51 - jantina
Fahri menutup komputer ofis dan mengemas mejanya.
Luqman, rakan sekerjanya yang duduk bersebelahan kubikel Fahri mengerutkan kening. Dia melihat jam di tangan.
"Baru pukul 12 setengah. Asal awal sangat kau bersiap nak lunch?" Luqman bertanya.
Fahri terhenti sebentar, memandang kawannya itu lalu dia membuat gaya seperti memotong sesuatu.
"Aku tak faham bahasa isyarat kau." Luqman berkata.
Fahri mengeluh, "Aku half day hari ni."
"Asal?"
"Teman isteri check up."
Luqman mengangguk. "Hari ni kau bakal tahu jantina anak kau ke?"
Fahri mengangguk laju seperti budak kecik. Luqman tergelak melihat Fahri membalas begitu. Comel.
"Kau nak anak laki ke perempuan?" Tanya Luqman.
Fahri menggeleng.
"Takde jantina?" Luqman bergurau.
Fahri menggeleng laju. "Tak kisah." Dia menjawab sambil mengemas meja. "Anak lelaki boleh ajak dia main bola..."
"Maknanya kau nak anak lelaki lah ni?" Luqman bertanya lagi.
"Tapi kalau anak perempuan mesti lagi comel."
"Kenapa anak perempuan lagi comel?"
"Sebab mesti dia ikut muka Amirah."
"Pft." Luqman hampir tersedak mendengar. "Kalau muka dia macam kau camne? Hahaha."
Fahri terhenti lagi. Kemudian dia termenung.
"Perangai dia mesti ikut Amirah." Fahri menjawab.
"Bertambah bisinglah rumah kau nanti, ya?"
Fahri tersenyum. Bila dia terbayangkan keriuhan rumahnya selepas ada anak nanti, senyuman dia jadi semakin lebar.
"Aku pergi dulu." Fahri mula beredar.
"OK kirim salam kat isteri kau. Nanti share share sikit happy news korang."
Fahri mengangguk lalu keluar ofis selepas punch card.
♥️
"Jadi jadi jadi sempena nak celebrate gender anak kita, kita akan pergi bercuti!" Aku mengumumkan cadangan sebaik saja kami tiba di rumah selepas check up tadi.
Fahri mengerutkan muka, "Ada ke orang celebrate benda ni?"
"Shush! Kalau tak ada, kitalah orang first! Jadi, awak nak pergi mana, Riri? Pantai? Highland? Sungai? Bandar lama?" Aku bertanya Fahri dengan excited.
"Bandar lama tu mende?"
"Alaa, bandar-bandar aesthetic gitu. Macam Penang, Ipoh, Melaka."
Fahri mengangguk, "Saya... Tak kisah."
Aku mencebik.
"Kalau camtu saya decide." Aku berkata.
"Em."
Tapi, kalau aku decide, memang semua tempat aku nak pergi. Hmm.
"Saya nak tempat yang ada banyak makanan." Aku mencadang.
"Awak ni tak habis-habis dengan makanan."
"Eleh, dah tu? Itu cadangan saya. Awak ada cadangan ke?" Aku mula menaikkan suara.
Dia tergelak lalu menggeleng.
Aku mengecilkan mata sambil terfikir tempat yang banyak makanan sedap, "Penang... ke Perak?"
"Tak kisah."
Aku mengeluh. "Emm, Ipoh best tak? Ke Taiping?"
"Saya tak tahulah, Amirah."
"Apa yang awak tahu?"
Dia menggeleng. Haih, penat aku bincang dengan dia.
"Awak serious ke tak ada teringin nak pergi mana-mana, Riri?" Aku tanya dia.
Dia menggeleng.
"Awak nak pergi bercuti ke tak sebenarnya? Ke awak nak duduk rumah je main game?" Aku bertanya.
"Nak."
"Nak apa?"
"Pergi bercuti."
"Yeke?"
Dia mengangguk.
"Betul ni? Awak tak rasa terpaksa ke? Saya tak syok sendiri ke?" Aku meminta kepastian.
Dia menggeleng untuk menjawab soalan aku tadi.
"Hm, kalau camtu, awak contribute la pendapat sikit. Kalau saya sorang je cadang, tak ke rasa macam saya je yang enjoy?" Aku mula bercakap dengan nada rajuk.
Fahri terkesima sekejap apabila nampak aku macam terasa dengan dia. Mesti dia tak sangka aku koyak hahaha.
"Ke awak tak ada mood, Riri? Nak bincang hari lain ke?" Soal aku.
Fahri menggeleng, "Saya OK je."
"Awak memang tak ada nak pergi mana-mana ke?" Soalan ini aku ulang lagi.
"Takde... Awak decide je, Amirah. Saya OK je pergi mana-mana."
"Kalau awak rasa tak best macam mana?"
Dia diam sebentar sebelum menyeru nama aku, "Amirah."
"Ya, saya?"
"Mana-mana tempat saya pergi pun, kalau dengan awak, saya rasa seronok." Kata dia sambil mengelakkan mata dari memandang aku.
Hah, datang dah ayat dia yang sepatutnya membuatkan aku cair.
"Ah, awak ingat saya akan lembut hati kalau awak cakap camtu? Saya nak awak suggest satu negeri sekarang jugak!" Aku guna taktik paksaan.
"Hmm, kita pergi Pahang nak?" Tiba-tiba muncul pulak cadangan dia.
"Kenapa?"
"Kita pergi Genting Highland punya theme park." Mata dia kelihatan bersinar. Oh baru sekarang dia rasa excited nak berbincang.
"Kalau awak nak saya beranak waktu naik roller coaster, boleh je." Aku memberi komen sarkastik.
Fahri tergelak, "Lupa lak. Tak pasal-pasal Midoriya terkeluar mid-air."
"Hahaha, ada apa-apa sebab lagi ke kenapa awak nak ke Pahang?"
"Saya nak pergi strawberry farm."
Satu keluhan aku keluarkan lagi. Kenapalah lelaki ni obses sangat dengan strawberi?
"Kalau camtu better pergi Cameron kot. Saya rasa situ lagi banyak makanan."
Fahri mengangguk-angguk, "Saya akan belikan awak semua makanan kat situ. Awak makan puas-puas tau."
"Tak takut ke saya gemuk nanti?"
Fahri menggeleng.
"Heh, yeke?" Aku mengusik dia.
"Betullah."
"Hm, apa-apa jelah. OK, it's decided. Cameron Highland lah ye." Aku meregangkan tangan aku. Ha, kan senang kalau dua-dua bagi cadangan?
"Awak OK ke?" Fahri meminta pendapat aku.
Aku mengangguk kemudian dengan perlahan aku baring di atas riba dia.
"Amirah, nanti kalau awak makan banyak strawberi, susu awak pun jadi perisa strawberi ke?" Fahri bertanya soalan random.
"A ah." Aku melayan saja soalan bodoh dia.
"Kalau saya nak rasa boleh?"
Selepas dia bertanya soalan itu, aku terus bangun dari pembaringan. "Jangan pelik-pelik ye Rir. Saya tibai awak nanti."
Fahri tergelak. "Gurau je." Dia meletakkan kepala aku di riba dia semula.
Sambil aku baring, tiba-tiba aku teringat satu topik yang aku baca kat Twitter.
"Fahri, saya ada baca hari tu, yang konsep introvert dengan extrovert tak wujud."
"Hm? Dah tu?"
"Kita semua bukan introvert mahupun extrovert, tapi kita kat tengah-tengah. Maknanya, kita semua ambivert. Kita ada side introvert dan side extrovert."
"Yeke?"
"Entahlah. Itu teori je. Tapi kalau betul, awak extrovert tang mana, Ri?"
Fahri berfikir sejenak, "Awak rasa?"
"Saya rasa macam tak ada! Dengan saya pun awak introvert. Awak ni memang 100% introvert!"
Fahri tergelak, "Samalah macam awak, Amirah. 100% extrovert. 24/7 bising."
Aku tersenyum sinis, "Heheh, betullah orang cakap. Opposites attract."
"Apa tu?"
"Dua orang yang berlainan personaliti akan lebih mudah bersama. Macam saya dengan awaklah, Riri."
"Hmm, awak ni suka cakap pasal benda cringe."
"Awak tak suka ke?"
Fahri menggeleng.
"Awak malu, kan?" Aku mengusik dia.
"Mana ada."
"Kalau betul awak tak malu, awak buktikan dengan kata-kata."
"Saya tak malu."
"Bukan itu maksud saya."
"Dah tu?"
"Cakap 'I love you'." Aku tergelak jahat.
Fahri membalikkan mata, "Benda tu tak penting."
"Apa pulak?"
"Kita dah kahwin, kan? Buat apa nak cakap lagi?"
"Apa kena mengena dengan kahwin? Maknanya selagi kita kahwin, awak sayang kat saya?"
Fahri mengangguk perlahan.
Aku mengecilkan mata memandang dia. Ego betul nak cakap dia suka aku.
"Ow!" Aku tiba-tiba mengerang kesakitan sambil memegang perut.
Fahri membesarkan mata, "Kenapa, Amirah?"
"Oww..." Aku mengerutkan muka.
Fahri menyentuh bahu aku dengan perlahan, "Awak sakit ke...?" Lemah saja soalan dia.
"Ini semua sebab awak tak nak cakap 'I love you'!" Aku membalas.
Riak wajah Fahri yang penuh kerisauan tadi kini bertukar kepada muka normal dia; poker face.
"Awak sakit sorang-soranglah, Amirah." Fahri bangun dari sofa lalu beredar ke dapur.
"Fahri jahat!" Aku menjerit.
Dia menjelir lidah pada aku dan betul-betul tinggalkan aku sorang-sorang di atas sofa.
♥️
hello i'm back. terima kasih kepada yang sudi tunggu.
em, sorry chapter baru ni macam kureng sikit. saya dah lupa camne nak tulis cerita.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro