drafts
Masih ada a few drafts untuk Cuddle yang saya tak mampu nak fikirkan jalan cerita penuh and tak mampu nak publish as a complete chapter. Rasa sayang pulak kalau saya simpan je so nah bagi korang baca jelah.
Warning; drafts ni semua tak complete tau. Kalau cerita dia tergantung then it's up to you nak fikir apa ending dia hahaha. Enjoy!
1st draft: fangirl
"Awak suka yang mana satu, Amirah?" Tanya Fahri semasa aku tengah tengok live performance K-Pop dalam phone aku.
"Yang baju merah tu."
"...Yang mana? Ada 3 orang baju merah."
"Ish, yang merah putih tu."
"Oh.."
.
.
.
Khusyuk dia tengok dengan aku sebelum dia tanya lagi, "Berapa umur dia?"
"Tak tahu lah. 18 tahun kot."
.
.
.
"Amirah."
"Apa lagi?"
"Saya tak tahu pulak awak ni pedo."
Aku serta merta pause video yang aku tengah tengok. Kemudian aku pandang dia.
"Excuse me?"
"Dia hampir 10 tahun lagi muda dari awak Amirah."
"Eleh, dia dah 18 tahun kan? Dah dewasa!"
"Yeke? Muka nampak macam budak-budak."
"Kalau nak dibandingkan dengan orang tua macam awak memang la dia nampak macam budak-budak."
"Nak kena cubit?"
"Tak nak. Dah, jangan kacau saya tengok dorang!"
"Apa yang handsome-nya dorang tu..." Gumam dia.
"Again, kalau nak dibandingkan dengan awak—"
"Tapi yang rambut biru tu handsome la jugak." Fahri memotong cakap aku.
"Mana? Yang ni? Oh, haah. Tapi semua dalam ni handsome sebenarnya." Aku menunjuk ke arah member berambut biru yang dimaksudkan Fahri.
"Tak pun."
"Awak jealous kan sebenarnya? Jealous sebab dorang ni terlalu berkarisma."
"Mana ada. Saya rasa saya lagi ada rupa dari dorang."
Pft, jarang-jarang Fahri nak puji diri sendiri macam ni. "Ri, awak pergi tengok cermin." Sorry, Fahri, sayang. Dalam mata aku dialah paling handsome. Tapi memang taklah nak bandingkan muka Melayu dia dengan abe K-Pop.
"OK." Lalu dia mengambil phone di tangan aku.
"Hei!"
Dia membuka front camera phone aku dan melihat reflection dia dalam tu, "Saya lagi handsome." Lalu dia mengangkat tangan dan buat gaya peace. Aku masuk dalam kamera dan dia tekan butang capture. Heh, menyempat.
author's note: omg random gila apa yang saya tulis ni hahahaha saya pun tak tahu ke mana sebenarnya jalan cerita dia menuju. by the way, dalam draft ni amirah tengah layan nct dream rollin kot? fuh lama betul benda ni ada dalam draft
kk next draft
❤️
2nd draft: lipas
KTANG!
Bunyi kuali jatuh. Astaghfirullah. Sejurus itu aku bangun dari pembaringan. Aku tengok sebelah aku tiada orang. Jam dikerling — 8 pagi.
Awal pulak laki tu masuk dapur hari ni.
Disebabkan aku ni isteri yang prihatin, aku pun mengheretkan diri aku ke dapur untuk tengok keadaan dia.
"Kenapa bising-bising ni, Fahri?" Aku menggosok mata dengan tangan. Kening aku dikerutkan.
"Takde apa. Pergi tidur balik."
"Takleh tidur dah. Kuat sangat bunyinya."
"Sorry."
Bila aku tengok Fahri ni, posisi dia sekarang macam tengah menghadapi sesuatu yang kritikal.
Aku menghampiri dia dan pandang apa yang dia sedang 'hadapi' tu.
"Amirah, tolong saya." Dia bisik pada aku.
Aku mengangguk. Aku mengambil surat khabar lama dan menggulungkannya.
Rasanya korang dah tahu dah aku nak buat apa lepas ni.
Pap!
Aku cuba pukul binatang tu tapi terlepas. Dia merangkak laju ke arah Fahri.
"Hiik!!!" Fahri mengeluarkan bunyi pelik sambil dia melarikan diri.
Aku mengejar binatang tu. Jangan dia masuk bawah peti sejuk sudah.
Dan,
dia masuk.
Aku memandang Fahri yang sedang dalam ketakutan tu. Dia pandang aku balik.
"Pastu?" Dia tanya aku.
"Pastu?" Aku tanya dia balik.
"Macam mana saya nak masak?"
"Alah, awak rilek jelah. Dia tak kacau awak pun."
Fahri menggeleng-gelengkan kepala. Aku mengeluarkan keluhan berat. Demi suami, aku pun ambik penyapu pastu jolok bawah peti sejuk tu supaya binatang tu keluar.
Bila dia keluar, aku terus tangkap dia guna penyapu. Dia dah terperangkap bawah penyapu aku, jadi aku pun tarik dia sampai ke tempat hukuman.
"Eeeee!!!" Fahri mengeluarkan bunyi lagi padahal dia tukang tengok je.
author's note: hahaha kk sampai situ je. apa kesudahannya pun taktaulah.
❤️
3rd draft: ibu
(note: ini waktu amirah masih pregnant dengan zennirah)
Fahri meninggalkan restoran bersama rakan-rakan sekerjanya yang lain selepas kenyang menjamu makanan tengahari.
Sekarang mereka berjalan ke ofis semula untuk menyambung kerja. Semasa berjalan Fahri berselisih dengan ramai orang tetapi ada seorang individu melepasi pandangan dia yang membuatkan dia terhenti dan menoleh belakang untuk melihat semula individu tadi.
"Ibu?" Fahri memanggil.
Wanita berumur 50-an tu memandang Fahri dan sama-sama mereka tercegat.
"Eh, Fahri rupanya! Ibu ingat siapalah tadi." Wanita itu berkata.
Fahri mendekatkan dirinya lalu mencium tangan orang tua merangkap mak mertua itu.
"Ibu nak jumpa kawan." Ibu berkata tanpa Fahri bertanya.
"Jauhnya."
"Sebab kawan ibu ni datang dari jauh jadi sangguplah ibu berjalan jauh."
"Ibu datang sini naik apa?"
"Teksi."
Fahri membesarkan mata. Teksi? Tak mahal ke? Sudahlah kampung Amirah agak jauh dari bandar. Berapalah tambang teksi yang dia dah bayar?
"Ibu nak jumpa kawan kat mana? Fahri boleh bawakkan."
"Ni ha." Mak mertua menunjuk satu alamat di dalam phone. Oh, dekat je.
Fahri mengangguk kemudian mereka berjalan sehingga tiba di destinasi.
"Milah, tu pun kau!" Tiba-tiba seorang wanita menegur mereka dari jauh apabila mereka muncul di pintu kafe itu. Kawan ibu ni datang dari mana? Siap ajak jumpa di kafe. Macam mak-mak moden.
"Aku sesat tadi. Nasib baik ada anak seorang ni." Ibu merujuk pada Fahri. Fahri tersenyum kepada wanita itu.
"Takpe." Fahri berkata selamba. "Nanti ibu dah habis ibu mesej saya boleh?" Fahri memesan sebelum beredar.
"Boleh boleh."
Fahri menyalam tangan ibu mertua lalu bergegas ke ofis.
👸🏻
nanti awak habis kerja, boleh tak singgah ofis saya sekejap?
Aku membaca mesej dari Riri. Boleh, tapi kenapa? Motor dia rosak ke?
Aku pun akur sahaja tanpa tanya banyak. Kalau aku tanya pun, dia mana rajin nak jawab. Selepas kerja aku menuju ofis dia dengan kereta.
Aku ternampak Fahri sudah tercongok depan entrance ofis. Tapi di sebelah dia ada seorang wanita tua yang aku sangat-sangat kenali.
Aku menghentikan kereta di hadapan mereka, sejurus itu mak aku masuk dan terus aku menjerit, "Eh? Ibu buat mende kat bandar?"
"Jumpa kawan."
"Lah, bakpe dok kabo?"
"Saja, ibu nak berdikari."
"Hoh, bagus sangat lah tu. Kalau sesat guane?"
Fahri tergelak mendengar aku dengan ibu berbual dalam dialek kampung.
"Thank you, Riri. Awak dah habis kerja belum?" Aku bertanya Fahri yang hanya berdiri di luar kereta, melalui tingkap.
Dia mengangguk kemudian menghalau aku guna tangan, "Nanti saya naik motor."
"Baik." Kemudian aku beredar dari situ. Ingatkan motor dia rosak, rupanya nak hantar mak aku. Jap, macam mana dorang boleh jumpa?
"Ibu jumpa Fahri kat mana? Ibu jumpa kawan siapa? Camne ibu datang sini?" Bertubi-tubi soalan aku tanya.
"Banyak tanya mu ni. Penat ibu nak jawab."
"Siapa suruh ibu datang sini tak gitau Mirah?" Aku bergaduh manja dengan mak aku.
"Hmph, mak nak kabo. Kamu jagalah Fahri tu baik-baik."
"Heheh, untung ork ibu ada menantu macam dia?"
Ibu mengangguk, bersetuju dengan statement aku.
"Mirah pandai pilih laki ork?" Aku memuji diri aku.
"Laki macam ayah kamu." Ibu nak jugak credit diri dia.
"Heh, ibu tidur rumah Mirah eh malam ni?"
"Kamu sanggup hantar ibu balik kampung ke?"
"Tak. Jauh. Lagipun dah petang. Esok Mirah hantar ibu balik ye."
👸🏻
"Riri, kalau kita 'buat' waktu saya pregnant, apa jadi?" Aku tanya suami ketika kami sudah bersiap mahu tidur malam.
Fahri yang sedang tidak berbaju tu membesarkan mata seraya mendengar soalan pelik aku tadi.
"Buat apa?" Fahri bertanya. Mamat ni, aku tahu je dia tahu apa yang aku maksudkan. Dia sengaja nak main-main dengan aku.
"Buatlah. Buat anak." Aku menjawab sambil lewa.
Fahri tergelak kuat. Dia menyarungkan baju pada badan namun tawa dia belum hilang.
"Eee, tak kelakar. Ini sex education tau? Kita suami isteri kena sama-sama belajar."
"Awak nak try?" Fahri bertanya lagi.
"Huh? Try apa?"
"Try lah. Mana tahu boleh dapat anak kembar ke?"
Kepala hotak engkau. Eh, jap.
"Betul ke boleh dapat anak kembar kalau kita buat waktu pregnant?"
Dia tergelak lagi kuat. Hamboi, suka kau tengok aku macam orang bodoh.
"Saya tak tahu jugak, Amirah. Satu cara untuk tahu jawapan adalah dengan cuba. Belum cuba belum tahu." Fahri mula menyelesakan diri di atas katil. Dia ni penipu. Aku tahu dia tahu jawapannya tapi dia saja nak usik aku yang bengap ni. Menyesal pulak tak fokus waktu kelas Sains sekolah dulu.
"Awak ni suka tau main-main dengan saya." Aku marah dia.
"Mana ada saya main-main. Awak nak try tak?"
"Tak nak. Awak dah pakai baju."
"No problem." Fahri menanggalkan semula T-shirt yang baru dia pasang tadi.
"Awak jangan nak menggatal malam ni. Mak saya ada kat bilik sebelah je tau?" Aku marah dia lagi.
"Buat senyap-senyap." Fahri mencadang sambil membisik.
Eee, gatal. Aku mengambil bantal kemudian baling ke muka dia.
"Biar saya tanya ibu je. Alang-alang tu saya nak tidur terus dengan ibu." Aku keluar dari bilik, meninggalkan Fahri yang sedang tertawa di dalam tu.
author's note: oh wow nakalnya part hujung tu. um apalah yang ada dalam kepala otak saya waktu tulis ni hshshs
❤️
4th draft: hidden scene in chapter 29
(scene ni saya nak selitkan dalam chapter 29 tapi idea baru datang lepas saya dah publish and it's been on my mind for a long time now so saya nak jugak bagi korang baca)
in case korang malas nak tengok chapter 29 yang mana; chapter amirah dan fahri kerja dalam satu projek sama-sama. and then one night bila amirah tengah kerja kat ofis, fahri ajak amirah ke tangga kecemasan untuk dating. dorang makan jajan sambil stargazing. pastuuuuuuu ha terjadilah scene di bawah
Aku mengangkat kepala aku dari bahu Fahri. Mata aku dibuka lalu terus melihat langit. Wah, memang cantiklah. Banyak gila bintang.
Aku menghirup jus epal yang Fahri borong kat 7E untuk menyegarkan sikit diri aku.
"Fahri, cuba teka bulan lagi separuh tu ada kat mana?" Aku memberi teka teki kepada Fahri.
Lama dia fikir. Pastu dia jawab, "Other side of the world."
"Salah."
"Dah tu?"
"Dia ada kat sebelah saya. Hihihi."
Fahri mengerutkan muka dia. Aku mencebik.
"OK, lupakan jelah apa yang saya cakap tadi." Aku berkata.
Fahri tergelak lalu berkata, "Dahlah Amirah. Awak dah tak betul dah ni. Jom masuk dalam dan tidur."
Aku memuncungkan bibir. Alahai, sedihnya. Sekejapnya date aku dengan dia. Kalau boleh aku nak spend time lagi dengan dia, tapi pada masa yang sama aku nak sangat baring dan tidur sekarang.
Aku menolong Fahri mengemas segala makanan ringan yang kitorang makan tadi.
Baru sahaja kitorang nak bukak pintu kecemasan tu sebelum mendengar tapak kaki menaiki tangga kecemasan tersebut. Lantas aku dengan Fahri berpandangan antara satu sama lain dengan mata yang dijegilkan. Oh, shoot. Ada orang nak datang! Aku dengan Fahri dahlah waktu ni tengah rahsiakan hubungan kami.
Aku tak ada masa nak cari plan larikan diri, dalam kepala otak aku hanya terfikir alasan yang mahu diberikan kepada rakan sekerja yang bakal nampak kitorang berdua.
Tengah berbincang pasal kerja pukul 2 pagi? Sangat mencurigakan!
Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik Fahri. Dia tarik aku ke satu penjuru di mana ada sebuah kotak besar yang kosong mungkin tinggalan pekerja binaan.
"Masuk, Mirah." Fahri membisik.
"What? Tak nak! Kotor!" Aku membantah dalam bisikan.
Fahri menggeleng-gelengkan kepala, "Takde pilihan—" Belum sempat dia habiskan ayat, pintu kecemasan sudah dikuak.
Dipengaruhi panik aku pun terus masuk ke dalam kotak itu tanpa fikir banyak. Serentak itu jugak Fahri masuk sekali dengan aku ke dalam kotak yang hanya muat seorang manusia itu.
Aku nak tanya kenapa dia masuk jugak sedangkan dia boleh bergaul dengan dua orang lelaki yang baru keluar dari pintu kecemasan tu. Tapi suara aku bakal didengari dorang.
Aku menyeluk poket seluar Fahri untuk mengambil phone dia. Fahri hanya pandang kosong tanpa bertanya banyak. Phone dia aku silent kemudian menyerahkan semula kepada Fahri. Selepas itu aku mengambil phone aku pulak, buat perkara yang sama lalu aku Whatsapp dia.
kenapa awak masuk sekali????
Fahri membaca mesej itu kemudian menaip,
daripada saya lepak dengan dorang lebih baik saya berhimpit dengan awak
Kyaaa suka aku baca ayat tu. Aku tersipu, mencuit pinggang Fahri. Fahri mengambil tangan aku, mengemaskan dalam tangan dia. Wajah aku yang sedang melihat tangan kami didongakkan Fahri, menemukan mata kami. Fahri meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.
Aku hampir mahu ketawa. Apalah, siapa boleh sangka aku dengan dia akan berada dalam situasi sebegini walaupun kami dah kahwin?
Bau rokok yang datang dari dua manusia berdekatan kami hampir buat aku terbatuk. Fahri sedar tentang ketidakselesaan aku lalu dia membenamkan muka aku pada dada dia. Ah, bau Fahri. Wangi~ Aku bersyukur sangat dia tak merokok.
Dalam kesempitan semestinya ada kesempatan. Aku memeluk pinggang Fahri, cuddle dalam kotak. Sangat random. Posisi kami yang sedang mencangkung itu semestinya tidak selesa, tapi seronok jugak berada dalam situasi ini dengan orang yang kau suka. Exciting gituh. Macam bercinta waktu zaman kolej.
Selepas lamanya cigarette break dua manusia tadi, akhirnya mereka kembali masuk ke dalam bangunan ofis. Aku dan Fahri tunggu lama sekejap sebelum kami keluar dari kotak tersebut, didahului Fahri yang menolong aku keluar.
"Fuh, oh my God! Rasa macam tak boleh bernafas dalam tu!" Aku merungut.
Fahri hanya tergelak kecil. Tangan dia hulurkan pada aku, aku ambil lalu kami meninggalkan tangga kecemasan tu.
"Fahri, jantung awak berdebar tak? Jantung saya berdebar gila rasa macam nak meletup!" Aku mula bercerita.
Fahri terdiam sekejap, "Tak berdebar pun."
"Eleh, tipu."
"Betullah."
Aku menjeling dia sekilas. Ye ye je tak berdebar? Disebabkan aku geram dengan dia aku tolak dia sampai dia tersandar pada dinding.
"Apa ni, Mirah?" Dia terkejut.
Aku menahan dia dengan meletakkan telinga aku pada dada dia di bahagian jantung. Nak bukti yang dia pun turut berdebar dengan aku. Kemudian aku bandingkan dengan degupan jantung aku.
"Fahri, heartbeat awak lagi laju dari saya."
"Itu sebab saya terkejut."
"Ah, tak ada. Tipu! Tadi awak berdebar, kan?" Sambil tanya tu tangan aku setia melekat kat dada dia. Aku dapat rasakan degupan jantung dia makin laju.
"Erh, Mirah..." Fahri nak merayu suruh aku stop la tu. Tapi alang-alang tu aku nak usik dia lagi.
"Awak tak percaya, Fahri? Nah, cuba bandingkan diri sendiri." Tangan dia aku ambil lalu diletakkan pada dada aku pulak.
Cepat je dia tepis tangan sendiri, "Apa ni, Mir... Kita kat public la." Dia merengek dalam gumaman dia.
"Kalau kita bukan kat public awak nak buat apa?" Aku tersenyum sinis.
Fahri menjeling aku. Tak sangka dia akan diperangkap oleh aku pada dinding macam ni.
"Heheh, fikir apa tu? Nak keluar pintu kecemasan semula tak?"
Fahri mendengus. Dia memegang kedua-dua bahu aku lalu menolak aku lembut. "Sudahlah. Dilarang berkelakuan sumbang."
"Sumbang? Kita dah kahwin—"
"No romance."
Aku memuncungkan bibir. Laki ni, kuat jugak melawan nafsu.
Tapi jangan fikir bukan-bukan. Semua tadi aku saja je nak usik dia. Kalau dia termakan godaan aku itu kira aku beruntung—
Fahri berjalan meninggalkan aku. Cis, aku menurut langkah dia.
Sesampainya kami di ofis, kami tercegat di hadapan pintu ofis selama beberapa saat.
Aku pandang dia, dia pandang aku.
"Em, bye." Dia melambaikan tangan dengan awkward.
"Awak terlupa sesuatu."
Fahri tergelak lalu dia mencium dahi aku, "Saya tak lupalah."
Aku tersenyum. "Bye, Rir. Goodnight."
"Goodnight, Mir."
Dan kami berpisah.
❤️
5th draft: childhood
(waktu ni amirah dan fahri masih hidup berdua)
Aku dan Fahri sedang duduk di atas sofa, membelek album waktu zaman kitorang kecik. Sambil belek aku merehatkan kepala di bahu Fahri.
"Siapa sangka kita berdua sekolah sama dulu, Ri? Last-last kahwin, hahaha!" Aku mula throwback.
Fahri tersenyum, "Tak pernah saya terfikir nak kahwin."
"Lagi-lagi dengan saya ork?"
"Ye ah tu."
"Best ke bedah katak?" Aku ternampak gambar Fahri sekelas memakai kot makmal. Budak aliran sains memang akan bedah katak sekali dua tahun. Apa tah motifnya. Aku sebagai budak ekonomi tak boleh nak relate.
"Biasa je. Katak tu besar gila."
"Eee, mesti comel!"
Lantas itu Fahri menjauhkan badan dari aku, memandang aku pelik, "Hah? Awak OK ke tak ni, Amirah?"
"Hah?"
"Comel?"
"Katak comel apa."
Fahri masih tengah judge aku. Aku judge dia balik, "Eleh, apa bezanya dengan singa laut? Gemuk dan slimy jugak." For context, singa laut tu haiwan favorite Fahri.
"Jauh betul awak nak bezakan katak dan singa laut. Dua dunia berbeza."
Um, apa benda lahai nak gaduh pasal katak dengan singa laut.
"Apa-apa jelah. Saya teringat lepas sekolah rendah dulu saya dengan kawan selalu tangkap berudu dalam parit depan sekolah." Aku menukar topik.
"Hah? Pastu awak buat apa dengan berudu tu?"
"Kitorang lawan siapa tangkap paling banyak. Pastu saya nak bela tapi dorang selalu mati awal."
"Peliknya awak ni..."
"Heheh! Awak, Fahri? Tak ada childhood memories ke?"
"Mmm, saya banyak duduk rumah main game je. Kadang-kadang je saya main bola petang-petang kalau Irsyad ajak."
"Tak pernah tangkap berudu?"
"Buang tabiat je."
"Pft, bosan. Pernah korek tanah cari cacing?"
"Amirah, kenapa liar sangat childhood awak ni?" Fahri mula ghisau.
"Hei, liar apanya? Itu namanya innocent."
"Wild and innocent."
Aku menjeling dia, "Sejak saya jumpa awak Fahri, saya tukar jadi feminine sikit."
"Yeke? Dah tu pakwe awak sebelum-sebelum tu tak buatkan awak feminine ke?"
"Awak cakap macam saya ni banyak sangat pakwe. Hello, pakwe saya tu saya tak minat pun tau. Saya langsung takde rasa nak ubah diri lepas dia ajak couple tu."
"Elok sangatlah tu couple kecik-kecik."
"Dah, Fahri. Jangan jealous, baby. In the end awak jelah cinta sejati saya, ewah." Aku mencubit pipi dia.
"Mmm." Mesti dia tengah tahan malu sebab kantoi jeles dengan ex aku. Tolonglah, nama ex aku pun aku tak ingat. Muka? Samar-samar dalam minda aku. "Lagi? Apa lagi awak buat waktu kecik?" Tanya Fahri lagi.
Aku cuba ingat. Kemudian kami saling bertukar cerita tentang childhood masing-masing. Sambil itu badan aku setia sandar pada dia, bagaikan badan dia dicipta khas untuk sebati dengan badan aku.
❤️
ok, that's it for the incomplete drafts. thank you for reading!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro