89 - time skip
"Mommy, tengok Zenni lukis styoberri." Zennirah yang baru balik dari tadika itu dengan bangganya menunjukkan kertas A4 dihiasi sebiji buah strawberi berwarna merah terpampang besar.
Amirah ternganga, "Omo! Comel betul!!! Kalau Zenni tunjuk ni kat daddy confirm daddy akan show off kat semua kawan ofis dia!"
"Daddy berlagak?"
"Yes, daddy berlagak!"
"Tapi bukan ke berlagak tu berdosa?"
Amirah termati kata sekejap, tapi mulut dia yang kuat berceloteh itu pantas sahaja dapat idea untuk cakap apa, "Kalau berlagak pasal strawberry tak berdosa."
"Yeke?"
"Yes! Sekarang pergi tunjuk kat daddy."
Zennirah pun dengan excited mencari empunya badan si ayah di sekeliling rumah. Tapi tak jumpa. Dia kembali semula ke pangkuan ibu, "Mommy." Panggilnya perlahan dari jauh.
Tapi Amirah tak dengar. Kenapa? Sebab Amirah sekarang ni syok tengah layan anak kedua dia si Faiq.
"Faiq suka kereta ke?"
Kanak-kanak lelaki yang baru berumur 4 tahun itu mengangguk faham, tapi dia enggan bercakap. Kecik-kecik lagi dah amik ciri-ciri ayah.
"Ya Allah, cantik betul Faiq lukis ni! Eh? Anak mommy ni Picasso ke? Ke Leonardo da Vinci? Omo." Amirah bersikap overdramatic.
Faiq hanya tersenyum lebar menunjukkan barisan gigi yang masih kecil. Dia kemudian menjengket sedikit, mendekatkan mulutnya ke telinga Amirah. Amirah ternganga kemudian menjerit, "Awwwwwwwwww, you're so sweet, sayang! Mana belajar mengayat ni?" Digomolnya pipi si anak kecil. Faiq tergelak.
Zennirah dari jauh hanya memerhatikan. Banyak beza sebenarnya cara si ibu react kepada lukisannya berbanding lukisan adiknya itu.
Jealousy.
Satu perasaan yang boleh dirasai manusia seawal umur setahun. Tak peliklah Zennirah yang sudah berumur 6 tahun ini berasa sedemikian melihat layanan ibunya terhadap adik lelakinya.
Tak boleh jadi ni. Dia nak attention jugak!
"Mommy~ Zenni nak susu coklat~" Zennirah merengek kepada Amirah.
"OK, sayang, sabar sekejap. Dah jumpa daddy?" Amirah bersiap sedia mahu berdiri.
"Belum... Daddy mana?"
"Oh, daddy dalam toilet—" Belum sempat Amirah menghabiskan ayat, entah bagaimana Faiq yang tadi berdiri di sebelahnya boleh terjelepok lalu kepalanya terhentak meja kopi.
Akibatnya, meraunglah budak tu. Amirah panik, "Ya Allah! Ya Allah ya Allah ya Allah! Faiq, baby!" Cepat-cepat dia mendakap anak kecil sambil mengusap bahagian kepalanya yang terhentak. "Shh shh shh, kesiannya. Takpe takpe nanti sakit tu hilang." Amirah cuba meredakan tangisan Faiq yang kuat itu.
Zennirah yang sedang di ambang kecemburuan itu makin membuak melihat situasi itu. Langsung tiada empati diberikan kepada adik sendiri. Baju ibu digenggamnya, "Mommy, nak susu."
"Sabar, Zenni! Tak nampak ke adik tengah sakit ni?" Amirah meninggikan suara sedikit kepada anak kecil yang tak boleh read the room tu.
Zennirah tersentak. Dia memuncungkan bibir, "Mommy memang lagi sayang kat Faiq dari Zenni, kan?"
"Hah?" Berkerut Amirah mendengar kata-kata anak sulungnya itu.
"Mommy tak sayang pun kat Zenni. Kalau camtu, Zenni pun tak sayang kat mommy! Zenni tak suka mommy!" Zennirah menoleh belakang untuk naik bilik tetapi dihentikan oleh figura ayahnya.
"Zenni-chan? Nak pergi mana? Kenapa adik menangis?" Fahri bertanya bertubi-tubi.
Hmph, semua benda kena selit pasal adik jugak. "Takde siapa sayang kat Zenni!" Zennirah berkata lalu dia lari masuk ke dalam bilik. Ceh, overdramatic ni mesti dapat dari mak.
Fahri clueless betul. Dia mahu mengejar anak perempuan yang sudah reti menunjukkan emosi itu, pada masa yang sama dia mahu menenangkan anak lelakinya yang sedang menangis.
Tak tahu nak buat apa, akhirnya dia tercegat memandang isteri. Meminta tolong untuk membuat keputusan.
Amirah mengeluh, "Biar saya cakap dengan Zenni—" Faiq dalam pangkuannya membantah dengan menggeleng laju, tak mahu dilepaskan dari ibu.
Fahri serta merta tahu nak buat apa, "Saya cakap dengan Zenni." Amirah hanya mengangguk. Kemudian Fahri pun mengatur langkah ke dalam bilik di mana Zennirah berada.
Perlahan pintu dikuak. Dia ternampak anak perempuannya sedang baring di atas katil berselubung dalam selimut.
Bila fikir balik, kenapa Fahri pilih nak bercakap dengan Zenni sedangkan dia paling tak reti bab slow talk macam ni? Tapi sebagai ayah yang sekarang dah beranak dua nak masuk tiga, dia kena cuba.
"Zenni-chan?"
Zennirah tak menjawab, action lebih.
Fahri perlahan melabuhkan punggung di atas katil. Dia teringat kata-kata Zennirah yang dilemparkan tadi.
"Takde siapa sayang kat Zenni!"
Apalah. Zennirah ni perempuan ketiga dalam hidup Fahri yang dia cintakan separuh mati. Kalau dia bagitahu camtu kat Zennirah mesti takkan difaham. Macam mana nak cakap dengan budak-budak eh?
Apa sebenarnya yang buatkan Zennirah cakap macam tu?
"Um, Zenni... Buat apa kat tadika hari ni?" Fahri dengan berhati-hati memulakan perbualan.
Tak ada jawapan. Fahri hampa. Susah betul nak cakap dengan perempuan.
"Zenni nak daddy stay sini tak? Ke Zenni nak duduk sorang-sorang?" Kalau Amirah dengar ni mahunya kena hempuk. Ada ke orang biarkan kanak-kanak melayan perasaan seorang diri?
"Daddy pun lagi sayang Faiq dari Zenni ke?" Akhirnya bersuara juga anak kecil ni. Dia keluar dari selimut lalu duduk di sisi ayah, menandakan dia tak mahu ditinggalkan seorang.
Pun? Ni mesti kes Amirah pilih kasih ni.
"Daddy sayang semua orang sama rata. Mommy, Zenni-chan, Faiq. Semua sama."
"Kalau daddy kena pilih satu yang daddy paling sayang sangat-sangat?"
Fahri menelan air liur. Susahnya soalan ni. Sebenarnya, senang cerita dia pilih je Zennirah sebab semestinya itu yang ingin didengari sekarang.
Tetapi, Fahri mahu jujur. Fahri tak mahu bagitahu yang dia lebih sayangkan Zennirah dari Faiq hakikatnya dia sayangkan kedua-duanya sama rata. Dua-dua anak dia. Dia tak mahu jawab bias sebab nanti dia tahu Zennirah akan lebih berharap tinggi pada jawapan dia dan mula mempertikaikan kejujuran Fahri bila Fahri lebihkan Faiq tanpa sengaja. Dia tak mahu anaknya menghadapi inferiority issue pada umur setahun jagung ni. Biarlah dia je yang hadap mende tu waktu kecik dulu.
"Daddy, jawablah."
Fahri kembali ke dunia nyata. Lama pulak dia mengelamun tadi. Tekaknya dilegakan, "Ehem. Zenni, kalaulah daddy kena pilih satu yang daddy paling sayang, itu kena ikut category."
"Ha? Kereta apa?"
"Category la, sayang. Contohnya, isteri yang paling daddy sayang mestilah mommy. Anak lelaki daddy paling sayang mestilah Faiq. Dan, anak perempuan yang daddy paling sayang semestinya, tak lain tak bukan, Fitri Zennirah binti Aidan Fahri." Fahri puas hati dengan jawapan selamat dia itu.
Zennirah mengangguk faham, "Tapi mommy... Mommy pun macam tu jugak ke?" Nampaknya Zennirah termakan dengan jawapan selamat tu.
Fahri mengangguk, "Mommy sayang semua orang sama rata."
"Tapi kenapa mommy nampak macam lagi suka dekat Faiq?"
"Kenapa Zenni fikir macam tu?" Fahri tertanya-tanya hinggakan dia membalas soalan Zennirah dengan soalan lain.
"Zenni tunjuk lukisan kat mommy dia buat biasa je. Tapi bila Faiq tunjuk, mommy nampak happy sangat-sangat. Pastu Zenni mintak susu kat mommy tapi mommy lagi pentingkan Faiq sebab Faiq jatuh."
Fahri tersentak sekejap. Terlalu banyak maklumat dalam celoteh Zennirah tadi, "Lukisan? Nak tengok lukisan Zenni."
Zennirah pun tanpa semangat menunjukkan lukisan strawberry dia kepada ayah.
Fahri terlopong, "Strawberry!"
Zennirah mengangguk, "Styoberri. Cantik, tak?"
"Cantik sangat-sangat, Zenni-chan. Macam level Picasso. Lukisan ni patut lekat kat dinding ruang tamu biar semua orang tengok."
Picasso? Zennirah teringat ibunya tadi pun ada sebut benda yang sama. Picasso ni kawan ibu ayah dia kot.
"Mommy cakap daddy nak tunjuk kat kawan daddy kat ofis." Tambah Zennirah.
"Zenni nak bagi lukisan ni kat daddy ke?"
Zennirah mengangguk. Fahri rasa bagaikan dia sedang menerima anugerah terbesar dalam hidup dia. Confirm dia akan frame lukisan itu buat hiasan meja ofisnya.
"Terima kasih, sayang. Pastu? Zenni nak susu ke?"
Zennirah menggeleng, "Tak nak pun. Zenni dah besar, tak boleh minum susu dah."
"Dahtu kenapa Zenni mintak?"
"Zenni nak mommy. Tapi Faiq asyik-asyik curi mommy dari Zenni."
Boh, sekarang Fahri pulak rasa jealous dengan isteri sendiri. Sampai begitu sekali jadi rebutan anak-anak? Hmph. Kalau diikutkan Fahri nak merajuk sekarang dengan anak-anak dia. Tapi dia kena matang dan kena ingat, sekarang ni dia bukan main character. Dia kena bagi jawapan seorang ayah yang berwibawa.
"Um, Zenni-chan."
"Ya?"
"Sini jom peluk."
Zennirah dengan akur cuddle ke dalam dakapan ayahnya.
"Zenni, mommy memang jahat sebab buat Zenni macam ni."
"Huh! Daddy! Tak elok cakap camtu!" Terkejut Zennirah mendengar kata-kata ayahnya.
Fahri tergelak, "Sayang betul Zenni kat mommy."
"Mestilah."
"Dah tu kenapa tadi Zenni cakap kat mommy yang Zenni tak sayang dia?"
Zennirah memuncungkan bibir, "Sebab Zenni marah dengan mommy."
"Maknanya betullah mommy jahat?"
Zennirah menggeleng, "Mommy baik... sebab dia tengah pujuk Faiq."
Lah, reti pulak reflect mistake sendiri?
"Tapi tadi mommy marah Zenni. Zenni sedih."
Fahri rasa dia ada dengar tadi Amirah naikkan suara sedikit. "Nanti daddy marah dia balik."
"Janganlah."
"Kalau macam tu daddy suruh mommy minta maaf kat Zenni."
Zennirah terdiam.
"Dan Zenni pun kena minta maaf kat mommy pastu bagitau mommy yang Zenni sayang dia."
Zennirah mengangguk.
"Pastuuuuuu, hmm. Macam ni, Zenni kena tahu mommy sayang semua orang sama rata. Cuma tadi, Zennirah kena faham adik tengah sakit, mestilah mommy akan layan adik. Cuba bayangkan kalau mommy minta Zenni lukis strawberi tapi pada masa yang sama daddy tengah sakit daddy nak Zenni urutkan kepala. Zenni buat yang mana dulu?"
"Urutkan kepala daddy?"
"Itu maksudnya Zenni sayangkan daddy lebih dari mommy ke?"
"Tak, Zenni sayang semua sama rata. Sama macam daddy and mommy."
Fahri agak kecewa dengan jawapan itu walaupun itu jawapan yang tepat, "Sekarang Zenni faham, kan? Mommy bukannya lebihkan Faiq. Mommy cuma tahu priority."
"Prayoteri?"
"Iya, prayoteri. Tak apa nanti Zenni dah besar macam mommy daddy Zenni akan tahu apa maksud dia."
Zenni mengangguk.
"Sekarang, nak jumpa mommy tak?"
"Nak."
"OK, jom." Baru sahaja Fahri mahu meleraikan cuddle mereka sebelum Zennirah bertindak mencium pipi Fahri.
"Terima kasih daddy!" Kemudian Zennirah melompat ke atas lantai. Dia menghulurkan tangannya untuk dipimpin Fahri.
Fahri terkedu dengan surprise kiss tadi. Sungguh, anak sulungnya ini walau dikata orang sangat menyerupai diri dia, tapi perangainya sungguh mencerminkan si ibu. Petah bercakap, drama queen, romantic, suka bagi surprise gini. Cuma Zennirah lebih softspoken dari Amirah kot.
Fahri dan Zennirah turun ke ruang tamu sambil berpegangan tangan, menemui Amirah dan Faiq yang sudah terlena di atas sofa.
"Hai, sayang-sayangs. How are you?" Amirah mendepakan tangan, mahu Zennirah menyambut pelukannya. Zennirah pun meruntuhkan segala ego lalu memeluk ibunya.
"Zenni minta maaf, mommy. Zenni sayang kat mommy sangat-sangat."
"Huwaaaaaaa mommy pun sorry, sayang. Mommy loves you moreee~!" Amirah mengetatkan pelukan.
Fahri hanya melihat saja, lowkey menunggu giliran dia. Mereka semua kemudian duduk di atas sofa bersama-sama, bercakap tentang apa yang terjadi tadi sebenarnya.
Tak lama kemudian Zennirah turut ikut tidur bersama si adik. Tinggallah pasangan favorite cerita ini, terjaga melihat anak-anak yang sudah lena.
"Zenni ada bagi awak lukisan dia ke? Takde? Lemah." Fahri mula show off lukisan yang dihadiahi Zennirah.
Amirah membalikkan mata, "Tak ada. But I got Faiq's." Amirah menjelirkan lidah.
Fahri mengecilkan mata, "Seronok ke jadi rebutan anak-anak?"
"Of course. Awak ada? Takde? Lemah." Amirah membalas.
Fahri rasa tercabar. Dia kemudian berdiri mahu meninggalkan Amirah.
"Hei, nak pergi mana?"
"Merajuk ah. Takde siapa sayang saya." Fahri mengajuk gaya Zennirah tadi.
Amirah ketawa riang. Dia mengejar Fahri kemudian backhug, "Kalau awak kena rebut dengan anak-anak kita Fahri, saya nak jadi pengadil."
"Awak jadi pengadil awak nak cakap apa?"
"Saya nak cakap, 'Daddy bukan untuk direbut. Sebab apa? Sebab dia mommy punya sorang, takde siapa boleh amik'."
Fahri tersengih. Suka mendengar usikan cringe itu yang kian jarang didengari sejak ada anak.
"Riri, pandanglah belakang. Saya nak bagi welcome home kiss."
Fahri pun akur sambil bercerita, "Tadi Zenni bagi saya surprise kiss kat pipi kanan. Jadi awak tak boleh cium kat sini." Fahri menekup pipi kanannya.
"Heh? Fikir saya nak jealous ke? Dia cium pipi kiri, pipi kanan dengan dahi saya setiapkali sebelum ke tadika tau?"
Fahri membalikkan mata, dia tak nak kalah, "Tapi itu kiss sebab awak suruh. Saya ni dia kiss sebab dia nak."
Amirah malas dah nak gaduh. Hambikla. Tapi satu fikiran nakal muncul, "Kalau saya tak boleh cium pipi kanan awak, maknanya tempat lain boleh la?"
Fahri mula tak senang. Dia paham sangat nada nakal isterinya itu, "Welcome home punya kiss kat dahi jelah."
"Ohoho, tapi apa yang saya nak bagi sekarang ni bukan setakat welcome home kiss."
Fahri dah give up awal-awal. Dia dah ready lepas Amirah cium dahi dia sekali kemudian berhenti.
Eh?
Fahri tercegat.
Amirah tergelak, "Awak macam tak nak je, Riri. Jadi kali ni saya menurut kemahuan awak."
Siapa cakap dia tak nak? Fahri masih tercegat dengan kelakuan Amirah yang mengusik perasaan itu. Dia sudah kemurungan sambil pandang ke bawah.
"Ha, Fahri, lagi satu!" Tadinya berjalan pergi, Amirah kembali mendekati Fahri ingin bagitahu sesuatu.
Baru saja Fahri mengangkat muka, Amirah dah bagi surprise kiss dia di bibir. Nama pun surprise, mestilah Fahri terkejut.
"Welcome home! Good job at work today!Hehe!" Ucap Amirah kemudian dicium lagi bibir Fahri sekilas.
Macam biasa, Fahri tewas. Sentiasa tewas dengan isteri dia ni. Tapi dia tak merungut.
Dia lagi suka adalah.
💘
hai sayang-sayangs
sorry lama menghilang. sem ni saya teramat busy tak terkata, and sekarang ni saya tengah finals tapi ramai mengadu rindu dengan cuddle :') saya pun rindu juga dengan readers saya so sementara menunggu next paper (which is in a few days) saya tulis la satu bab.
terkejut tak dengan time skip ni? hahaha saya memang dah draft awal-awal dalam kepala otak pasal plot chapter ni dan chapter seterusnya. so stay tune!
and always, thank you for reading! i love you!
p/s kalau tak keberatan doakan saya dapat deans list uhuuuuuuu
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro