Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Aku sudah sihat walafiat dan boleh kembali bekerja. Aku melihat kalendar di telefon aku. Hmm, cuma ada 5 hari sahaja lagi sebelum aku berhenti bekerja dan sambung semester aku.

Cepat betul masa berlalu.

" Kyungri, kejap lagi lori SkyNet akan sampai. Kamu tolong angkat semua kotak-kotak tu eh letak dalam stor? Saya kena urus barang dekat luar harini " Suruh majikan aku secara lembut.

" Aaa saya no hal je, boss. Taehyung mana? " Ok kenapa aku tanya pasal keberadaan Taehyung?

" Oh Taehyung pergi buat penghantaran. Kalau dia balik awal, kamu angkat lah kotak kotak tu dengan dia ya? "

Aku mengangguk setuju, " Okay no problem "

Boss Kim mengukirkan senyuman sebelum dia keluar dari kedai kecil kami ini. Semoga Taehyung cepat kembali. Boleh aku buli dia angkat semua kotak-kotak tu.

Pin pin!

Aku menjenguk kepala ke luar tingkap dan mendapati sebuah lori SkyNet berwarna merah sudah tiba di depan kedai. Panjang umur betul tapi masalahnya rilek lah dulu. Taehyung belum sampai kot macam mana aku nak buli dia jsjsjsj.

Aku meletakkan file di atas kaunter lalu berlari keluar. Pekerja SkyNet itu mengeluarkan lebih daripada 10 kotak dari lorinya lalu meletakkan semua kotak di atas tanah.

Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka lalu melepaskan keluhan berat yang panjang. Jenuh aku nak angkut semua seorang diri. Pekerja yang lain ada yang pergi buat penghantaran dan ada yang ambil cuti harini. Jadi cuma ada aku seorang di kedai hari ini.

Aku menggigit bibir. Mungkin kalau aku angkat 5 kotak sekaligus, aku akan angkat habis semua dengan kadar yang cepat kan? Hehe okay cun.

Aku meletakkan empat kotak yang lain ke atas kotak yang paling bawah lalu dengan segala tenaga dan kekuatan wanita aku, aku mengangkat dengan berhati-hati.

Fuh boleh tahan berat weh! Lambat lambat aku berjalan kerana ketinggian kotak yang sangat tinggi ini menghalang pandangan aku. Kalau jatuh tu nasib lah.

Malang tidak berbau, kaki kiri aku tersadung batu kecil yang menyebabkan aku kehilangan imbangan badan dan kotak-kotak mula senget ke sebelah.

" Eiyyyyy " Aku memejamkan mata.

Aku redha je kalau jatuh........

" Yahh, hati-hati lah " Kata seseorang di sebalik semua kotak tinggi ini. Kotak yang ingin jatuh tadi juga tidak terjatuh kerana ditahan oleh seseorang dari depan.

Aku menjengukkan sedikit kepala untuk mengintai.

" Taehyung? "

Taehyung menggelengkan kepalanya seraya mengeluh panjang. Dia mengambil empat kotak dari aku dan biarkan aku mengangkat sekotak sahaja.

" Kenapa tak mintak tolong orang lagi? " Soalnya datar.

" Semua orang keluar. Tinggal aku sorang je "

" Kot ya pun angkat lah satu satu kotak. Kalau dibuatnya kau jatuh tadi macam mana? Kau cedera aku tak heran sangat. Kalau barang-barang customer rosak tadi, kau nak bertanggungjawab ke? " Mula dah sesi bebelan si Kim Taehyung ni.

" Kau kalau nak tolong aku tanpa membebel memang tak boleh eh? " Aku menjeling wajahnya yang kacak dingin itu lalu melangkah masuk ke dalam kedai.

Aku dan Taehyung sama sama meletakkan kotak-kotak itu di dalam bilik stor.

" Dah makan? "

" Belum " Aku mencebik. Macam mana nak makan kalau tak ada orang nak jagakan kedai? Kang kena rompak, aku pulak yang akan dipersalahkan.

" Kalau macam tu, kita tunggu Jaehyun balik dari buat penghantaran lepastu kita pergi makan sekali okay? "

" Aku okay je "

***

Selepas makan tengahari, Taehyung dan aku tidak terus pulang ke tempat kerja. Malah kami berdua menghabiskan masa di taman yang berdekatan dengan kedai makan tadi.

Aku pun tak berapa larat nak kerja hari ni begitu juga dengan Taehyung. Jadi tak apa lah, boss bukannya tahu pun HEHE.

Angin sepoi-sepoi membuatkan rambut aku asyik berterbangan dan sememangnya merimaskan aku. Lebih leceh apabila aku tidak membawa getah rambut bersama. Haih.

" Hey, ikat lah rambut kau. Dah macam pontianak aku tengok kau ni " Tegur Taehyung apabila rambut aku tidak berhenti berterbangan ke belakang. Jangan salahkan aku tapi sila salahkan angin!

" Aku tak bawak getah rambut do "

" Ermm.. " Gumam Taehyung perlahan kemudian dia menyeluk tangannya ke dalam poket jaket dan seluar seakan-akan mencari sesuatu.

" Ha, getah rambut ni boleh? " Soalnya ragu-ragu. Aku meraupkan rambut ke belakang. Getah kedai pun boleh lah daripada tak ada langsung.

" Boleh lah tu "

Ketika aku ingin mengambil getah itu daripadanya, Taehyung menjauhkan getah itu daripada aku. Aku jongketkan kening pelik.

" Kau pusing. Biar aku ikatkan "

" Dah kenapa? "

" Aku tak ada adik beradik perempuan jadi aku teringin nak ikat rambut perempuan " Jujur betul jawapan.

Aku menghela nafas, " Okay "

Aku pusingkan tubuh supaya mudah untuk Taehyung ikatkan rambut aku. Jari jemari kasarnya menyikat rambut aku dari depan ke belakang lalu dia mengikat rambut aku menjadi ekor kuda yang tinggi.

" Siap "

" Hmmm Doraemon.. "

" Aku bukan Doraemon. Aku Taeemon " Taehyung tersengih sendirian di belakang padahal aku bukan cakap dengan dia pun.

Aku tengah tengok seorang lelaki tua yang sedang menjual belon kepada kanak-kanak. Teringinnya.

" Kan best kalau ada orang bagi aku Doraemon tu jugak " Aku memuncungkan bibir. Aku memang suka akan Doraemon.

Taehyung memandang ke arah yang aku sedang pandang sekarang. Dalam diam dia tersenyum.

" Kau umur 6 tahun ke nak belon Doraemon lagi? "

Aku memberikan Taehyung pandangan yang tajam, " Why can't I? "

" Tunggu sekejap "

Taehyung bangkit dan berlari ke arah penjual belon tersebut. Kening aku bertaut. Jangan cakap yang Taehyung...

" For you "

Sangkaan aku benar. Dia membeli belon Doraemon itu untuk aku. Tapi kenapa?

" Kenapa belikan? Tadi bukan kau cakap aku ni bukan budak lagi ke? "

" Apa salahnya kalau bagi budak depan aku ni gembira, kan? " Taehyung lalu menguntumkan sebuah senyuman yang sangat manis. Sedikit cair hati aku.

Dia meraih tangan aku lalu mengikat tali belon Doraemon pada pergelangan tangan aku. Dia memandang belon yang diikat dengan senyuman puas hati. Manakala aku masih bingung.

" Suka? "

Lambat-lambat baru aku mengulum senyuman dan menganggukkan kepala.

" Suka sangat "

Aku dan Taehyung berjalan beriringan di sekitar kawasan taman ini.

" Cepat je kan kau nak sambung belajar dah? "

" Ha ah kan. Rasanya baru semalam je aku mintak kerja "

" Esok weekend dan kita cuti. Kau free? "

" Kenapa? "

" Kita keluar spend time, nak? Lagipun kau dah nak berhenti kerja lagi berapa hari. So aku nak ajak kau keluar sebagai tanda terima kasih sebab dah jadi kawan aku selama dua minggu kau dekat sini "

" Ka..wan? "

" Ya. Aku appreciate sangat kau sebagai kawan aku, Kyungri " Sekali lagi Taehyung tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro