehat dulu " Suruh Boss Kim. Aku mengangguk faham lalu masuk ke dalam bilik untuk para pekerja berehat. Fuh lega, siap ada aircond.
Tiba tiba tekak rasa haus. Maleh nya nak kena keluar ambil air. Disebabkan tekak aku, aku bangkit juga ke luar untuk mengambil segelas air sejuk.
Ketika aku mengisi air ke dalam gelas, aku curi curi memandang ke luar kedai untuk melihat Taehyung. Eh? Mana pergi dia? Tak nampak pun kelibat lelaki itu.
Dalam bilik rehat pun tak ada tadi. Hmm...
Jadi aku mengambil keputusan untuk bertanyakan tentang Taehyung dari majikan aku.
" Boss, Taehyung mana? "
" Taehyung? Dia dah balik tadi "
" Hah?! Balik?! " Tertinggi sedikit nada suara aku ketika mendapat tahu yang Taehyung sudah balik. Baru je berapa minit yang lalu aku nampak dia jawab call.
" Yaa. Dia kena balik Daegu kejap. Ada hal keluarga " Jelas Boss Kim. Ahh, hal keluarga. Patut lah tadi serious semacam je muka bercakap dalam phone.
" Kejap lagi dia datang balik lah. Kamu jangan rindu dia sangat " Boss Kim tersengih nakal.
" Mana ada rindu! " Aku menggelengkan kepala lalu masuk semula ke dalam bilik rehat.
Ada apa sampai Taehyung kena balik Daegu secepat mungkin?
Pada sebelah petang, ketika aku sedang mengelap tingkap kedai sebelum kami semua berkemas untuk pulang, pintu kedai dibuka dari luar.
Tangan aku berhenti membuat kerja dan memandang susuk tubuh yang baru saja masuk ke dalam kedai. Taehyung dah pulang.
Tapi dia nampak tidak bersemangat seperti selalu. Wajahnya kusam dan sugul, langsung tiada keceriaan yang terpalit pada wajah kacaknya.
" Taehyung, kau okay? " Tanya aku kerana risau melihat perubahannya tiba tiba.
Dia mengangguk lemah lalu melabuhkan punggung pada sofa di depan. Aku meletakkan kain lap tingkap tadi di atas meja lalu aku pergi mendapatkan Taehyung.
Aku menyentuh bahu Taehyung, cuba mencari anak matanya.
" Taehyung, apa yang jadi ni? " Soal aku lembut. Taehyung yang masih menatap lantai itu menggeleng kepalanya lambat.
" Aku okay lah " Lemah saja suaranya berbicara. Nampak sangat tak okay. Dia nampak serabut sangat.
Tiba tiba badan aku dipeluk erat oleh Taehyung. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu aku. Aku tercengang buat seketika. Tangan aku naik untuk membalas pelukannya lalu aku mengusap perlahan belakang dia dengan tujuan untuk menenangkan hatinya.
" Kalau tak tahan, jangan simpan dalam hati. Aku ada, Taehyung "
Taehyung melonggarkan pelukan lalu mengangkat mukanya untuk memandang mata aku lalu dia tersenyum hambar.
" Jangan risaukan aku, Kyungri. Aku okay "
Aku mengeluh berat. Risau pula aku dengan dia ni. Tak pernah pernah aku tengok dia tak ceria macam sekarang ni.
" Kyungri, boleh aku tanya kau sesuatu? "
" Tanya lah "
" Aku tak tahu apa yang dah terjadi dekat kau sebelum ni tapi.. kau nak terima aku ke kalau aku cakap aku suka kau? "
Sekali lagi aku terkedu. Aku dan Taehyung saling membalas tatapan mata. Aku tak tahu dia sedang bergurau atau memang dia memaksudkan ayatnya itu.
" A-aku tak boleh " Aku menjawab perlahan. Benar, aku tidak boleh menerima sesiapa lagi buat masa sekarang. Aku masih perlukan masa untuk hati aku terbuka semula.
Taehyung seorang lelaki yang baik dan aku sedar yang aku ada sedikit perasaan untuknya. Tapi aku tak boleh nak terima dia lagi buat sementara.
" It's okay. Aku cuma tanya je tanpa apa apa niat. Asalkan kita tak lost contact lepas kau berhenti kerja pun dah boleh buat aku senang hati " Taehyung senyum kelat. Tiba tiba terbit rasa bersalah dalam diri aku.
" Lagipun susah untuk kita bersama, kan? "
Kening aku bertaut. Aku tak berapa faham dengan maksud Taehyung.
***
Hari terakhir aku disini. Selepas kejadian semalam, Taehyung terus pulang ke rumah. Aku asyik rasa bersalah tapi apa yang aku cakap memang betul. Memang aku tak boleh nak terima dia.
Aku baru dapat tahu yang Taehyung tak masuk kerja hari ini kerana urusan keluarganya. Disebabkan Taehyung seorang yang private dan menjaga privacy, aku tidak dapat korek apa yang dia sedang alami sekarang.
Jujur aku katakan, aku berasa sedikit berat hati dan sedih. Aku ingatkan aku dapat berjumpa dengan Taehyung pada hari terakhir aku disini tapi dia tak masuk kerja pula.
Sudah semestinya selepas ini kami akan susah untuk berjumpa. Tempat aku belajar agak jauh dari kawasan sini. Hampa betul.
" Gaji kamu sepanjang kamu bekerja dekat dah masuk dalam akaun bank kamu ya? Termasuk bonus sekali " Beritahu majikan aku kepada aku.
" Ahh okay. Thank you Boss " Aku menunduk hormat tanda terima kasih aku kepadanya.
" Kamu ni pekerja yang baik dan rajin. Rugi betul kamu dah berhenti "
Aku tertawa kecil, " Haha tak apalah. Nanti kalau saya ada cuti sem lagi, saya janji akan kerja dekat sini balik "
" Wah bagus lah! Saya ingat janji kamu, Kyungri " Boss Kim turut tertawa.
Sudah tiba masanya untuk aku pulang, sekali lagi aku berasa hampa memikirkan yang Taehyung langsung tidak muncul seharian.
Sekurangnya datang lah dan ucapkan selamat tinggal untuk aku. Ini tidak, terus lesap macam tu.
Aku menarik tali beg sandang aku yang terlorot jatuh. Ketika aku berjalan, ada sebuah suara garau menegur aku. Aku segera menghentikan langkah apabila telinga aku mengecam suara tersebut.
" Taehyung-ah... " Aku terus berjalan merapatinya. Aku nampak bibir Taehyung menguntum senyuman pendek.
" Balik jalan kaki lagi ke? " Soalnya datar. Hari ini dia nampak sama macam hari lain. Seakan-akan tiada apa yang berlaku semalam. Aneh.
Aku mengangguk, " Yoongi keluar dengan kawan kawan dia jadi aku terpaksa balik jalan kaki lagi "
Sepanjang aku bekerja, tak ada sehari pun Yoongi datang ambil aku. Ada je beribu alasan dia nak bagi. Dasar pemalas!
" Jom, aku hantar kau balik harini " Tiba tiba Taehyung menyatukan jari-jemari kami berdua. Aku terkejut sekejap.
Aku tersenyum gembira kemudian berjalan pulang seiringan dengan Taehyung. Aku pandang tangan kami yang disulam satu sama lain lalu tersenyum kecil.
Tak sangka doa aku dimakbulkan. Tak sangka juga aku dapat melihat Taehyung pada hari terakhir aku bekerja.
" Dah bersedia nak masuk college balik esok? "
" Ahh malassss " Rungut aku. Padahal tak sedar lagi berapa bulan dah nak final.
" Kalau malas macam mana nak berjaya "
Aku memuncungkan bibir. Bukan nak sapot. HEHE.
Sekejap saja masa berjalan, kami sudah tiba di rumah aku. Berat pula rasa hati ni nak lepaskan Taehyung. Ha sudah, kenapa dengan aku ni?
" Good luck study tu. Buat yang terbaik eo? " Taehyung senyum pendek sambil mengusap rambut aku.
" Jangan lupa mesej aku selalu " Pesan aku pula kepadanya. Sayanglah kalau lost contact kan?
Taehyung cuma membalas dengan anggukan kepala sahaja. Aku membuka pintu rumah dan ingin masuk ke dalam. Tapi panggilan Taehyung membuatkan aku toleh ke belakang semula.
" Good night " Dia senyum lagi sambil melambai kecil.
Memang hati aku ada rasakan sesuatu terhadap Taehyung. Cara layanan dia buatkan hati aku lembut sedikit. Walaupun hati aku tidak mungkin seperti dulu lagi, tapi aku dapat rasakan sesuatu.
Tapi tak semestinya perasaan suka ini harus dibalas.
Some feelings are meant to be left hanging.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro