Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

53 - google form

Read a new message from waifu 🐱

Fahri melihat skrin telefon selepas ia berbunyi. Dia membuka Whatsapp untuk membaca sepenuhnya mesej yang diberi Amirah.

riririririri jawab google form yang saya bagi ni tau!

Di bawah mesejnya itu terdapat satu lagi mesej berisi satu link.

Fahri sedang bekerja sekarang. Tetapi tak apa kot kalau nak tengok sekejap Google Form apa yang Amirah bagi ni.

Dia kemudian menekan link yang diberi Amirah lalu membaca description form tu.

Dear Aidan Fahri,
Saya buat Google Form ni sebab bosan. Awak jawab jujur sejujur-jujurnya tau! Kalau awak tipu...

Jawablah awak dengan Tuhan kat akhirat nanti hshshshs.

Soalan pertama.

1. Rate kecomelan Amirah.
⬜ Strawberry lagi comel
⬜ Toya lagi comel
⬜ Comel.
⬜ Comel gila!!!
⬜ Paling comel kat dunia ni.
Other: __________

"Pft." Fahri tergelak membaca soalan itu. Apa ke benda Amirah ni? Sejak bila pulak dia ada masa nak buat semua soalan ni? Tak ada kerja ke?

Fahri memilih pilihan paling atas sekali.

2. Hugs or kisses?
⬜ Hugs
⬜ Kisses
⬜ Dua-dua
⬜ Benci dua-dua
Other: __________

Fahri tersenyum membaca soalan itu.

"Woi, kau tengok apa sia sampai tersenyum macam orang gila?" Luqman di sebelah mengejutkan Fahri yang sedang angau itu.

Fahri membetulkan komposisi. "Sorry." Dia menutup phone kemudian kembali fokus untuk membuat kerja. Dia mahu siapkan kerja secepat mungkin supaya dapat dia jawab Google Form yang khas dibuat untuk dia itu.

📄

Hugs or kisses?

Fahri berfikir sejenak. Kerjanya siap awal jadi dia sedang tunggu pukul 5 tepat untuk keluar ofis. Sementara itu dia menjawab borang tadi.

Hmm, selepas penat berfikir akhirnya dia memilih pilihan ketiga.

3. Umur berapa Fahri mula suka dekat Amirah?
Answer: __________

Fahri mendongak sebentar. Mengingati semula peristiwa-peristiwa di kolej yang membuatkan dia terpaut hati pada Amirah.

Kemudian dia menaip '21'.

Soalan-soalan seterusnya dijawab begini;

4. Berapa orang anak Fahri nak?
Answer: Sebanyak yang mungkin.

5. Anak lelaki ke perempuan?
⬜ Lelaki
⬜ Perempuan
☑️ Tak kisah

6. Amirah perempuan paling cantik Fahri pernah jumpa.
☑️ Betul
⬜ Salah

7. Amirah masak lagi sedap dari Fahri.
⬜ Betul
☑️ Salah
⬜ Depends

8. Apakah ciri-ciri fizikal saya yang awak harap anak kita dapat?
Answer: Seluruh muka.

9. Apakah perangai Amirah yang Fahri paling suka?
Answer: Kelakar dan... Manja. Pandai menghiburkan hati.

10. Apakah perangai Amirah yang Fahri tak suka?
Answer: Gatal pastu kadang-kadang tak boleh berhenti bercakap.

11. Favorite date?
Answer: Cosplay event.

12. Favorite place to date?
Answer: Rumah.

13. Favorite moment kita berdua?
Answer: Tak tahu nak pilih yang mana.

14. Cara favorite Fahri untuk panggil Amirah.
☑️ Amirah
⬜ Sayang
⬜ Mirmir
⬜ Awak
⬜ Tuan puteri
⬜ Semua di atas
Other: __________

15. OK soalan last! Sebelum tu please take note saya akan buat Google Form ni lagi sebab baaaaanyak lagi soalan saya nak tanya awak tapi buat masa sekarang ini je yang ada dalam fikiran saya.

Soalannya, apa benda yang Fahri teringin nak buat dengan Amirah untuk satu hari?

Answer: Saya lagi prefer duduk dalam rumah. Lepas subuh kita tidur sampai tengahari. Pastu bangun masak lunch dan makan sama-sama. Pastu main game kat PS5 saya sampai malam. Pastu tengok 2 3 movie. Pastu tidur.

Fahri tersenyum puas selepas menjawab soalan itu. Dia menyemak semula jawapannya. Dan selepas dia yakin dengan semua jawapan, dia menekan butang 'Submit'.

📄

"Strawberry lagi comel dari saya?!" Aku bertanya dia selepas hampir setengah jam aku tergelak membaca response dia pada Google Form aku.

Dia mengangguk tanpa ragu-ragu. Cis.

"Awak suka saya umur 21. Waktu tu saya baru 19 tahun. Apa peristiwa yang buat awak jatuh cinta dengan saya?" Aku mula bertanya dengan penuh curious.

Fahri mengeluh. Dia dapat merasakan takdir dia malam ni dia kena banyak menjawab soalan KBAT. Fikir pasal tu pun buatkan dia penat.

Fahri duduk dengan kakinya melunjur. Dia menepuk ruang di antara kakinya, menyuruh aku duduk di situ.

Aku pun duduk di situ sambil muka aku menghadap muka dia. Dia nampak terkejut.

"Kenapa?" Aku tanya dia.

Dia menyuruh aku berpaling daripada dia. Lah, malu ke nak cerita sambil tengok muka aku?

Aku pun akur jelah. Selepas aku memusingkan badan membelakangi dia, aku menyandarkan diri pada dia dan kedua-dua tangannya berehat pada perut aku.

"OK start cerita sekarang!" Aku berkata.

"Apa soalan tadi?"

"Apa yang buatkan awak suka kat saya?"

"Oh... Itu... Saya rasa... Tak ada peristiwa penting pun. Cuma lepas dah banyak masa saya luang dengan awak, tiba-tiba rasa tersuka. Gitulah."

"Waktu sekolah memang awak tak ada rasa berdebar langsung ke bila nampak saya?"

"Tak."

"Ceh. OK, kat dalam ni awak cakap awak nak ada anak sebanyak yang mungkin. Kalau 23 orang anak, OK?"

"Tak. Mesti awak nak namakan semua anak kita sama dengan member NCT."

"Eh, camne awak tahu?" Aku mendongak untuk melihat wajah dia.

"Ergh." Dia membalikkan mata.

Aku tergelak, "Saya gurau je. Tak larat la saya nak mengandung 23 kali pastu beranak 23 kali. OMG." Aku membesarkan mata terbayangkan kepenatan mengandung yang aku alami sekarang. Sorang pun rasa tak larat, apatah lagi 23 orang.

"Sorry." Fahri tiba-tiba mintak maaf.

"Eh, kenapa?"

"Saya tak tahu pulak mengandung sepenat itu."

"Haa, awak tak tahu, Ri. Kalau awak tahu, confirm awak nak ada anak sorang je."

Fahri memuncungkan bibir, "Saya tak nak anak sorang..." Fahri menggumam.

"Dah tu?"

"Empat." Cepat saja dia menjawab.

"Kenapa empat?"

Fahri berfikir sejenak, "Tujuhlah."

"Hahaha, kenapa tujuh?"

Dia mengangkat bahu, "Nombor tujuh cantik."

Aku mengerutkan kening. Apa-apa jelah, nak.

Kemudian aku membaca jawapan dia bagi soalan terakhir.

"Jawapan awak ni sangat biasa, Ri. Semua benda ni macam benda biasa yang kita selalu buat waktu weekend."

"Yeke?"

"Yelah!"

"Tapi awak selalu bangun awal pagi..." Dia menggumam lagi.

Aku terdiam. Ha ah, aku ni memang morning person. Waktu weekend aku selalu tinggalkan Fahri tidur sampai ke tengahari sementara aku buat benda produktif macam baca buku, exercise, masak, siram pokok bunga etc.

"Awak nak saya join awak tidur sampai tengahari?" Aku bertanya dia.

Dia mengangguk.

"Tapi saya tak boleh tidur lama-lama. Nanti sakit kepala." Bagi aku tidur 7 jam sehari pun dah cukup. Fahri pulak, kalau boleh 12 jam dia tidur waktu weekend.

"Awak takyah tidur pun takpe. Bacalah buku ke, makanlah Koko Krunch ke, tengok Youtube ke, tapi duduk atas katil je. Sampai tengahari." Fahri menerangkan.

Aku tergelak, "OK OK. Pastu bangun, kita solat Zohor, masak, makan, pastu main game? Saya tak suka main game PS5."

"Saya tak suka keluar dating."

"Ha? Jadi?"

"Saya tak suka keluar dating, tapi saya selalu je onz kalau awak ajak keluar."

Aku tergelak, "Oh, maknanya walaupun saya tak suka main game, saya sepatutnya onz jelah kalau awak ajak main game? Win-win situation gitu?"

Dia mengangguk.

"Wah, pandai awak, ya? OK fine. Saya ikut awak main game. Tapi ajar saya!! Bagi saya menang!! Jangan asyik awak je menang."

"Baik, tuan puteri."

"And then, 2 3 movie ni keterlaluan la. 1 movie cukuplah, Rir. Ataupun 2 maksimum."

Dia mencebik lagi, "Pastu awak nak buat apa? Tidur?"

"Kita masak supper! Buat late night partay!" Aku mencadang.

Kelihatan mata dia bersinar kemudian mengangguk, bersetuju dengan cadangan aku. Siapa je tak suka makan?

Selebihnya kami hanya berbual kosong. Dia menujukan soalan-soalan dalam Google Form tu kepada aku, pastu aku tanya dia kenapa dia paling suka panggil aku dengan nama, pastu itu ini sampailah kitorang berdua penat bercakap dan tertidur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro