Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

Sekali lagi aku bertembung dengan Jimin di dalam lif. Macam tempoh hari, aku sama sekali tidak ada niat untuk menegur Jimin. Ah biarlah! Aku memang takkan bercakap dengan dia dah buat selamanya!!

Memang ini kan yang dia nak dulu? Dia memang nak supaya aku tak ganggu dia lagi kan?

" Err Kyungri? "

Aku menggulingkan mata ke atas. Baru je aku pasang niat tak nak tegur atau cakap dengan dia langsung.

" Pe? " Jawab aku kasar tanpa melihat dia. Jimin pun tidak melihat aku. Matanya cuma leka memandang pintu lif berwarna emas ini.

" Aku tahu apa yang aku cakap dekat kau tiga tahun lepas tu menyakitkan hati kau tapi aku tak nak hentikan hubungan kita "

" Aku masih nak berkawan dengan kau, Kyungri. Aku tak nak lah sebab hal remeh macam tu, kita bermasam muka. Masing-masing dah besar, kan? Sampai bila nak jadi budak-budak? "

Aku senyum sinis mendengar kata-kata Jimin itu. Hal remeh? Apa yang dia buat dekat aku tu hal remeh? Woah lelaki...

" Main dengan perasaan orang bukan hal yang remeh, Jimin. Aku hormat keputusan kau tapi apa yang kau cakap dekat aku dulu, sampai bila pun aku takkan lupa "

Aku mengeluh berat seraya keluar daripada lif sebaik sahaja pintu lif dibuka kerana sudah tiba di aras rumah aku.

Jimin cuma memandang aku sayu sehingga bayangan aku hilang dari pandangan matanya. Keluhan berat dilepaskan.

Salah dia kerana telah menyakiti hati seorang gadis yang sentiasa ada dengannya ketika senang dan susah. Salah dia juga kerana tidak berlaku jujur akan perasaannya yang sebenar terhadap gadis itu.

Mainkan perasaan orang bukanlah sebuah perkara yang kecil dan remeh.

***


Sabtu. Turun sahaja dari rumah, aku sudah nampak Taehyung sedang menunggu aku di luar lobby dengan gaya kacaknya puih.

" Naik lah. Jangan malu-malu " Pelawa Taehyung dengan senyuman. Aku pandang Taehyung dan motornya bersilih ganti dengan sebelah bibir yang terjungkit naik ke atas.

" Kau nak aku naik motor dengan kau? Sekali? "

" Habistu takkan kau nak jalan kaki? "

" Kau ada kereta, kan? Kenapa tak datang dengan kereta je? "

" Taknak. Naik motor lagi sweet " Taehyung menjelirkan lidahnya. Aku menghela nafas panjang seraya meraupkan rambut ke belakang.

Bukan apa, aku seganlah nak naik motor dengan dia. Berdua-duaan pulak tu. Ni kalau Yoongi nampak, mau kena bebel aku setahun. Haram katanya.

" Rileks, Kyungri. Hari ni aku cuma nak bawak kau jalan-jalan je. Tak ada niat yang lain "

Tanpa bercakap banyak lagi, Taehyung terus menaiki motornya. Satu helmet berwarna merah jambu diberikan kepada aku.

" Pakai kalau tak nak kepala kau pecah "

Aku tidak menyambut helmet yang diberikan. Kerana itu, Taehyung menarik tangan aku supaya dekat dengannya lalu dia menyarungkan helmet itu di kepala aku. Rambut depan aku dibetulkan sebelum Taehyung tersenyum manis.

" Comel. Dah, naik cepat " Taehyung menghidupkan enjin motor berkuasa tingginya. Bukan motor Honda ex5 mahupun Y15 ya.

Nak tak nak, aku terpaksa membonceng juga motor Taehyung. Tapi aku cuba jarakkan diri dengan badannya dan aku langsung tidak memeluk tubuhnya. Aku segan.

" Alright, let's go "

Taehyung memulas minyak dan tiba tiba dia menekan brek dengan kuat dan menyebabkan badan aku bergerak ke hadapan melanggar tubuhnya.

" Yah Kim Taehyung! " Jerkah aku kuat sambil menjegilkan mata. Kurang asam punya Taehyung! Sengaja tau nak main main dengan aku.

Taehyung yang sudah meletus tawanya itu segera meminta maaf.

" Okay okay aku janji takkan buat dah. Kau boleh pegang bahu aku kalau tak nak jatuh. Kalau nak lagi sweet, kau boleh peluk pinggang aku hehe "

Aku menampar bahunya kuat, " Jangan nak merepek! "

***

Aku dan Taehyung akhirnya tiba di destinasi kami. Kepala aku didongakkan memandang ke atas bukit yang tidak berapa tinggi ini.

" Woah, macam cantik je dekat atas tu " Ujar aku. Taehyung merapikan rambut dia lalu berdiri di sebelah aku.

" Dekat atas tu memang cantik. Sebab tu lah aku nak bawak kau pergi atas. Tapi perlukan tenaga sikit lah nak naik atas tu "

Mata aku meliar ke kaki bukit. Okay fine, kena panjat banyak anak tangga. Eih ni yang malas ni.

" Jom lah kita naik cepat. Lagi cepat sampai, lagi bagus " Tanpa aku sedari aku menarik tangan Taehyung. Dia nampak terkedu tapi mengukirkan senyuman pendek dalam diam.

" Kyungri, tujuan aku bawak kau keluar harini sebab aku nak kau tunjuk dekat aku sisi ceria kau. Show me your happy side. Boleh kan? "

" Kalau esok kau nak jadi balik diri kau yang macam selalu, aku tak kisah. But not today " Dia menipiskan bibir.

Aku terdiam. Masih keliru sebenarnya. Buat apa nak tengok sisi ceria aku? Ah, persetankan semua tu. Aku nak naik bukit ni cepat cepat.

" Let's go " Tanpa membalas permintaan Taehyung tadi, aku menarik tangannya lalu kami berdua mula mendaki bukit dengan menaiki anak-anak tangga yang sudah dibina.

***

Selepas sejam mengerah tenaga memanjat kesemua anak tangga, akhirnya kami berdua tiba jua di atas. Aku yang tadi terpegun kini dua kali ganda lebih terpegun dengan keindahan di atas. Dari atas, aku turut dapat melihat pemandangan kota Seoul.

" Tae.. cantiknya " Kagum aku. Taehyung mengulum senyuman pendek.

" Kan? Nasiblah kau pun rasakan perkara yang sama "

" Kau selalu datang sini ke? " Soal aku kepadanya. Dia membalas dengan anggukan kepala.

" Bila aku ada masalah atau fikiran aku serabut, aku akan datang sini. Sebab dini menenangkan "

Aku senyum sendirian melihat keindahan alam semulajadi. Bukan kami berdua sahaja disini. Ramai pelancong dan orang Seoul sendiri yang melawat tempat ini. Kenapa aku tidak pernah tahu akan kewujudan tempat yang cantik ini?

Aku mengeluarkan telefon bimbit aku daripada beg lalu aku serahkan kepada Taehyung.

" Taehyung, tolong ambilkan gambar aku boleh? "

Dengan senang hati Taehyung mengangguk. Aku berdiri di hadapan air terjun lalu mula membuat gaya supaya aku tidak kelihatan terlalu kekok dan kayu di dalam foto.

" Aigu, comel " Puji Taehyung perlahan. Banyak gambar aku yang Taehyung ambil kelihatan cantik. Taehyung memang meminati fotografi yang tidak hairanlah kalau skill fotografi dia memang meletopszzzz.

" Kyungri, senyum " Tiba tiba Taehyung menghalakan skrin telefonnya di hadapan wajah kami. Oh nak selfie rupanya.

Aku mengukirkan senyuman yang aku jarang ukir manakala tangan Taehyung pula memeluk bahu aku supaya kedudukan kami rapat. Ok kenapa dengan jantung aku sekarang ni?

Taehyung meneguk air mineral daripada botol yang dibawanya setelah kami berdua melabuhkan punggung di atas bangku. Bunyi air terjun kecil yang memasuki gegendang telinga aku menenangkan fikiran aku yang sentiasa kusut.

" Nanti kita datang sini lagi, nak? " Soal Taehyung kepada aku.

"Setiap kali bulan purnama, kita datang sini nak? "

Same sentence, different person. Aku tersenyum hambar.

" Jangan mungkir janji " Kata aku kepada Taehyung sebelum aku melentokkan kepala pada bahunya. Penat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro