4 - tali leher
"Riri~ sedap tak saya masak?"
Fahri yang sedang mengunyah nasi goreng kampung itu hanya sekadar mengangguk. Cis, reaksi takleh pakai betul. Aku terus mencebik.
"Awak dah mandi ke?" Aku bertanya dia.
Dibalas dengan satu lagi anggukan.
"OK, kalau camtu saya nak mandi dulu ye. Kalau awak nak pergi kerja pergi la dulu. Bye." Aku berjalan ke arah dia dan mencium pipi dia. Belum sempat aku mahu bergegas ke bilik air dia sudah menahan pergelangan tanganku.
"Apa? Awak nak tunggu saya?" Aku memandang dia. Tangan aku masih lagi dia pegang.
Dia mengangguk lagi. Kemudian menggeleng. Selepas beberapa ketika dia mengangguk semula.
"Pernah rasa kena lempang tak? Jawab betul-betullah, sayang. Ey." Aku mengangkat tangan buat-buat macam aku nak tampar dia. Dia tersenyum sedikit. Kali ini dia mengambil kedua-dua tangan aku dan digenggam erat dalam tangannya yang bersaiz lebih besar.
"Tie." Ringkas dia berkata. Saat itu barulah aku sedar yang aku telah lupa sesuatu.
Fahri sentiasa minta aku simpulkan tali leher dia sebelum ke kerja. Every single morning. Nak kata tak pandai, dia pandai je. Lelaki ni lagi pro bab-bab simpul tali leher daripada perempuan. Tapi, entahlah dia ni.
Selalu juga aku tanya, "Kenapa tak nak buat sendiri?"
Tapi dia tak pernah jawab. Sekadar angkat bahu je.
Aku rasa mungkin tu salah satu cara dia bermanja dengan aku kot. Ehek.
Selepas dia selesai makan, dia terus bersiap dan datang semula kepada aku dengan tali lehernya yang dibiarkan tergantung sepi di tengkuk.
"OK, saya ada ugutan baru. Kalau awak buat saya marah, saya tak nak buatkan untuk awak dah." Aku berkata sambil menyimpul tali leher yang tergantung di tengkuk dia.
"Hmmmm." Dia merengek.
Aku tergelak, "Sebab tulah jangan buat saya marah, OK?"
"Hm."
"Saya tak nak ada kucing lagi ye kalau saya balik rumah nanti?"
Dia tersenyum kemudian mengangguk.
"OK, dah siap. Bye, baby." Aku mahu beredar dari situ, buat-buat macam aku terlupa sesuatu. Aku berjalan beberapa langkah sebelum aku menoleh semula ke arah Fahri yang sedang berdiri kaku sambil memandangku.
"Kenapa?" Aku bertanya.
"Terlupa ke?" Fahri mengerutkan kening.
"Hehe, bukan terlupa. Saja buat-buat terlupa. Sorry!" Aku tergelak lalu memeluk pinggang dia erat. Satu lagi perkara yang wajib aku buat kepada Fahri sebelum dia atau aku berpisah untuk pergi kerja ialah satu pelukan.
Selepas sekian lama aku meleraikan pelukan lalu mencium tangan dan pipinya kemudian berkata, "Bye assalamualaikum love you." dan dia hanya akan jawab dengan satu anggukan and finally, dia pergi kerja. Makanya habislah rutin harian kami berdua pada setiap pagi.
Bila aku tengok semula, barulah aku perasan betapa banyaknya aku cakap dan betapa sikitnya perkataan yang dia keluarkan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro