Akhir :30
Daddy Jeon • jjk
30 : Bab Akhir
A/N:
Walaupun plot ni kadang-kadang di luar kawalan, saya tetap terharu dengan sokongan korang dari awal cerita sehingga akhir. Terima kasih saya ucapkan.
"Happy reading. We already step to the final chapter."
Happy #10 in fanfiction. Dah naik ranking.😂
💞💞💞💞💞💞💞💞💞
Aku tetap kekalkan riak wajah yang kosong. Tidak tercalit langsung sebarang senyuman walaupun lelaki itu berusaha untuk menghadiahkan aku godaan demi godaan.
Biar kisah kita hanya tamat dalam mimpi. Aku tidak ingin hidup kau menjadi kucar-kacir disebabkan oleh aku sendiri.
"Mimpi apa yang awak katakan Jeon Jungkook? Saya langsung tidak ingat apa-apa."ujarku bersama nada suara yang menyakinkan.
Sepasang anak mata nakal milik daddy Jeon bertukar sedih. Aku pasti kau terluka. Namun, sikap pentingkan diri ini perlu aku campak jauh.
Takdir perlu diubah. Kisah cinta dan pertemuan kita berdua sudah lama melabuhkan tirai di dalam mimpi tersebut.
"T-takpe. Aku mengarut je. Aku nak mengusik pelanggan aku yang cantik ini. Cik Young Mi, aku tertarik dengan kau. Always."balas Jungkook.
---
Senyuman sedih dipaksa agar terukir kemas di bibir lelaki itu. Jungkook sedar mimpi itu adalah satu dejavu bagi mereka berdua.
Pilihan yang diputuskan oleh Young Mi dia akur dengan hati yang redha. Sampai bila-bila dia akan menunggu jawapan 'ya' daripada gadis polos itu.
"Jom kita naik aras paling atas bangunan rumah sewa kau. Aku nak tatap bintang bertemankan Park Young Mi."
Lengannya memaut mesra bahu Young Mi. Bahu mereka saling bersentuhan. Gelakan halus daripada bibir Young Mi mencetuskan bibit indah di hati Jeon Jungkook.
Nampaknya daddy sudah cair.
---
Surat khabar diletakkan di atas lantai. Kedua-dua manusia itu duduk di atas lantai. Pemandangan sunyi itu bertemankan cahaya bintang yang berkelipan di atas langit.
"Saya suka dengan pemandangan hari ni. Banyak betul bintang bertaburan. Serious lah awak tak bosan jadi teman lelaki saya untuk hari ni?"
Suara Young Mi mengucapkan kata-kata itu memberi kesan kepada lelaki tersebut.
Kemejanya dibiarkan terbuka. Hanya empat butang dari bawah yang masih setia di kedudukan asal. Butang lain sudah dibuka sehingga tubuh Jungkook yang seksi menggamit pandangan liar Young Mi.
"F-fuh, menggoda siot. Kalau dalam mimpi, aku terkam dah."ujar Young Mi separuh berbisik.
Fikirnya Jungkook tidak dengar. Namun, lelaki itu bertindak pantas. Lengannya memeluk tubuh badan Young Mi dari arah belakang.
Jujur dia rindu gelagat Young Mi seperti di dalam mimpinya.
---
"Sebab itulah aku selalu dapat rating triple A. Aku godaan terbesar bagi kau kan, Park Young Mi."
Aku mencebik halus. Riak wajah geram terhias di wajah aku. Lengan Jungkook yang sibuk memeluk aku dari arah belakang dicubit manja.
"Daddy jangan lebih-lebih eh. Saya halau balik nanti."
Aku pandang wajah daddy Jeon untuk kali terakhir. Aku menggenggam kedua-dua tangan yang sudah berpeluh.
Tak cuba belum tahu kesannya kan? Aku berharap keputusan terakhir ini adalah keputusan yang akan mengubah takdir kami berdua.
Mungkin sesuatu akan berubah. Mungkin juga jalan hidupku akan sama seperti mimpi ngeri itu.
---
Jungkook melepaskan pautan lengannya dari pinggang Young Mi. Dia berdehem terlebih dahulu sebelum mengutarakan kata-kata terakhir buat gadis kesayangannya itu.
"Aku ..aku cintakan kau J-jeo-Park Young Mi."
Gadis itu tersenyum lebar. Rancangan yang sudah teratur rapi di fikirannya akan dilaksanakan pada waktu itu juga.
"S-saya cintakan awak juga. Tapi, hanya dalam mimpi. Maafkan saya, daddy."
Young Mi mengambil tindakan berani. Dia menyerang bibir lelaki penggoda itu menerusi sentuhan yang hangat.
Dia biarkan lelaki bernama Jeon Jungkook itu mulai hanyut dalam fantasi sementara yang dicipta olehnya.
Saat tangan Jungkook mula merayap di belakang tubuh badannya, Young Mi segera bertindak.
Jari-jemari runcing milik gadis itu menyentuh permukaan leher Jeon Jungkook. Dalam sekali percubaan, Young Mi mencekik leher lelaki itu.
"Dalam mimpi awak cekik saya. Di alam realiti, saya c-cekik awak pula. D-daddy."
Cengkaman tangannya di leher Jungkook semakin kuat apabila permukaan pipi mulusnya bersentuhan dengan satu objek tajam.
Bibir mereka dijarakkan sebentar. Senyuman sinis Jeon Jungkook mirip seperti di alam mimpi menyebabkan Young Mi panik.
"Kau tak akan dapat lari dari takdir, Jeon Young Mi. Kau sudah dicop sebagai hak milik daddy Jeon..sejak.."bisik Jungkook ke telinga Young Mi.
"Sejak dalam mimpi."tutur Jungkook sebelum dia menghadiahkan gadis malang itu seksaan ciuman daripadanya.
Young Mi? Dia tetap berdegil dengan tindakannya mencekik si daddy Jeon.
Siapa suruh kau berdegil terima si daddy? Hidup kau sudah binasa, Park Young Mi.
Oops, bukan lagi Park. Tetapi, dia, Jeon Young Mi selepas ini.
-Tamat-
A/N:
Maaf saya bergurau aje dengan target 200 komen tu. Saya cukup berterima kasih atas komen-komen korang setakat ni.♥
Saya tamatkan Daddy Jeon pada jumaat petang jam 4.30.
Kelainan untuk bab ending. Dua-dua saling membunuh. Young Mi cekik daddy . Daddy bagi Young Mi sesak nafas melalui kiss.
🌚🌚
30 Bab tamat. [ ✓ ]
Status: Tiada perancangan untuk siri kedua. Cukup setakat ini.🍵
Akan ada draft karya baru saya akan publish. Tunggu ya.
Komen anda? 💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro