
1
Aku menghela nafas panjang. Rambut aku disikat rapi sambil aku menelek wajah aku di pantulan cermin.
Sikat rambut tadi aku letakkan semula ke atas meja solek. Pemerah bibir dicalitkan pada dua ulas bibir molek aku supaya aku tidak kelihatan pucat untuk temubual kerja nanti.
Ya. Kerja. Aku hendak mencari kerja untuk mengisi cuti Universiti aku yang berpanjangan selama dua minggu itu. Daripada aku duduk rumah tidak berbuat apa apa, lebih baik aku cari kerja. Duit pun masyukkkkk.
Aku lalu mengambil kunci kereta dan turun ke bawah selepas usai bersiap untuk mencari kerja.
***
" Maaf, kami tak terima pekerja baru "
" Kami tak ambil pekerja separuh masa "
" Kalau nak kerja dua minggu saja, kami tak terima. Susah nak kira gaji "
Aku mengeluh berat. Sudah banyak kerja yang aku mencuba nasib, tapi nasib aku memang malang. Tiada satu pun yang ingin menerima aku.
Nak mati jela macam ni.
Semasa aku sedang berjalan di sidewalk yang penuh dengan kedai kedai kecil, mata aku ternampak sebuah kedai yang ditampal dengan kertas berwarna pink pada pintunya.
Aku membuat keputusan untuk membaca isi kertas tersebut.
" Full time / Part time workers needed !
Must be aged 18 and above ! "
Tidak dinafikan aku sedikit teruja melihat kenyataan ini. Aku menarik nafas dan terus menolak pintu untuk masuk ke dalam kedai ini.
" Err hi? " Aku menegur seorang lelaki yang agak berusia yang sedang mencatat sesuatu pada buku notanya.
" Ya? Ada apa yang boleh saya tolong? " Lelaki itu mengangkat keningnya sekali.
" Kedai ni masih perlukan pekerja separuh masa ke? "
" Em, ya. Sangat sangat memerlukan walaupun separuh masa. Kenapa ya? "
" Oh.. saya datang ni untuk cari kerja separuh masa " Kata aku kepadanya.
Serta-merta matanya bertukar sinar. Macam terlebih seronok pun ada jugak.
" Kalau awak serious, awak akan diambil bekerja! Tapi.. " Dia menjedakan ayatnya sebelum menyambung.
" Tapi kerja awak ialah kira stok dan mungkin kena buat penghantaran. Jangan risau, saya tak akan suruh awak buat penghantaran seorang diri. Akan ada peneman awak " Jelasnya dengan lebih terperinci dengan kerja yang ditawarkan kepada aku.
Aku mengetap bibir diam sejenak. Memikirkan sama ada aku patut atau tidak menerima kerja yang kedengaran susah ini.
Tapi kalau aku tolak kerja ni, siapa lagi yang nak terima aku kan?
" Tapi saya cuma nak kerja dua minggu je. Atau mungkin lebih beberapa hari. Boleh ke? "
" Mestilah! Sekarang musim sibuk, jadi kami kekurangan pekerja untuk buat penghantaran "
" Hmmm "
" Okay, saya nak bekerja dekat sini " Aku memberi kata putus.
" No problems! Awak boleh mula bekerja esok dekat sini. Harini kitaorang cuti. Saya boss awak, Kim Joohyuk " Boss Kim menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan dengan aku. Aku menerima huluran jabatan tangannya.
Tak kisah lah kerja apa pun. Aku nak duit je sekarang ni.
" Boss, tertinggal helmet "
Serentak aku dan boss Kim memandang ke arah gerangan suara yang bercakap tadi.
Buat seketika aku terpana dengan wajah kacaknya. Lebih lebih lagi apabila mata kami bertembung melihat satu sama lain.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro