Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

64 - drive-thru

"Fahri, nak datang dekat boleh?" Aku bertanya perlahan.

"Takleh."

"Alaa!"

Fahri mengangkat muka dari skrin phone yang sedang dia gunakan untuk main game, keningnya dikerut sedikit, "Sejak bila awak reti minta izin? Takutlah."

Aku membalikkan mata lalu terus peluk dia walaupun aku tak dapat kebenaran.

"Zenni tidur?" Tanya dia.

"Haah."

"Hm." Fahri mencium kepala aku lalu teruskan game dia dalam keadaan dia dipeluk aku. Aku pejam mata sambil menarik nafas dalam apabila hidung aku menyentuh leher Fahri.

"Creepy." Fahri menganjing aku. Nak buat camne, dia baru lepas mandi jadi bau dia sedap gila. Bau strawberry dan mint. Sweet and refreshing gituh.

"Fahri, awak makan yogurt saya, kan?" Aku terus tanya dia soalan maut.

Sengaja aku sentuh dada dia untuk rasa degupan jantung dia yang berdegup kencang. Busted.

"Saya makan tiga suap je." Fahri mempertahankan dirinya. Kalau nak mengelat pun, takde suspek lain dalam rumah ni selain dia.

"Ah, tiga suap awak tu besar tau! Tinggal separuh je yogurt saya."

"Kenapa awak beli untuk awak sorang je?" Fahri pulak tanya aku soalan maut.

Aku terdiam. Aku beli yogurt tu waktu balik dari kerja tadi, kira macam self-reward sebab aku ni fulltime jadi pekerja ofis dan seorang ibu pada masa yang sama.

"Sorrylah." Aku malas nak gaduh, minta maaf jelah.

"Takdelah, saya patut sorry."

"OK, bagus. Jom, McD drive-thru." Aku tiba-tiba ajak keluar walaupun dah pukul 10 malam.

"Amirah lanje, onz."

"Yas, saya lanje. Tapi awak pergi sorang."

"Ha?" Fahri terus pause game dia.

"Jennie tengah tidur, siapa nak jaga?"

Fahri memuncungkan bibir sedikit. Heheh. Mesti dia dah terbayang-bayang strawberry sundae dalam kepala dia. Keinginan dia untuk pergi tinggi tapi dia tak suka order kat drive-thru. Dia tak sukalah bercakap dengan sesiapapun.

Tanpa berkata apa-apa, Fahri menolak aku dari badannya dengan perlahan dan lembut lalu berdiri.

"Nak gi mana?" Aku tanya dia.

"Zenni! Bangun!" Fahri tiba-tiba menjerit sambil berjalan ke arah bilik tidur.

Aku ternganga, "Riri! Penat saya tidurkan dia tadi!" Terkedek-kedek aku ikut Fahri ke bilik tidur.

Pintu dikuak dan lampu dibuka, kemudian mata kami berdua tertumpu pada katil.

Kelihatan Zennirah sudah terduduk dari tidurnya, matanya dikerdipkan beberapa kali — mamai.

Kami berdua tersenyum, "Dah bangun rupanya sayang ni! Sekejapnya tidur." Aku berkata dengan ceria.

Melihat wajah kami yang ceria, Zennirah tersenyum, "Ehe." Masih mamai.

"Urgh." Fahri buat-buat menangis di bahu aku.

"Pehal awak ni?"

"Tak sangka makhluk paling comel kat dunia ni ialah anak saya sendiri." Dia menggumam.

Aku membalikkan mata, "Makhluk paling comel kat dunia ni takleh tidur dengan tenang sebab ada satu makhluk tak comel ni kejutkan dia."

"Diam." Fahri menjauhkan diri dari aku sambil dia mendekati Zennirah lalu mengangkatnya. "Jom makan aiskrim. Amirah, ambik topi dia dan stokin."

"Hamboi, saya ni maid awak ke?"

"Eh? Bukan ke?" Fahri bergurau.

Aku pukul lengan dia lalu buat apa yang dia suruh tadi. Kemudian kami bersiap dan memulakan perjalanan di bawah langit malam yang pekat.

"Amirah, saya nak strawberry sundae." Fahri memesan sambil dia memandu ke dalam lorong drive-thru McD. 10 minit je drive dari rumah.

"Ye, tahu." Aku duduk relax di passenger seat sambil memeluk Zennirah. Apalah, patutnya orang yang drive yang kena order.

Di depan speaker box tu, Fahri menurunkan tingkap kemudian memandang aku, menunggu aku untuk bersuara.

Aku tergelak lalu menaikkan suara, "Hi, nak order—"

🍦

Aku keluar dari bilik tidur kemudian join Fahri yang sedang menonton anime di TV sambil menikmati aiskrim dia. Biasalah Friday night, rasa macam bebas sikit dunia ni.

"Zenni tidur?" Eh macam dia pernah tanya soalan ni.

Aku mengangguk, "Peliklah, dia macam tau tau je kita nak keluar sebab tu dia bangun."

"Mungkin Zenni-chan princess yang ada magic atau kuasa telepathy pastu dia reincarnate ke dunia ni sebagai anak kita." Fahri mula merapu. Hyperactive lepas makan aiskrim kot.

Aku menutup TV dengan remote, "Awak banyak sangat tengok anime."

Fahri tergelak kemudian menyuapkan aku sedikit strawberry sundae dia. Dia buat camtu sebab dia nak makan Oreo McFlurry aku.

Aku pun suapkan dia sedikit, "Ri, haritu saya tak habis lagi tengok gallery awak. Nak phone awak."

"Memang tak la saya nak bagi."

"Alaa!" Aku memberontak.

"No."

"Boleh la, Ri?" Aku melembutkan suara, bagi dia menggelupur.

Fahri terdiam, hampir termakan dengan umpan aku. Tapi tetap dia menggeleng.

"Saya bagi McFlurry saya." Dengan ragu-ragu aku rasuah dia dengan benda lain.

"Bak sini phone awak." Cis, terus terima. Fahri menghulurkan phone dia sambil meminta phone aku.

Dia tenung sekejap lockscreen aku gambar teaser adik-adik 127. Satu cebikan di muka dia. Kemudian dia memasukkan passcode aku, dan dia dapat betul on first try.

"Pft, Mirah. Orang tua je letak birthday sendiri jadi passcode." Fahri nganjing aku.

"Saya mengaku saya tua. Simp je letak nama wife jadi password komputer." Aku nganjing dia balik.

"Saya mengaku saya simp." Dia menggumam.

Aku membesarkan mata. Omo. Tu pun boleh dikira sebagai confession tu.

Aku nampak dia melihat game yang aku install. Ball sort puzzle, word game, sudoku, candy crush. Dia mengeluh, "Awak ni memang orang tua betul."

"Saya 2 tahun lagi muda dari awak." Aku membuka gallery phone dia. Nak sambung tengok album takde tajuk yang penuh dengan gambar aku. Suka aku tengok album tu sebab aku lawa. Candid pun lawa hm patut la Fahri suka sangat kat aku.

"Eee, awak ni suka budak-budak ke?" Fahri menunjukkan aku gambar debut NCT Dream yang aku download.

Aku membalikkan mata, "Tu adik-adik saya la."

"Pft." Kemudian dia scroll gallery aku yang penuh dengan gambar adik-adik K-Pop aku. Kenapa dia bukak album tu? Padahal ada 10 album khas untuk dia je. Nampak tak? Aku ada 10 album pasal dia, dia ada 1 je? Cis.

Selepas 10 minit masing-masing melihat phone, aku pun habis menghayati album aku. Kemudian aku rename album tu (walaupun tu bukan phone aku), my beautiful wife.

Selepas itu aku terjumpa satu lagi album tak bernama. Aku bukak album tu dan ternampak beberapa keping gambar Zennirah dalam tu. Aku tersenyum riang. Wah, cute!

"Dah, Mirah. Saya dah clearkan storage awak." Fahri memulangkan phone kepada aku.

"Huh?"

Dia tersenyum nakal. Aku tengok album K-Pop aku, kosong. Ya Allah, penat-penat aku collect gambar selca kiut miut dorang. Senang-senang je dia delete camtu? Aku ada hak nak merajuk sebagaimana dia merajuk waktu aku ter-delete data game dia.

"Oh, baik. Jap saya nak clearkan jugak storage awak." Aku mengugut dia dengan berpura-pura nak delete album my beautiful wife tadi.

Senyuman di bibirnya langsung hilang. Nampak muka dia cam tak senang.

Aku tergelak jahat, "Nak saya kosongkan tak?"

Fahri memuncungkan bibir, "Saya gurau jelah. Semua tu masuk trash je. Awak boleh restore balik." Gumamnya.

Aku tergelak lagi. Aku tahu. Saja nak memain dengan dia.

"Nah." Phone dia aku pulangkan. Tahu takut. Kami habiskan aiskrim kami. Tapi entah kenapa kami tak mengantuk walaupun dah pukul 1 pagi.

"Nak main game?" Fahri bertanya.

Aku terfikir sejenak. Satu fikiran nakal muncul, "Saya nak buat benda lain boleh?"

"Apa dia?"

Aku pandang dia lama dengan senyuman sinis. Aku dah boleh nampak dia tak senang duduk.

"Nak tengok movie." Aku menjawab.

"Huh?" Dia seakan-akan terkejut dengar jawapan aku.

"Huh?" Aku mengajuk reaksi dia.

"O-Oh, movie. M-Movie apa?" Dia tergagap.

"Hahaha, kenapa awak gagap Fahri? Awak fikir benda lain ke?"

"M-Mana ada."

"Tengok tu, gagap lagi."

Dia menggeleng, "Cepat. Saya kira sampai 3. Kalau awak tak bagitahu movie apa awak nak tengok, kita buat benda lain."

"Buat benda apa?"

"1, 2, 3."

Aku tergelak riang. Dia tersenyum.

"Sinilah." Dia mendepakan tangannya. Kemudian aku cuddle dengan dia.

🍦

sorry for the delayed chapter.
happy Saturday, loves.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro