Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

66 - universe

lepas habis meeting you can go home

Terkejut Fahri baca mesej dari bos tu. Bukan senang bos nak bagi half day macam tu je.

Fahri mengangkat wajahnya dari skrin telefon. Suasana sekeliling diperhatikan. Shopping mall baru ni tak pernah dijejak dia mahupun Amirah sebelum ni. Fahri pergi sini pun sebab pejabat client kat sini.

Papan direktori diteliti Fahri. Nasib baik hari minggu tak ramai orang, jadi tak perlu dia rasa gelisah ada orang tunggu dia kat belakang sambil dia tengok peta mall tu.

Semasa dia baca nama setiap kedai, matanya tertancap pada satu nama.

Dia nak pergi kedai tu. Tapi dia takde teman. Memang taklah dia nak masuk kedai sorang-sorang.

🍇

Hujung minggu

"Awak tak nak try cosplay ke?" Satu soalan pelik dikemukakan Fahri ketika dia perhati Amirah sedang bersolek.

"Ha?" Amirah bertanya.

Namun Fahri diam. Tu maknanya dia tak nak ulang soalan.

"Um, awak nak saya cosplay jadi apa?" Tanya Amirah.

"Saya nak bunny girl waifu." Fahri sudah mula dengan perkataan pelik dia.

Amirah menjeling Fahri sekilas. Amboi kemain permintaan dia.

Fahri tergelak, "Gurau je. Jom."

"Sabarlah, belum siap lagi. Kenapa awak excited sangat, Ri?"

"Ha?"

"Ha?"

"Mana ada saya excited."

"Pft, please. Jarang-jaranglah awak nak ajak keluar. Pergi tempat yang saya tak tahu pulak tu."

"Saja explore tempat baru."

Lagilah dicebikkan muka Amirah. Setahu dia Fahri bukan sejenis yang suka explore benda baru. Dia ni lebih suka duduk diam dalam comfort zone.

Hm, mesti ada udang di sebalik batu punyalah. Kali ni event apa lahai yang Fahri nak tunjuk kat Amirah?

Sesampai sahaja di destinasi, satu keluarga itu terlebih dahulu makan di sebuah restoran.

"Sos awak dah habis, Riri?" Tanya Amirah, merujuk kepada sos black pepper untuk chicken chop yang dipesan Fahri.

Fahri mengangguk perlahan.

"Mintaklah baru kat waiter." Amirah berkata.

"Takpelah." Bagi Fahri benda tu menyusahkan je. Dia lagi rela makan chicken chop selebihnya tanpa sos, daripada perlu berkomunikasi dengan orang.

"Adik, nak tambah sos black pepper boleh?" Mudah saja Amirah mengambil perhatian seorang pelayan.

Fahri bersorak dalam hati. Yay, banyak untung dia kahwin dengan Amirah. Macam ada jurucakap sendiri. Kadang-kadang rasa macam ada personal assistant... Secretary... Deputy...

.

.

.

Dah 20 minit berlalu. Takkanlah nak buat 2 air lama macam ni?

Amirah mana? Kenapa lama sangat solat?

Fahri mengeluh, nasib baik ada baby Zennirah yang berada bersamanya buat penyeri hidup.

"Zenni-chan, dorang lupa buat air kita ke..." Fahri membisik kepada anaknya.

"Rir, baru order ke?" Akhirnya muncul jugak perempuan ni. Amirah terus ajukan soalan kepada suaminya yang sedang duduk atas sofa hitam dalam kedai Tealive itu, sambil memeluk anak mereka.

Fahri tanpa menjawab terus memberi Amirah resit pembelian dia. Amirah meneliti resit itu dengan muka berkerut.

"What? Dah 20 minit? Kenapa tak bagitahu staff?" Amirah mula membebel.

Fahri memuncungkan bibir sedikit. Dia malu + malas nak cakap dengan staff. Dan dia malu + malas nak bagitahu Amirah pasal alasan dia.

Amirah tanpa segan silu terus ke kaunter Tealive tu dan berbunyi, "Hi, excuse me, you lupa buat order I."

Satu senyuman kecil terukir di bibir Fahri, "Mama Zenni ni cool, kan?" Dia bercakap dengan Zennirah lagi. Kadang-kadang Fahri terfikir camnelah hidup dia kalau dia tak kahwin dengan Amirah?

Selepas beberapa minit Amirah kembali dengan strawberry pudding dan chocolate oreo smoothie dalam tangan, "Kalau saya takde, awak nak tunggu sampai mampus ke?" Lah, tak habis lagi bebelan dia.

Fahri tergelak, "Sorry, Mir. Dan terima kasih." Dia bangun dari sofa keras itu lalu membaringkan Zennirah dalam stroller.

Amirah mengunci tangannya dengan tangan Fahri yang sedang menolak stroller, "Jom cari baju baru untuk Zennirah!"

"Yeay." Fahri membalas dengan mendatar. Langsung tiada keterujaan dalam nadanya. "Saya nak bunny hat untuk Zenni-chan." Sambungnya.

"Tak habis habis awak ni dengan bunny."

"Comel apa."

Beberapa jam kemudian selepas hampir satu mall diterokai Amirah, dia bertanya kepada Fahri yang sudah kepenatan itu, "Apa yang awak nak tunjuk kat saya?"

Fahri mengerutkan kening. "Mana ada apa-apa."

"Ah, takyah menipu. Cepat." Amirah malas nak pujuk laki dia yang malu-malu kucing tu. Apa bendalah yang nak dimalukan sangat.

🍇

Wow. Besar betul kedai ni. Siap 2 tingkat lagi. Memang padanlah dengan nama Manga Paradise dia.

Fahri sudah tidak mempedulikan kewujudan Amirah selepas dia melangkah masuk ke dalam kedai ni. Terus sahaja dia ke rak buku di mana siri manga kegemaran dia terletak. Seolah-olah macam dia dah pernah jejak sini.

Amirah memuncungkan bibir, macam takde guna je dia ada dalam kedai ni. Dia takde minat dengan semua ni.

"Fahri, kalau saya tunggu luar boleh ke?" Amirah mendekati laki dia.

Fahri menggeleng. Huh?

"Apasal takleh?" Amirah bertanya.

"Temanlah saya dalam ni."

"Hm, tapi awak buat macam saya tak wujud. Macam tak ada guna saya teman."

"Saya teman awak shopping baju dengan makeup boleh pulak." Fahri mengapi-apikan lagi perbualan mereka.

"Hello, itu saya tak paksa pun awak teman. Kalau awak duduk luar saya tak marah pun." Nasiblah dapat isteri tak nak mengalah.

"Susah sangat ke awak nak teman saya?"

"Hwaa!" Tiba-tiba baby Zennirah menangis selepas menyaksikan pergaduhan kecil mak pak dia.

Amirah cepat-cepat mengangkatnya dari stroller lalu cuba untuk menenangkannya.

Zennirah terus diam selepas didukung ibu dia. Kemudian kesunyian mengisi jurang antara Amirah dan Fahri.

"Sorry." Barulah Amirah sedar betapa keciknya isu mereka sebenarnya. Dia buat keputusan untuk mengalah sebab dia yang salah.

"Sorry jugak." Fahri menggumam.

Lalu diam.

Alahai, awkward lah pulak.

"Ehem, cerita ni pasal apa?" Amirah tukar topik.

Fahri menunjukkan manga yang dia sedang pegang kepada Amirah, "Main character pergi ke masa silam untuk selamatkan perempuan yang dia suka."

"Oh, wow. Tapi kenapa dalam bahasa Jepun? Awak faham ke?"

Fahri menggeleng, "Official translation susah nak dapat."

Amirah mengangguk-angguk mendengar laki dia bercerita, "Kenapa dia kena pergi masa silam? Perempuan tu mati ke?"

"A ah. Kena bunuh."

"OMG, pastu apa kena mengena dia kena turn back time?"

Fahri mengeluh, "Sebab tulah awak kena baca, sayang."

Tersengih Amirah dibuatnya, "Awak sanggup ke pergi masa silam kalau ada apa-apa terjadi kat saya, Ri?"

Fahri mengerutkan kening mendengar soalan itu. Soalan jenis apa tu? Jawapan dia obvious kot. Takkanlah Fahri nak jawab 'tak'.

Manga itu ditutup kemudian Fahri ketuk kepala Amirah guna manga tu, eh tapi ketuk lembut lembut je.

Amirah tergelak, "Ri, taknak jawab ke?"

"Awak fikir sendirilah jawapan dia."

"OK OK, soalan tu senang sangat. Kita susahkan sikit. Contohlah kalau saya mati, and then awak diberi pilihan untuk pergi masa silam untuk selamatkan saya. Tapi, dalam masa silam tu saya benci gila kat awak. Sanggup?"

"Itu alternate universe namanya."

"Apa-apa jelah. Sanggup ke tak sanggup?"

Fahri terdiam. "Awak benci kat saya ke, Amirah?"

"Hahaha, no! Of course not! Itu soalan main-main je."

Fahri terfikir lagi.

"Oh, lagi satu! Dalam universe tu, saya tak kahwin dengan awak. Saya kahwin dengan orang lain." Eh, main tambah-tambah pulak Amirah ni.

Mendengar pernyataan Amirah tu, terus Fahri menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Apa dia?" Amirah bertanya.

"Saya biar je kot awak mati. Redha dengan ujian Tuhan." Selamba Fahri menjawab.

Terkejut Amirah mendengar ayat dia yang agak pedas tu, "Hoi! Biar saya mati?!"

"Daripada awak kahwin dengan orang lain. Sia-sia je saya pergi masa silam." Fahri menggumam lagi.

Amirah tergelak, "Eleh! Kalau lepas saya mati, awak kahwin lain boleh pulak."

"Saya takkan kahwin lain."

"Nyeh, cakap besar. You'll never know."

"Awak nak ke?"

"Tak nak."

"Ha, kalau macam tu awak kena diam. Sebarang soalan pelik tidak akan lagi dilayan." Fahri berkata.

Amirah memuncungkan bibir. Kemudian dia dibawa Fahri mengelilingi kedai itu sambil Fahri menerangkan satu per satu tentang setiap siri manga. Macam dalam muzium pulak.

Sampai ke satu manga, tiba-tiba Fahri berkata, "Saya tak suka manga ni."

"Huh, why?"

"Sebab dia macam tiru satu lagi manga yang saya suka. Cerita lebih kurang sama je. Macam tak ada idea lain."

Amirah tergelak, "Sama sangat ke?"

"Adalah lain sikit. Tapi still lah, tak bestlah kalau semua nak buat cerita sama. Tak kreatif langsung."

Amirah tergelak lagi, "Boh, awak ni lepaskan geram macam awak pulak yang buat manga tu padahal awak pembaca je."

"Awak takkan faham sebab awak tak suka membaca."

"Hahaha, tahu pun. Awak baca ke manga 'copycat' tu?"

"Baca satu chapter je pastu saya menyampah sebab sama sangat dengan manga lagi satu yang saya suka tu."

"Pft." Kelakar pulak Amirah tengok Fahri marah pasal ni. Panjang pulak dia membebel.

Selepas habis jelajah satu kedai, akhirnya mereka berada di mini section di mana terletaknya merchandise anime.

"OMG, tengok ni!" Amirah menjerit dalam membisik apabila dia ternampak costume bunny girl yang tak cukup kain tu. Seksi sungguh! Ini yang Fahri minat? Astaghfirullah.

"Tapi keciklah." Amirah berkata apabila membandingkan saiz costume itu dengan saiz badan dia.

"Kalau saiz dia OK awak nak ke?" Fahri bertanya.

"Awak nak beli untuk saya ke?"

Fahri mengangkat bahu.

"Benda ni legal ke dijual macam ni? Takutlah." Amirah berkata dengan risau. Dia melihat tag harga dan perasaan takut dia bertambah. Mahal betul walaupun tak cukup kain.

"Lebih baik saya beli lingerie baru." Kata Amirah sambil meletakkan semula costume itu di tempat asal.

Fahri mengeluh, "Boleh tak awak jangan cakap benda pelik kat public?"

"Bukannya orang dengar pun."

"Tak senonoh."

"Oh my God, siapa eh pagi tadi yang kata dia nak wife dia cosplay jadi bunny girl?"

"Ya Allah, apa awak cakap ni, Mirah? Kesian Zenni-chan." Fahri menutup telinga Zennirah dengan tangan.

Amirah membalikkan mata. Fahri ni sama je miang macam dia. Suami isteri 2 kali 5.

"Dahlah, jom balik." Fahri mengajak.

"Huh? Tapi awak tak beli apa-apa pun?"

"Saja je nak masuk kedai ni."

Amirah mengangguk faham. Macam Amirah suka masuk kedai baju dan kedai makeup tapi tak beli apa pun.

"Kalau saya mati awak sanggup ke ulang balik masa untuk selamatkan saya?" Kali ini Fahri pulak bertanya soalan sama kepada Amirah.

"Sanggup."

"Walaupun saya benci awak?"

"Puh-lease. Awak pernah benci saya sebelum ni. Saya boleh buat awak jatuh cinta petik jari je."

"Pft, walaupun saya kahwin dengan orang lain?"

"Urgh, tak nak! Siapa perempuan tu?!" Tiba-tiba Amirah marah kat orang yang tak wujud.

Fahri tergelak, "Hahaha, tak logik kan soalan awak tu, Mirah?"

"Hm, OK apa kata macam ni pulak. Saya mati dalam keadaan tragis. And then awak turn back time untuk selamatkan saya. Saya kahwin dengan orang lain tapi saya akan mati dengan tenang. Ha, awak pilih mana?"

"Yakin je awak akan mati dengan tenang."

"Ish, soalan je."

"Awak takyah nak buat anime sendiri."

"Riri, jawablah."

"Tak nak. Saya penatlah nak fikir."

"Susah kan soalan saya?"

Fahri terdiam kemudian berkata, "Amirah, ada hikmah kita takleh ulang balik masa."

"Omo, supaya kita boleh cherish the moment ke? Gituh?"

Fahri mengangguk, "Lagi satu, awak takkan kahwin dengan orang lain, tak kisahlah dalam universe apa-apa pun."

"Eh, yakin je."

"Yelah, sebab dalam semua universe tu—" Fahri terhenti.

Kening Amirah diangkat, "Apa?"

Fahri melegakan tekak, "Dalam semua universe tu, awak saya punya." Dia menggumam.

"Pft." Amirah cringe dengan ayat Fahri tu. "Awak nak saya sambung tak, Ri?"

Fahri menggeleng, "Siapa lambat sampai kereta, dia kena bayar parking ticket." Kemudian dia terus jalan ke hadapan.

"Riri!" Amirah menjerit dalam orang ramai tu. Cis, berani dia bawa lari Zennirah. Malu lah tu sebenarnya.

🍇

ew panjangnya chapter ni

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro