
69 - bercuti
"Ada orang cakap relationship terlalu healthy ni membosankan."
Fahri mengerutkan kening. Dari manalah isteri dia dapat statement bodoh ni? Too much internet ke?
"Oleh itu, jom kita gaduh."
Satu keluhan dikeluarkan Fahri, "Amirah, awak rasa relationship kita bosan ke?"
"Tak langsung. Saja nak bagi spicy sikit."
Fahri menyikat rambutnya dengan tangan, "Siapa cakap healthy relationship bosan? Saya nak tumbuk dia."
"Hahaha, alaa awak ni. Perempuan memang gitu pung. Suka drama." Amirah tergelak.
Fahri menggeleng, "Tak payah merapu la, Mirah. Kita tengah bercuti ni. Sia-sia je gaduh kat sini." Dia membebel sambil menyapu jem strawberi pada roti bakarnya.
Amirah memuncungkan bibir. Dia kemudian menyuapkan baked beans ke dalam mulut. Mereka berdua dengan tenangnya sedang menikmati breakfast buffet di hotel itu.
Zennirah pulak... Zennirah takde.
"Kamu berdua tak mboh bercuti ke? Zenni tinggal kat sini kejap." Kata-kata mama Fahri minggu lepas terngiang-ngiang dalam minda.
"Hahaha, takpelah. Susahkan mama je." Amirah menolak dengan sopan.
"Kak Mirah, kitorang lagi sukalah kalau Zenni bermalam kat sini. Boleh main dengan dia." Amalia menyampuk. "Betul tak, pokcik?"
Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah 'pokcik', tak lain tak bukan si Akmal. Dia sedang melambung Zennirah ke udara, membuatkan Zennirah menjerit keriangan.
"Pokcik!" Amirah mengambil perhatian dia.
Akmal berhenti melambung, dia mengemaskan Zennirah dalam dukungannya, "Apa dia? Zenni tengah syok main roller coaster dengan pokcik ni."
"Hujung minggu ni Zenni tidur sini. Waktu tu kau bagilah dia satu theme park."
"Serious ah?" Wajah Akmal naik seri, "Kau nak gi mana, Mirah?"
"Mak pak Zenni nak pergi bercuti." Mama Fahri berkata tanpa mendengar kata putus dari Amirah dan Fahri.
"Ha, pergilah. Biar aku jaga Zenni." Akmal mencium pipi Zennirah.
Heh, tak sangka pakcik yang paling tak excited pasal kedatangan anak buah dia last-last jadi pakcik yang paling sayang kat anak buah sendiri.
"Ada pokcik, ada grandma and grandpa. Paling penting, ada aunty Amal!" Amalia meyakinkan Amirah.
Kkeut. Flashback habis. Disebabkan itulah, kini Amirah dan Fahri sedang bercuti selama 3 hari 2 malam di satu hotel berhadapkan pantai di Terengganu.
Selesai sarapan, Amirah dan Fahri mahu ke pantai untuk bersiar-siar sambil menikmati mentari dan bayu pagi.
Telefon Fahri tiba-tiba berbunyi menandakan ada orang call. Fahri menatap skrin phone selama beberapa saat.
"Siapa tu, Ri?"
"Client..." Jawabnya sepatah sebelum dia menjawab panggilan tersebut dan mengangkat tangan kepada Amirah untuk mengizinkan dirinya pergi ke tempat sunyi.
What the heck? Client call pukul 7 pagi? Panggilan subuh ke apa?
Amirah pun izinkan jelah, walaupun hati sedikit geram dengan client Fahri yang call waktu cuti. Ey, kalau dapat kat Amirah tu dah lama kena sound. Tak kisahlah kau client ke tidak.
Amirah pun mengatur langkah ke pantai berseorangan. Jam baru pukul 7:30 pagi, dan hanya kelihatan beberapa orang saja di pantai itu.
Dia mengambil port yang jauh sikit dari orang ramai dan mula termenung melihat ombak laut. Angin pantai nyaman betul. Bunyi ombak pula sangat menenangkan. Therapeutic.
Baru beberapa minit dia berseorangan, Amirah merasakan satu figura familiar memeluknya dari belakang.
Tanpa melihat empunya badan, tangan Amirah terus mencari pipi manusia tersebut yang sedang merehatkan dagu di bahu Amirah, "Riri~"
"Hmm~" Fahri membalas sambil memeluk Amirah dengan ketat.
"Apa client tu nak?"
"Mmm, dia nak saya hantar file je." Gumam.
"Awak dah hantar ke?"
"Dah..." Katanya dengan malas. Kalau diikutkan nak je Fahri bagi silent treatment kat client tu tadi. Nasib baik diminta e-mail je.
Amirah meleraikan pelukan Fahri di pinggangnya lalu menarik tangan Fahri supaya dapat mereka berjalan bersama sambil membasahkan kaki dalam air laut itu.
Sedang mereka berjalan sambil berpegangan tangan, Amirah tiba-tiba tersedar sesuatu.
"Oh my God, Riri." Amirah memandang Fahri.
Fahri mencelikkan mata, "Asal?"
"Bila awak dah campur adukkan hal kerja dengan saya, bukan ke itu boleh jadi sebab saya gaduh dengan awak?"
Fahri mengeluh, "Saya minta maaf, Amirah."
"Hahaha, no no no. Awak kena pujuk saya." Amirah melepaskan tangan dari Fahri lalu mula berjalan jauh dari suaminya itu.
"Mirah." Fahri memanggil tapi dibuat-buat tak dengar. Macam-macam betul si Amirah ni.
Amirah mula berlari anak. Alang-alang tu bolehlah dia berjoging, bukan selalu dapat joging tepi pantai.
"Amirah." Tiba-tiba Fahri ikut berjoging sekali di sebelahnya.
"Hee!" Terkejut Amirah sampaikan dia terus berlari melebihi kelajuan Fahri. Beberapa saat berlalu sebelum dia sedar yang Fahri sudah berhenti. Amirah memperlahankan larian dan menoleh ke belakang. Kelihatan Fahri sudah terduduk di atas pasir, tanpa pedulikan ombak yang sudah membasahi pakaiannya.
"Omo!" Amirah berlari semula ke arah Fahri. Jangan cakap, Fahri rasa kejang sebab tak stretching sebelum lari?! "Fahri, baby, are you OK?!" Amirah mendekati Fahri lalu ikut terduduk di hadapannya.
"Sihat walafiat. Jangan lari dah dari saya." Fahri menghentikan lakonannya dan terus mengambil pergelangan tangan Amirah.
Hm? Asal rasa macam deja vu?
"No way, bro." Amirah berdiri dan cuba melepaskan diri dari Fahri tapi memang taklah dia ada kudrat untuk menandingi kekuatan suami dia.
"Amirah, sorry."
"Sorry sebab apaaa?"
"Sebab layan orang office waktu bercuti dengan awak."
Amirah memandang Fahri, lama. Fahri turut terdiam.
"Um." Dengan perlahan Amirah merungkai genggaman Fahri pada tangannya, "Saya pergi dulu." Amirah cuba menjauhkan diri tetapi,
"Annoying awak ni." Fahri menarik semula tangan Amirah.
"Hey, annoying?! Saya terasa!" Amirah terduduk apabila Fahri menariknya.
Fahri tergelak, "Sorry, sayang. Saya nak tarik perhatian awak je. Tak maksudkan betul-betul pun."
Aww, cair Amirah dibuatnya. Tapi game tak habis lagi!
"Ehem, awak... Tak salah pun. Saya je yang problem sebab terasa sikit. Masalah kecik je."
"Masalah kecik pun kenalah bagitahu. Kitakan suami isteri?"
Anjir Fahri. Bukan ke dia kata dia tak nak main dengan game Amirah? Apasal dia pulak yang menjiwai watak ni?
Amirah memandang mata Fahri. Mereka berdua telahpun lencun dengan air laut. Nasib baik dua-dua belum mandi, "Ri, saya pernah buat jantung awak berdebar tak?" Soalan ini tiba-tiba ditanya. Bukan apa, situasi dia dan Fahri sekarang sama betul dengan satu peristiwa sewaktu mereka di universiti dahulu. Jadi, dia nak remake selagi boleh.
Fahri mengerutkan kening, "Tak pernah."
"Tipu."
"Ha, yelah. Pernah."
"Bila?"
"Sekarang."
Satu senyuman terukir di bibir Amirah, "Saya special tak dalam hidup awak, Fahri?"
Fahri mengeluh, "Malas nak jawab."
"Tapi lagi special dari Irsyad, kan?"
"Hahaha, siapa Irsyad?"
Makin melebar senyuman Amirah. Dia memeluk Fahri, erat. "Riri, you are worth every of my penny."
"Banyak sangat ke duit awak?"
"Shh."
Fahri mengusap belakang Amirah, "Dah habis ke game awak ni?"
"Dah!"
"Siapa menang?"
"Seri!"
"Ceh, kan saya dah cakap, buang masa je main."
Amirah membalikkan mata, "Kalau saya cakap awak menang?"
"Itu baru namanya tak buang masa."
"Kalau saya menang?"
"Itu betul-betul buang masa dan tenaga."
"Eleh, sudahlah awak." Kini Amirah dan Fahri masing-masing menghadap sunrise di pantai itu.
"Kul 8:30 kita kena keluar tau." Amirah memberitahu tentatif mereka berdua pada hari itu.
"Hm."
"By the way, Riri, saya tak sangka awak ingat pasal peristiwa tu."
"Peristiwa apa?"
"Ish, yang awak buat remake tadilah."
"...Saya buat remake?" Fahri clueless. Dia tak sedar dia berkelakuan sebijik dengan diri silamnya.
"Ya, awak tak sedar ke? Yang waktu kita masih student kat taman tasik universiti tu, waktu tu saya nak jauhkan diri dari awak tapi awak kejar saya."
"Hmm." Fahri termenung sekejap, "Yang waktu awak tiba-tiba cakap awak tak nak kawan dengan saya tu ke?" Fahri memerli Amirah.
"Ha, yang tu! Yang bila saya confess, awak reject saya. Katanya penat nak jaga perasaan orang." Amirah perli dia balik.
"Dah dah." Fahri mendiamkan Amirah. "Amacam? Remake saya terbaik, en?"
Amirah tergelak, "Bolehlah. Version baru ni saya lagi suka."
"Sebab apa? Sebab tak kena reject ke?"
"Diam ah. Nak saya lempang awak ke?"
"Itu peristiwa lain pulak, Amirah."
"Nak lakonkan semula jugak ke peristiwa yang tu?" Amirah tersenyum nakal.
Fahri menggelengkan, "Tak nak ah. Nanti kena lempang, pastu kena maki."
Amirah tergelak, "Ha, apa kata kita lakonkan yang waktu kita dah 'bertunang'?"
"Lagi ah tak nak. Nanti awak habiskan susu strawberi saya."
Amirah ketawa riang. Mereka berbual lagi di pantai itu sambil ditemani laut, angin dan matahari. Semua iri dengan kemesraan mereka.
☀️
kalau chapter ni somehow buat korang tertanya-tanya, then you might want to read 'flirt'.
psst, ada kat profile saya :D
next update this sunday! thank u for reading!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro