
78 - reunion
"Saya nak ikut. Boleh?"
Fahri terhenti mendengar permintaan sang isteri.
Sejujurnya, Fahri tak mahu isteri dia ikut. Tapi dia tahu mesti susah nak bagitahu sebab Amirah keras kepala.
"Ehem." Fahri melegakan tekak, "Awak rehatlah kat rumah... Jaga Zennirah."
"Saya nak keluar! Bosan duduk rumah." Amirah merengek.
Haih, satu keluhan dikeluarkan Fahri. Dia tahu dia akan kalah dalam pertelingkahan ni tapi dia cuba jugak menolak permintaan Amirah, "Bosanlah kalau awak datang reunion kelas saya. Awak nak cakap dengan siapa?"
"Saya janji saya behave. Saya duduk diam je."
Fahri mengetap gigi. Ada 1001 asbab kenapa dia tak nak bawak Amirah ke reunion kelas dia waktu sekolah...
Amirah mula menggunakan taktik guilt trip, "Awak malu eh nak tunjuk kat kawan-kawan awak yang saya isteri awak?"
Kening dikerutkan, "Mende awak merepek?"
"Yalah, isteri awak bimbo. Bukan macam isteri orang lain, pandai-pandai belaka."
Konteks bimbo; perempuan cantik tapi bengap.
Fahri tak rasa marah dengar tuduhan Amirah tu, sebaliknya dia rasa geli hati.
"Kenapa awak senyum? Betullah awak anggap saya ni bimbo?!" Amirah terkejut dengan reaksi Fahri.
Senyuman Fahri diluaskan, "Sedar diri rupanya."
"Hm, mestilah! Saya sedarlah saya ni bodoh." Nampak peluang lebih besar, Amirah mula gunakan taktik merajuk pulak.
"Bodoh-bodoh la comel."
"Oh my- Awak langsung tak nak nafikan yang saya ni bodoh?"
Entah apa yang Fahri terhibur sangat. Dia teruskan tawa sambil dia mengambil tuala untuk mandi.
"Hei, nak pergi mana?! Discussion kita tak habis lagi!" Amirah cuba menghentikan Fahri.
"Awak tak boleh ikut. End of discussion."
"Alaa! Bagilah saya jadi spy!"
Baru sahaja Fahri mahu masuk ke dalam bilik air, niatnya terbantut mendengar kata-kata Amirah.
"Spy?"
"Nanti awak pergi reunion, mesti awak nak usha classmate yang awak pernah minat tu. Pastu, pastu, awak mesti nak borak dengan dia..." Amirah akhirnya memberitahu niat sebenar kenapa dia terdesak nak ikut.
Lama jugak Fahri terfikir pasal orang yang Amirah maksudkan. Selepas beberapa detik, barulah dia tahu jawapannya.
Perasaan bila partner jealous tengok kita dengan orang lain ni sebenarnya perasaan yang membanggakan. Tapi Fahri sedar benda tu tak elok dilanjutkan sebab nanti Amirah rasa anxious je. Dan dia pun tak patut rasa terlalu gembira bila Amirah rasa cemburu.
Satu keluhan berat dikeluarkan Fahri sebelum dia berkata, "Saya hampir lupa pasal orang yang awak maksudkan. Tapi kalau benda tu buat awak insecure, then fine. Ikutlah. Cuma saya dah warning awal-awal, banyak sebab kenapa saya tak nak awak ikut." Mood suami ceramah isteri dah datang.
Amirah terkedu. Serious betul intonasi dia. Selepas mengangguk bersetuju dengan warning Fahri, akhirnya Fahri masuk ke bilik air untuk mandi manakala Amirah bersiap untuk diri dan anaknya.
🐯
Fahri fikir Amirah ni siapa? Amirah ni social butterfly la! Walaupun dekat majlis senior yang dia tak rapat, dia boleh jadikan semua orang best friend. Tak adanya dia nak bosan.
Kesannya, Fahri dan Amirah memang berpisah sungguh di majlis reunion tu. Fahri dengan kumpulan kawan lelakinya manakala Amirah dengan kumpulan kawan perempuan.
"Kiut miut je pipi dia rasa nak gigit." Rakan sekelas perempuan Fahri mengerumuni Zennirah dalam tangan Amirah. Semua terpukau dengan 'anak Aidan'. Dalam majlis itu ada segelintir orang je yang bawak family, Fahri la salah seorangnya.
Amirah berasa bangga. Tapi Amirah rasa sakit hati lak Fahri takde kat sini untuk bangga sama-sama sebab dia sibuk berborak dengan kawan lelaki dia. Borak apa entah bukannya bercakap pun.
"Nak pegang dia, boleh?" Tanya seseorang kepada Amirah.
Wajah empunya suara itu dipandang Amirah lama. Walaupun Zennirah sudah bertukar tangan kepada perempuan itu, Amirah tak boleh nak alihkan pandangan dia dari muka perempuan tu.
Rakan-rakan, inilah crush Fahri waktu sekolah menengah. Bagi Amirah, aura dia macam princess. Elegant dan lemah lembut. Azra namanya.
Bukan selalu Amirah rasa insecure dan berkeyakinan rendah. Boleh tahan ya semua ideal type Fahri. Kedua-dua Amirah dan Azra cantik orangnya, cuma mereka sangat berbeza.
Mungkin faktor umur, tapi Azra nampak sangat matang. Amirah rasa diri dia sangat kurang berbanding dengan perempuan itu.
Sebenarnya Fahri minat dia tak sampai setengah tahun pun sebab Azra ni dah berpunya waktu tu. Tapi sekarang Azra masih single.
Overthink mula mencerobohi minda, kalau Fahri nak pasang dua macam mana?!
Amirah hampir lupa untuk bernafas bila fikir pasal tu. Cepat-cepat dia tepis pemikiran gila tu. Dia melilau untuk mencari suami dan ternampak Fahri sedang pandang ke arah dia dan Azra.
Oh my God! Fahri tengah usha crush
lama walaupun isteri dia betul-betul ada depan mata?! Amirah tak boleh tahan keinginan dia untuk tutup mata Fahri.
Dipengaruhi perasaan cemburu, Amirah langsung tak mahu pandang Fahri dah lepas tu. Dia kemudiannya ditegur oleh seorang lelaki, "Um, Amirah."
Dagu Amirah didongakkan untuk melihat wajah lelaki itu. Oh, dia ni. Ammar yang pernah ajak gaduh dengan dia dulu. Yang cakap Fahri bisu pastu mempertikaikan relationship orang 'bisu'. Ceh, Amirah lupa lak dia ni classmate Fahri jadi terpaksa bertembung kat sini.
"Apa?" Amirah cuba untuk tidak tarik muka.
"Nak pegang baby boleh?" Dia tanya soalan unexpected. Amirah pun bagi jelah. Kalau tak bagi, mahunya mengundang persoalan classmate perempuan Fahri.
Selepas Zennirah berpindah ke tangan Ammar pula, dia duduk di meja bulat yang diduduki ramai perempuan itu. Amirah rasa comel pulak sebab dorang semua ni macam tak pernah jumpa baby walaupun dorang lagi tua dari Amirah dan sesetengah dah ada anak sampai 4 orang.
"Er, I minta maaf pasal dulu." Tiba-tiba Ammar bersuara. Memang semua orang dah tertanya sekarang. Cara Ammar ni macam dia pernah ada hubungan dengan Amirah pulak. Ni baru kali kedua dorang jumpa kot.
"Korang pernah ada apa-apa ke?" Seorang classmate bertanya.
No. Tolonglah jangan ada misunderstanding. Amirah baru saja mahu bersuara sebelum Ammar mula bercerita dari A sampai Z. Lah, lelaki ni dah reflect on his mistakes ke?
"Kau ni bengap sangat kenapa?" Tak pasal-pasal Ammar diserang oleh rakan perempuannya. Selepas itu ditambah-tambah api kemarahan oleh rakan-rakan lain. Ammar pun duduk di situ dengan redha menerima segala makian.
Amirah tergelak. Rasa macam ada ramai kakak pulak. Tak sangka dia akan rasa seronok dekat reunion kelas orang lain.
"Borak apa?" Irsyad tiba-tiba menyampuk.
"Eh, kau abang dia, kan?" Ammar bertanya Irsyad. Lantas itu, semua orang membeliakkan mata termasuklah Fahri yang berada di sebelah Irsyad.
Haih. Susah betul bila banyak misunderstanding ni. Irsyad dan Amirah pun mula bercerita. Tanpa disedari, hampir satu kelas dah kumpul di satu meja itu. Semua orang memuji kecomelan Zennirah siap ada yang tanya, anak siapa ni? Itulah nasib Fahri yang tak ada social media dalam era globalisasi ini. Dia kahwin pun ada yang tak tahu. Ada yang masih terkejut dia kahwin dengan Amirah - perempuan yang dari dulu lagi famous kat dalam kelas ni, sebab public affection yang dia tunjukkan pada Fahri zaman sekolah dulu.
Bagaikan cerita di kedai kopi, akhirnya mereka mengikut tentatif seterusnya. Tukar hadiah, karaoke, etc. Macam kenduri kahwin dah.
Hujung majlis macam biasa akan diadakan sesi bergambar.
"Riri, saya boleh tangkapkan!" Amirah menawarkan diri sebagai photographer volunteer.
"Siapa Riri?" Tanya seorang.
"Fahri." Amirah menjawab.
"Fahri siapa pulak?"
Amirah ketawa, "Aidan!" Dia boleh nampak muka expressionless Fahri yang malas mahu melayan soalan-soalan remeh begitu. Panggilan 'Fahri' tu hanya digunakan Amirah, jadi biar Amirah sorang je terangkan.
"Hahaha! Jomlah waktu tangkap gambar semua sebut Riri!" Seorang classmate lelaki menyakat Fahri.
Semua orang tergelak. Kesian Fahri. Tak buat benda pun orang nak usik. Tulah siapa suruh comel sangat.
"Satu dua tiga!" Amirah mengira.
"Riri!" Yang lain menjerit.
🐯
Tiada satu pun patah perkataan dikeluarkan semasa perjalanan balik. Fahri dah memang tak ada tenaga untuk bercakap langsung. Separuh hari bersosial buatkan dia rasa nak tidur setahun.
Mereka berdua bagaikan sedang bergaduh. Bagi pihak Fahri mungkin tak ada apa-apa, tapi bagi pihak Amirah, banyak benda yang dia ambik hati!
Amirah cuba menenangkan diri. Mungkin inilah warning yang Fahri bagi awal-awal. Dia patut simpan semuanya dalam hati.
Pukul 10 malam ketikamana Fahri dan Zennirah sudah tidur, Amirah nak kemas-kemas rumah sikit. Hidup part-time housewife, katakan.
Selepas dia menyusun atur barang-barang dalam peti sejuk, Amirah tutup pintu peti dan terkejut beruk dengan kelibat di sebalik pintu.
"Ah!" Amirah menjerit.
Fahri mengerutkan kening. Dia tak buat apa-apa pun boleh terkejut.
"Urgh, kenapa awak kat sini?!" Tanpa disedari Amirah mula menayangkan kegeraman dia dari siang kepada Fahri.
"Saya takleh ada kat sini ke?"
"Awak patut tidur."
Fahri menyandarkan sebelah kiri badannya pada pintu peti sambil menyilang tangan. "Kenapa awak terasa?"
"Ha?" Fahri ni tau tau je.
"Awak fikir saya tak perasan ke awak bagi saya silent treatment? Cepat, kenapa awak marah saya?"
"Saya bagi silent treatment sebab awak penat." Amirah menahan diri dari meluahkan segala-galanya.
Fahri terdiam, "Saya dah warning, kan..."
Amirah menjeling Fahri, "Yalah, Aidan. Sebab tu saya tak nak bagitahu kenapa saya marah. Sebab saya tahu awak dah warning jadi saya diam jelah." Amirah mula mengelap meja makan dengan kain lap. Ke mana-mana saja dia pergi, Fahri ikut.
"Kenapa panggil Aidan?" Fahri terkedu dengan penukaran panggilan itu.
"Aik, itu nama awak, kan?" Amirah buat-buat innocent. Dia kemudian ke singki untuk membasuh tangan. Fahri turut pergerakan dia.
Baru sahaja dia tutup pili singki, Amirah dapat rasakan badannya diangkat Fahri.
"Fahri?!" Tertanya Amirah dibuatnya.
"Bukan Aidan ke?" Fahri mengusik.
Amirah menjeling. "Aidan, put me down."
"Hm?"
"Turunkan saya!"
"Nama saya apa?"
Amirah sendiri pening. Fahri nak apa sebenarnya?
"Aidan Fahri."
"Pilih satu yang betul."
"Ha? Apa awak ni! Fahri, turunkan saya sekarang!"
Dengan itu, Fahri meletakkan badan Amirah di atas sofa lembut. Tak sempat Amirah bergerak, Fahri sudah memerangkap Amirah dengan naik atas badan Amirah.
"Tahniah, jawapan awak betul." Fahri berkata.
"Ah, Fahri!!! Tak boleh tak boleh! Saya period!" Amirah berkata dengan panik.
Fahri membalikkan mata, "Tahulah. Saya tak ada nak buat apa-apa punlah."
"Then, get off me!"
"Bagitau dulu kenapa awak terasa."
Dari dulu lagi, kalau Amirah tunjuk perangai pelik, Fahri akan sedaya upaya dan secepat mungkin korek maklumat kenapa dia jadi macam tu.
Amirah mengeluh, "Fine, saya bagitahu. Tapi kita duduk boleh? Saya takut dengan Fahri yang sekarang." Amirah merayu.
Fahri tersentap mendengar pengakuan Amirah itu. Kemudian dia menurut permintaan isteri lalu memeluknya dengan kemas, memastikan Amirah berasa selamat dalam dakapannya.
"Fahri yang tadi macam Fahri yang kejam waktu kolej dulu."
"Bila masa saya kejam?"
"Lepas awak bergurau ajak kahwin tu. Yang sampai saya sembur susu strawberi kat awak."
"Hm? Waktu tu awak pun kejam, Mirah."
"Fine. Dua-dua kejam. Tapi saya nak cakap saya takut dengan Fahri versi tu! Dulu tu saya buat-buat berani je tau depan awak!"
Fahri tergelak. Sambil dia mengusap kepala Amirah lembut, dia membisik, "Sorry. Itu saya buat waktu marah je. Sorry. Saya tak ulang dah."
"Hm, sorry jugak."
"Cepat cerita."
Amirah mengambil nafas dalam kemudian menghembus, "Fahri, awak memang buat macam gaya orang bujang eh kat majlis tadi? Tak pernah sekalipun awak mengaku saya isteri awak atau Zennirah anak awak, semuanya orang lain jadi jurucakap-"
"Itu sebab orang lain lagi cepat dari saya. Saya berat mulut." Fahri terus memotong cakap Amirah.
"But still, awak macam tak ingin je nak claim isteri awak yang cantik ni dan anak awak yang cute tu! Entah-entah memang betul awak malu dengan classmates awak yang awak kahwin dengan bimbo!"
Fahri diam sahaja mendengar luahan Amirah.
Amirah memandang muka Fahri, "Betul ke?" Tanya dia dengan manja.
"Eee mengada."
"Betul ke?!" Amirah mula menjadi harimau.
"Bukanlah." Fahri hampir tinggikan suara. Hidung mancung Amirah dipicit, "Saya hanya mampu rasa bangga dari jauh je bila semua orang puji awak dengan Zenni. Saya nak bagitau satu dunia yang saya ada family paling comel dalam dunia. Tapi at the same time saya tak suka bila classmate lelaki saya semua bercakap dengan awak macam nak menggatal. Bini orang kot. Bodoh betul." Fahri tahan diri dari mencarut melebih depan isteri.
Giliran Amirah pula terkedu mendengar pengakuan panjang lebar suaminya, "Tak ada pun orang menggatal dengan saya?"
"Ada. Awak diam je. Saya tahu."
Amirah pun diam jelah. Kemudian dia melegakan tekak, "Anyway, saya nampak awak usha Azra!!!"
"What? Azra datang ke tadi?"
"What do you mean? Awak sendiri yang usha dia."
"Saya tak ingat siapa saya pandang waktu tu. Tapi saya confirm, mesti waktu tu dia tengah pegang Zenni-chan, kan?"
Mata Amirah dijegilkan, "A ah... Betullah tu."
Fahri mendengus, "Haish, janganlah assume macam-macam, Amirah. Awak tahu tak saya lupa dah pasal kewujudan Azra tu kalau awak tak ingatkan?"
Amirah memuncungkan bibir, "Tapi dia cantik."
"Saya buta kot dulu. Sekarang dah tak buta dah."
Amirah mengerutkan kening. Fahri ni dah tahu Amirah lembab, nak jugak main teka-teki malam-malam camni.
"Hm, OK. Tapi still awak anggap macam saya tak wujud kat situ."
"Saya tak suka bawak awak jumpa kawan lelaki saya. Nanti awak kurang selesa. Kira baguslah awak boleh berborak dengan classmates perempuan saya." Gumamnya.
Amirah masih dengan muncungnya. Dia dah mati kata sekarang, tak ada dah benda nak diluahkan. Jarinya mula main lukis-lukis pada dada Fahri.
"OK?" Fahri bertanya.
"OK... Tapi saya benci awak, Fahri! Awak ni selalu sweet talk saya waktu marah, pastu saya macam orang bodoh pergi maafkan awak dengan senang."
"Awak suka ke tak?"
"Suka."
Pipi Amirah pula dicubit, "Jom tidur. Lagi satu." Fahri baru sahaja mahu berdiri sebelum dia terhenti.
"Apa?"
"Jangan panggil saya Aidan, please?"
Amirah melentokkan kepala ke kiri sedikit, "Why?"
"Saya tak suka. Aidan tu untuk orang lain. Fahri. Panggil saya Fahri. Awak je boleh panggil saya Fahri."
Apalah. Pasal nama je pun, tapi jantung Amirah berdegup kencang sebab itu jugak.
"OK, Fahri."
"Jomlah tidur. Saya penat. Saya nak tidur sambil peluk Zennirah. Saya rindu gila kat dia."
"OK, Fahri." Amirah menurut langkah Fahri ke bilik tidur sambil berpegangan tangan. Bila difikirkan semula, dia pun rindu kat Zennirah memandangkan semua orang main dengan Zennirah hari ni. Mesti Zennirah pun penat.
🐯
chapter 3x lebih panjang daripada biasa. sorry. saya benci chapter panjang tapi saya malas nak buat cerita dua part. so, hm enjoy.
if you are still here, thank you for reading! ♥
have a happy weekend!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro