
88 - exchange diary
"Assalamualaikum."
Amirah mengangguk, "Waalaikummusalam." Balasnya.
Setelah Fahri menutup pintu kereta dan mencium dahi isteri, mereka berdua terduduk diam dalam kereta itu, hanya bertemankan bunyi signal.
"Tunggu apa? Jalanlah." Fahri menggumam.
Amirah mengeluh, "Fahri, awak tak ada cerita ke?"
"Cerita?"
"Yalah, cerita. Cerita apa-apa je pasal hari awak. Awak makan apa hari ni? Buat kerja apa hari ni?" Terang Amirah.
Fahri terdiam. Cerita? Kalau dia buka mulut confirm semuanya kedengaran bosan, Fahri tak faham kenapa Amirah nak tahu semua tu.
Mungkin baru-baru ni sejak Amirah berhenti kerja, hidupnya rasa kosong tanpa suasana manusia bersosial. Jadi dia bosan, dia harapkan cerita suami dia dapat hilangkan bosan sedikit.
"Awak masak apa hari ni?" Enggan membuka cerita sendiri, Fahri tanya isteri dia pulak.
"Ah, takde takde! Saya minta awak cerita dulu jadi awak kena cerita."
"OK, start driving dulu."
Amirah mengecilkan matanya kepada suami lalu dia akur. Perlahan-lahan dia mula gerakkan kereta.
"Saya ada teka-teki." Tiba-tiba sahaja idea lintas di minda Fahri.
Riak wajah Amirah naik, "Apa dia?"
"Bila merah jalan, bila hijau berhenti. Apa dia?"
"Ha?"
Fahri diam, malas nak ulang.
"Senangnya soalan awak, Riri!"
"Apa jawapan dia?"
"Traffic light."
"Ha?" Fahri hairan dengan keyakinan Amirah.
"Merah jalan, hijau berhenti. Traffic light la? Teka-teki apa awak bagi ni, Fahri?"
"Jawapan apa awak bagi ni, Mirah?"
"What? Salah ke?"
"Soalan saya merah jalan, hijau berhenti. Traffic light merah berhenti, hijau jalan."
Amirah terdiam. Lama dia diam, memproses kata-kata Fahri tadi. "Oh." Dia terus memandu, "Haahlah."
"Awak penat ke awak bodoh?"
"Awak tu ha buat teka-teki petang macam ni. Sekejap, saya tahu! Jawapannya lelaki!"
"Hah?"
"Bila nampak red flag kat lelaki, kita teruskan usaha. Tapi bila banyak green flag rasa macam dia baik sangat. Itulah perempuan." Amirah berceloteh.
Fahri ternganga. Apakah? Dia langsung tak faham isteri dia merepek apa sebenarnya. "Awak penat sangat ke, Mir... Sorry. Esok saya drive sendiri pergi kerja." Gumam Fahri dengan sebersalah.
"Eh, ke situ pulak. Mana adalah, saya suka amik awak balik kerja."
"Yakah?"
"Ya~ Apa jawapan dia?"
"Tembikai."
"Tembikai?"
"Hm." Fahri mengangguk.
Amirah termenung seketika, "Faham."
Kemudian mereka berdua senyap semula.
"Itu je?" Bunyi Amirah
"Mmm, penat."
"Alaa, cerita la lagi. Sukalah dengar ceritanya." Rengek Amirah manja.
Fahri tersenyum nipis, geli hati dengan kemanjaan tu. Kalau nak diikutkan dia lagi suka mendengar cerita Amirah dari bercerita.
"Ha, saya ada idea bernas!"
Fahri mengerutkan kening, "Mende pulak awak ni?"
"Hehehe~" Amirah tersenyum sinis.
🍉
Dear my beloved Aidan Fahri yang handsome lagi cute,
Setiap hari bangun tidur bila tengok muka awak sebelah saya rasa saya perempuan paling beruntung dalam dunia ni sebab dapat awak sebagai husband.
Memanglah saya paling beria dalam relationship ni tapi bila awak balas perasaan saya saya rasa miraculous gila. Dreams come true!
I love you to the moon pastu pergi matahari and then bersiar-siar kat angkasa yang infinite sebab begitulah cinta saya kepada awak.
Kadang-kadang kesian kat awak sebab dapat isteri macam saya tapi takpelah, bertahanlah sampai ke hujung hayat ya!
Selamat bekerja~ Me, Zennirah and Mirmir Jr. is waiting for you everyday~
Tersengih Fahri baca petikan dalam notebook yang dia pegang tu. Apo, tulis diary entry macam tulis surat cinta.
"Saya ada idea bernas." Kata-kata Amirah semalam bermain semula dalam fikiran.
"Mende?"
"Hehehe~ Kita exchange diary, nak?"
"Apa tu?"
"Saya tahu awak tak suka bercakap, Ri, dan saya tahu jugak yang awak tak ada masalah menulis apa dalam isi hati awak. So, kita amik satu notebook and setiap hari salah sorang kena tulis diary entry and pass ke yang lain. Cycle ni berulang sampailah habis buku tu. Diary entry tu boleh pasal apa-apa je!"
Apa-apa je. Tulis apa-apa je yang ada dalam hati. Dengan itu Fahri dapat ilham untuk tulis apa. Balik kerja nanti dia nak bagi Amirah baca.
🍉
Awak nak mati dah ke, Mirah?
Lama Amirah membaca ayat pendek itu. Berulang-ulang dalam fikiran.
"Janganlah baca depan saya." Fahri berkata malu.
Amirah menjeling Fahri, "Apa ni? Ini exchange diary, bukan surat balas setiap hari."
"Awak tulis dalam format surat tu, apa dia?"
"Hmm, tapi awak kenalah tulis panjang macam saya."
"Awak kata boleh tulis apa-apa je dalam hati jadi saya tulislah tu sebab itu je yang ada dalam hati saya." Mula dah Fahri berleter panjang bab-bab bergaduh dengan isteri dia.
"Isi hati awak ada ni je?"
"Ya."
"Oh my God, Zennirah awak letak mana?" Mulalah permainan Amirah mengusik Fahri.
Fahri membalikkan mata, "Dahlah, Mir. Saya penatlah."
Amirah tergelak, cepat-cepat dia memeluk tubuh suami, "Sorry sorry, saya gurau je, shayang."
"Mmm." Fahri buat-buat merajuk. Sebenarnya suka dibuat begitu.
"Awak terasa ke?"
"Tak pun."
"OK OK lepas ni saya tak pertikaikan dah awak nak tulis apa-apa pun. Nanti saya tulis entry saya pulak pastu bagi ke awak."
Fahri mengangguk. Kemudian matanya tertancap pada perut Amirah yang sangat sarat dengan kandungan.
I love you. Fahri berkata dalam hati.
To the moon,
ke matahari,
lonjak dari planet ke planet,
menari dengan bintang-bintang,
kalau jumpa blackhole, saya sanggup masuk dengan awak,
ke penghujung of the unknown,
kalau dengan awak, Amirah,
kalau ada awak,
saya sanggup buat apa-apa je.
Fahri tersenyum sambil mengetap gigi. Cringe bebenor dengan sajak yang dia buat on the spot untuk lawan Amirah punya perumpamaan tentang cinta mereka.
"Oh my God, kenapa awak senyum sorang-sorang?" Amirah mula mempersoalkan.
Fahri menggeleng, "Awak pakai makeup ke? Asal cantik sangat? Awak melawa untuk siapa ni?"
"Pft, OMG, Fahri! This is natural beauty, OK? Haih susahlah jadi lawa. Kena tuduh melawa untuk orang lain."
Fahri ketawa, "Untung anak-anak kita dapat mak lawa cam retis."
"Untung anak-anak kita dapat bapak hot camni." Amirah mula dengan miang dia, mengusap dada Fahri.
"Erh, peliklah awak ni."
"Untung lagi saya hehehe." Amirah menanggalkan tali leher Fahri kemudian butang baju kerja Fahri dia buka satu per satu.
"Awak nak buat apa ni?" Fahri mula berdebar.
"Nak basuh baju. Jangan pikir lain. Strip sekarang."
Fahri ketawa lagi. Lupa sekarang ni Amirah dah jadi housewife, hampir 24/7 pikir pasal house chores je.
Sejak jadi housewife memang Amirah kadangkala mengadu bosan, tapi hampir setiap masa dia nampak gembira dapat luangkan masa dengan Zennirah dan fokus untuk diri dia. Zennirah pun gembira dapat luangkan masa dengan mak sendiri.
Fahri tak menyesal minta Amirah berhenti kerja, dan dia harap Amirah tak menyesal dengan keputusannya itu.
🍉
20 Mei, Sunday
Entry by: Amirah cute
Oh my God Zenni ni tak nak tidur ke huaaaa mesti dia amik perangai awak. Susah ngat nak tidur bakpe :'((((
By the way saya sayang awak, Riri.
21 Mei, Isnaini
Entry by: Aidan
That's my daughter.
Lunch: Ayam gepuk
22 Mei, Selasa
Entry by:Amirah paling lawa dalam dunia
Harini baby sangat active bergerak rawrz.
Pastu saya aim siapkan semua housechores sebelum kul 12 tengahari tapi gagal hm.
Gotta try harder next time!
By the way, baju kerja awak harini buatkan awak 1000000 kali ganda hensem saya tahu saya dah puji awak pagi tadi tapi still nak puji jugak dalam ni and nanti awak balik kerja pun saya nak puji jugak.
Oh Tuhan kenapa laki aku hensem sangat :')))
23 Mei, Rabu
Entry by: Aidan
Lunch: Ayam masak lemak
Amirah jangan banyak merepek dalam ni pls.
By the way harini kawan kerja bagi gula-gula
Malangnya
Bukan perisa strawberi
24 Mei, Khamis
Entry by: Mama Zenni
Bersyukur jelah orang dah bagi gula-gula!
Hari ni saya sipi-sipi je nak capai target siap kerja sebelum kul 12. Awak tunggu esok Ri saya confirm dapat capai target.
Zennirah hari ni banyak gila gelak OMG untungnya saya dapat saksikan kecomelan dia live.
As always, I love you and thank you for working hard! love love love muah muah muah
25 Mei, yey Jumaat
Entry by: Papa Kofuku
Lunch: Nasi kandar
Penat...
26 Mei, Sabtu
Entry by: Your waifu
Riri saya rasa baby bebetul nak keluar dah :') Sayaaaaaaaa huaaaaaa takutttttttt
27 Mei, Ahad
Entry by: Your kareshi
Tak sabar ah Mirmir Jr nak debut.
28 Mei, Monday Blues
Entry by: Mirmir Sr
Haih kalaulah boleh saya bagi separuh sakit beranak kat awak kan best.
29 Mei, Selasa
Entry by: Riri Sr
Nyehehehehe
Sorry Mirah.
Macam biasa saya bagi awak tangan saya untuk cengkam waktu labour
Lunch: Spaghetti carbonara
30 Mei, Rabu
Entry by: Amirah Zahirah
Counting days, Fahri.
31 Mei, Khamis
Entry by: Aidan Fahri
Counting days, Amirah.
🍉
halu apa khabar semua
sorry chapter ni bosan sikit kan hehehe honestly busy sangat and chapter ni pun saya buat last minute kurang dari 3 jam karang
happy weekend! i love you to the moon and around the galaxy!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro