
44 - conflict part i
Aku menggosok baju yang aku akan pakai pada malam ni. Malam ni ada apa? Ada special occasion.
Company Fahri buat employee recognition event, dan Fahri akan dapat award pekerja terbaik uwu. Benda ni macam lebih kurang dengan majlis anugerah kecemerlangan waktu sekolah dulu-dulu, tapi untuk pekerja. Aku sebagai isteri dia mestilah kena ada kat situ untuk menyaksikan moment kebanggaan suami.
Sedang aku gosok baju, aku menerima satu call.
Dari mak aku.
Aku mengangkat call dan selepas beberapa minit, call tamat.
Tangan aku menggeletar selepas aku menutup phone. Aku rasa macam tak boleh nak berdiri dah. Jantung aku berdebar.
Aku menguatkan diri pergi menemui Fahri dalam bilik.
"Um, Riri."
Fahri pandang aku dengan hairan sebab suara aku pun kedengaran gemetar.
Aku menelan air liur, "A-Ayah..."
Fahri mendekati aku, "Kenapa dengan ayah?"
"Um, ibu kata cakap... Dia tiba-tiba pengsan dalam bilik air pagi tadi." Aku berkata dengan perlahan.
Fahri membesarkan mata, "Ya Allah, dia ada kat hospital ke sekarang?"
Aku mengangguk lemah. "F-Fahri... Saya rasa, saya tak boleh nak ikut awak pergi event malam ni..."
Muka Fahri terus berubah. Terserlah kekecewaan dalam riak wajah dia. Aku boleh nampak dia ragu-ragu nak cakap, "OK."
"Saya mintak maaf, Ri. Saya kena balik kampung."
Dia mengangguk.
"Tu ayah saya, Fahri."
"Dan saya suami awak." Fahri tiba-tiba berkata dengan tegas.
Aku terkedu mendengar ayat dia tu. Fahri pun nampak macam dia tak percaya dia baru je cakap ayat selfish tu.
Ya, kalau nak diikutkan, suami memang lagi penting dari mak ayah. Tapi ni dah libatkan situasi hidup dan mati.
Aku tak nak gaduh dengan dia. Walaupun dia dah macam pertikaikan nyawa ayah aku sendiri, aku tahu dia tak maksudkan apa yang dia cakap. But still, sakitnya dengar.
Selepas aku dengan dia berada dalam kesepian yang janggal, aku berkata, "Saya nak mintak izin awak untuk balik ke kampung."
Fahri hanya mengangguk.
"Terima kasih. Saya naik grab je balik kampung." Lalu aku menoleh belakang dan bersiap sedia untuk balik kampung.
"Amirah." Fahri menghentikan langkah aku.
Tanpa menoleh belakang untuk melihat dia, aku bertanya, "Ya?"
"Awak guna kereta. Saya tumpang kawan saya."
Aku mengangguk, "Terima kasih, Fahri. Bye."
Tiada jawapan. Lalu aku keluar dari rumah tanpa bersalam dengan dia.
🌧️
Sepanjang aku drive, minda aku bercelaru. Serabut.
Kenapa timing semua benda buruk sangat?
Aku risau tentang ayah aku. Aku rasa sebersalah kat Fahri.
Dua orang ni ialah dua lelaki paling penting dalam hidup aku. Aku sayang kedua-duanya. Dan bila ada situation macam ni, aku memang tak tahu nak pilih mana satu.
Secara logiknya, mestilah aku akan pilih ayah aku sebab dah libatkan masalah kesihatan.
Tapi, aku tahu Fahri dah lama nantikan pasal event dia malam ni. Dan aku tahu betapa excitednya dia nak bawak aku tengok dia sendiri ambik anugerah dia tu. Bila aku cakap aku tak boleh pergi, mesti hati dia remuk teruk.
Aku mengambil nafas dalam lalu menghembus.
Baik aku fokus driving.
🌧️
Hati-hati drive.
Kalau dah sampai, bagitahu.
Fahri hanya mampu menaip mesej tersebut, tapi tak mampu nak menghantarnya. Walaupun mesej tu mahu dihantar kepada isteri je.
Dia mengeluarkan keluhan berat.
"Dan saya suami awak."
Fahri sendiri tak sangka dia telah keluarkan ayat tu. Ayat yang sangat mementingkan diri sendiri. Hanya sebab event bodoh ni.
Sekarang dia berada di majlis tersebut, tapi dia rasa dia tak patut ada kat sini.
Ayah mertua dia terlantar di hospital, tapi dia menghadirkan diri dalam majlis keramaian. Fahri rasa sangat sebersalah.
"Ui, Aidan. Mana bini engkau?" Luqman bertanya ketika mereka duduk di satu meja.
"Ada emergency kat kampung."
"Lah, sayangnya. Harapnya semua OK jelah."
Fahri mengangguk. Dia pun rasa begitu. Harapnya tiada apa-apa serious.
Walaupun majlis sudah mula, Fahri tak boleh fokus. Minda dia ada kat tempat lain.
Dia sedang fikir, apa yang patut diutamakan dia?
Memanglah event ni penting. Tapi kalau dia tak hadir pun, dia tetap akan dapat anugerah tu.
Pada masa yang sama, kalau ayah mertua dia pergi tinggalkan dunia ni, dia tak akan dapat jumpa dah orang tua tu. Orang tua yang memberi dia izin untuk bernikah dengan Amirah.
Dan Amirah, siapa yang akan ada di sisi Amirah kalau moment tu betul-betul terjadi? Siapa yang akan pinjamkan bahu untuk dia menangis dan peluk?
Terfikirkan tentang tu membuatkan Fahri bangun dari tempat duduk. Luqman terkejut melihat rakannya itu.
"Kau pehal?"
"Aku nak keluar sekejap." Kata Fahri.
Luqman hanya mengangguk lalu Fahri keluar dari dewan hotel tu secara senyap.
Fahri mendail nombor Amirah, dan menunggu panggilannya dijawab. Dia berjalan mundar-mandir di koridor hotel itu.
"Hello." Amirah menjawab panggilan dengan suara yang lemah.
"Amirah dah sampai kampung?"
"Dah, sekarang kat hospital."
"Macam mana ayah?"
"...OK je." Amirah mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu.
"Kenapa dia pengsan?"
"Low blood pressure."
Fahri membesarkan mata. Sungguh, dia amat terkejut. Tapi dia tak tahu nak cakap apa.
"Dia stabil je, Ri. Awak jangan risau." Amirah meyakinkan Fahri.
"Awak... Balik rumah ke malam ni?" Soal Fahri.
"Tak kot."
"Oh."
"Awak kasi saya tidur sini tak?"
Fahri mengangguk.
"Fahri?"
"Boleh boleh." Fahri terlupa dia sedang call, Amirah takleh nampak dia mengangguk.
"Bukan ke event awak dah start?"
"Dah. Tapi award belum start."
"Oh."
Diam. Jarang-jarang Amirah tak ada idea nak cakap pasal apa. Perbualan dengan Amirah tak pernah seawkward ini.
Mungkin dia penat. Penat menangis ke?
"Awak pergilah, Ri. Nanti terlambat." Amirah 'menghalau' Fahri.
"Em."
"Bye."
Fahri mahu menjawab 'bye' tapi call sudahpun tamat.
Dia terkaku sebentar. Selalunya setiap kali end call, Amirah akan cakap 'love you'.
Fahri sedar apa yang dia cakap siang tadi sangat menyinggung perasaan Amirah.
Dia mengeluh kasar lalu pulang semula ke tapak event.
🌧️
Fahri terbaring kepenatan di atas katil. Rumah yang kosong tu terasa amat sunyi.
Fahri nak call Amirah lagi. Nak dengar suara isteri sebelum menghabiskan hari. Dia dah tidur belum? Dia tidur kat hospital atau kat rumah mak ayah? Fahri nak tahu semua tu.
Tapi nak tekan butang call pun terasa amat susah. Fahri takut dia akan diberi layanan dingin lagi. Kalau Amirah tak hingin nak berkomunikasi dengan dia, dia akan rasa sangat anxious.
dah tidur?
Akhirnya dia mesej sahaja.
🌧️
Aku memandang skrin telefon lama.
dah tidur?
Soalan tu complicated nak dijawab. Aku belum tidur. Aku nak tidur tapi takleh tidur.
Aku tak ada mood nak membalas mesej sesiapapun. Hari ini sungguh memenatkan bagi aku.
Ayah aku stabil dan sudah sedar. Dia sedang tidur di atas katil hospital. Ibu sedang duduk di samping dia sambil meletakkan kepala di atas katil, Aniq di sebelah ibu. Aku hanya memerhatikan mereka.
Terasa sedih pula. Mak ayah aku dua-dua dah tua. Aku pula duduk jauh dari dorang. Aku tak boleh hilangkan rasa risau dalam hati ini.
Aku keluar dari bilik hospital lalu video call kakak aku.
"Asal kau tak tidur lagi?" Kak Lipa bertanya.
"Takleh tidur."
"Fahri tak ada eh?"
"Tak, dia—" Lalu aku menceritakan segala perkara yang terjadi pada hari tu.
"Boh, sampai hati dia cakap camtu." Kak Lipa mempertikaikan kata-kata Fahri tadi.
"Tulah, tapi dia tak maksudkan sekasar tu. Dia sedih je aku tak dapat tengok dia ambik award." Walaupun aku terasa dengan Fahri, aku masih nak mempertahankan dia dari menjadi bahan negatif di mulut orang lain.
"Hm, kau dah call dia belum?"
"Belum. Aku merajuk. Tunggu dia call dulu. Setakat mesej apa barang."
"Hahaha, mengadalah kau. Kau tahu kan dia tak suka bercakap?"
"Sebab itulah aku mengharap call dari dia. Aku nak tengok effort dia nak pujuk aku hmph."
"OMG sis." Kak Lipa tergelak melihat aku yang ego tu. "Weh nak tengok ayah." Kak Lipa meminta.
Aku masuk ke dalam bilik dan menghalakan kamera ke arah ayah, ibu dan adik aku.
"Hm, susahnya weh duduk jauh dari korang. Kalau boleh aku nak ada kat situ sekarang jugak." Kak Lipa berkata.
"Tulah, sian kau. Siapa suruh kahwin dengan orang Kedah?"
"Halah kau kahwin dengan orang sama negeri bolehlah cakap camtu."
"Inilah kelebihan kahwin dengan crush zaman sekolah."
Kami berbual lagi sampai pukul 12 malam.
Setelah habis call, aku ternampak satu lagi mesej dari Fahri yang dia send beberapa minit lepas.
bilik hospital no berapa, tingkat berapa
Mesej tu buat aku berdebar. Dia nak datang sini ke malam ni?
Aku meruntuhkan segala ego dan call dia. Tapi hampa, dia tak jawab. Mungkin dia dah tidur.
Kenapa aku berharap dia datang?
Aku mengeluh lalu menjawab mesej tu dan tidur.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro